Monday, April 23, 2012

PILIHANRAYA PERMAI 12/13


Saya kira pilihanraya PERMAI kali ini adalah pilihanraya paling bersejarah, meriah dan penuh dengan kematangan. Calon-calon telah mampu pergi kedepan dan mengemukakan manifesto masing-masing yang kelihatannya inginkan KEBAJIKAN rakyat PERMAI. Saya walaupun tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya di PERMAI mahupun di mana-mana, tapi saya akan menyokong kepada mereka-mereka yang mampu mentadbir PERMAI dan memberikan KEBAJIKAN yang sesuai kepada ahlinya sekaligus mengatasi pencapaian PERMAI pada sesi lepas 11/12.

PERMAI pada sesi 11/12 dilihat sebagai pemula kepada kematangan ahli PERMAI dan banyak perubahan yang telah dilakukan. Syabas kepada pimpinan Presiden Hidayat Hasni dan Exco-exco yang bekerja dibawahnya. Kami sebagai rakyat PERMAI sentiasa menyokong pimpinan yang membawa perubahan kepada ahli-ahlinya dan menjaga KEBAJIKAN kami.


Parti politik yang membawa idealisme perubahan.

Saya juga berasa amat teruja kerana pada tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan penubuhan beberapa parti politik di bawah PERMAI. Dengan wujudnya parti-parti ini akan meningkatkan lagi mutu pilihanraya pada sesi 12/13. Jika dilihat dalam medium Facebook, akan terdapat public-public figure yang menampilkan calon-calon yang akan bertanding. Tidak kurang juga poster-poster berkempen yang ditampal didinding-dinding Facebook. Alhamdulillah medium Facebook digunakan sebaik mungkin oleh ahli PERMAI untuk merancakkan lagi pilihanraya pada kali ini.

Wakil JPR yang adil, cekap dan telus.

Diharapkan ahli-ahli PERMAI dapat memangkah calon yang layak, berkredibiliti, bersahsiah tinggi, cekap mengurus kerja, melaksanakan kerja dengan telus, dan menghormati ahli-ahli PERMAI. Kita tidak mahu pemimpin yang hanya mahu dipandang tinggi, mahukan populariti semata-mata, kebajikan ahli diabaikan dan bercakap sahaja banyak, tapi tiada kerja yang dilaksanakan. Pilihan ahli akan menentukan segalanya. Pimpinan PERMAI terletak dicelah jari-jemari kita.


~INGINKAN PERUBAHAN YANG LEBIH BESAR~
 ***MOHAMAD SAHDAN BIN RUSLI***

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan