Saturday, April 7, 2012

RINDU IRBID

     setelah 2 hari berada di bandar mu'tah, jelas sekali kerinduan ini pada bumi irbid yang telah memberi 1001 kenangan padaku. tidak sanggup untuk meninggalkan bumi ini. jelas sekali irbid adalah bandar paling cantik daripada bandar-bandar lain di jordan ini. sebab itulah aku meninggalkan mu'tah lebih awal lagi yang sepatutnya program KARISMA akan tamat pada petang ini (7|4|2012) namun aku telah pulang pada pukul 1.00 pagi tadi. alhamdulillah telah selamat sampai pada pukul 4.30 pagi tadi. kemudian tunggu waktu subuh. hari ini TERsembahyang subuh 2 kali akibat tidak perasan baru azan yang pertama. hanya solat di rumah sebab kondisi badan yang sakit-sakit daripada sukan dan keberadaan yang sangat lama di dalam coaster. longgar semua otot-otot ni.

     kemudian apa lagi selain daripada tidur. memang tidur la walaupun sebelum bertolak dari mu'tah aku sudah tidur 2 jam, dalam bas hampir-hampir 2 jam juga dan lepas subuh hampir 3 jam. nikmatnya dapat rehat yang cukup sebelum aku bangun untuk baca bahan peperiksaan aku pada hari ini. dapat la baca untuk sejam lebih. alhamdulillah dapat juga menjawab dengan baik walaupun tidak lah mendapat markah yang bagus, lebih dari separuh tu kira boleh la. lagipun exam hari ini istidraki arabi, hanya perlukan lulus sahaja.

     setelah pulang ni teringat juga kenangan selama tidak sampai 2 hari di mu'tah. walaupun banyak perkara di luar dugaan yang berlaku di sana, tapi itulah yang menjadi kenangan yang tak akan dilupakan. kenangan pahit yang tak dapat dilupakan ni antaranya terpaksa menunggu bermula dari datang sampai la nak balik. bukan tunggu sekejap-sekejap je ni, lebih dari sejam. masa mula-mula nak pergi katanya akan bertolak pukul satu petang, tapi bertolak pukul 2.30 petang. sampai mu'tah dalam pukul 7 lebih. sampai je program bukan start lagi. ingat kan pukul 8 da start, tapi kena tunggu juga lagi sebab masih ramai atlet yang belum sampai. dalam pukul 9 lebih baru start. masa tu makan pun belum lagi. kali terakhir makan adalah pagi tu. memang sangat lapar. semua peserta dah mula merungut. aku pun keluar la ambil angin di luar sebab sudah tidak berdaya lagi untuk menunggu. program tu habis lambat la apabila program start lambat. kelakar la apabila pakcik arab yang jaga dewan tu marah time-time orang tengah berprogram. ditutupnya semua pembesar suara. akhirnya program habis begitu sahaja. nasib baiklah program yang formal telah tamat.

     lepas tu pun kena tunggu lagi untuk pembahagian kupon. tunggu punya tunggu aku punya kupon tiada. peserta bola tampar a semuanya tiada kupon. tidak menjadi masalah pun tiada kupon tu. yang penting aku dah lapar masa tu. akhirnya dapat juga makanan yang ditunggu-tunggu. hanya makan dalam coaster. nasib baik nasi ayam yang disediakan amat sedap. terima kasih. siap ada lebih lagi. dapat lah aku tambah satu lagi. coaster pon bergerak menuju kawasan penempatan. akibat daripada ketiadaan kupon tadi, aku dan kawan-kawan yang tiada kupon kena lah tunggu peserta lain masuk rumah masing-masing. kemuadian adalah sahabat mu'tah ni ajak duduk rumah dia. alhamdulillah. bestnya duduk rumah dia ni sebab dia ni sangat la baik. di bilik dia ada macam-macam makanan. memang sedap tolong habiskan makanan ni. popcorn, coklat, keropok. popcorn paling sedap. habis popcorn satu bekas besar tu.

     bola tampar kalah. sedih dan sedih sebab kalah dan dapat letih yang amat sangat. lagipun ni karisma yang terakhir aku. kalau boleh nak menang. sebab tu juga lah aku nak balik irbid cepat-cepat. (berlatih pun berapa hari je ada hati nak menang). aku balik penempatan lebih awal dan berehat. malam kebudayaan pun tak pergi. hanya tidur dan menghabiskan popcorn.

     perjalanan pulang ke irbid terasa lebih cepat sebab ada kawan temankan. terima kasih kawan. kemudian tertidur dan sedar-sedar sudah berada di irbid. terasa kerinduan yang amat sangat pada irbid. lebih-lebih lagi ada seseorang yang istimewa di irbid ni. haha (gurau je). sekarang aku bahagia berada di irbid. namun kenangan di mu'tah tidak akan dilupakan sama sekali. bahagiakan dirimu dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan