Thursday, April 19, 2012

PERANCANGAN MASA DEPAN


     selalu terfikir apakah perancangan terbaik untuk saya lakukan selepas habis daripada belajar di universiti yarmouk ni. sudah kerap kali juga bertanya kepada senior-senior dan juga mereka yang sedang mengambil master atau Phd mengenai perkara ini. tapi masih sukar untuk membuat keputusan. biasalah keputusan menentukan sesuatu yang belum pasti dan sudah tentu keputusan itu akan berubah pada bila-bila masa sahaja. walaubagaimanapun perancangan perlu juga diatur supaya saya tahu matlamat yang ingin dicapai dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

      lebih kurang 2 bulan sahaja lagi saya akan pulang ke Malaysia. namun ketakutan menyelubungi diri ini. sepertinya saya merasakan tidak cukup 2 tahun berada di Jordan ini untuk menguasai ilmu-ilmu yang tersangat banyak disini. penguasaan bahasa arab yang kurang mantap. apatah lagi bahasa inggeris yang kelihatan sangat rapuh. ditambah lagi pengucapan awam didalam bahasa melayu turut entah kemana. bagaimana mungkin saya tidak takut untuk pulang ke tanah air dalam keadaan begini. masih teringat lagi semangat ketika berada di Malaysia dahulu "kalau aku sampai ke Jordan nanti, aku nak bertalaqqi setiap masa" "aku nak bercakap bahasa arab je sepanjang masa" kata-kata dahulu yang hanya tinggal kenangan. masih adakah insan yang melaksanakan 'semangat' tersebut?

     memandangkan prestasi akademik saya yang masih lemah ini, saya telah membuat keputusan untuk menyambung master. yang masih bermain di fikiran ialah samaada mahu sambung di Jordan ataupun Malaysia. kalau sambung di Jordan, sudah tentulah mahal, mengambil masa yang lama dan suasana yang sama macam saya ambil degree. kalau sambung di Malaysia, sudah tentulah murah, jangka masa yang singkat dan suasana yang lebih selesa. nampaknya pilihan mmenyambung pelajaran di Malaysia lebih terbaik. tapi macam mana dengan 'dia'. sanggup ke saya belajar di Malaysia dan berjauhan dengan 'dia'. susah kan untuk membuat perancangan.

     kini saya sedang mengatur perancangan. apabila habis sahaja degree pada bulan 5 ini, saya ingin memohon master di yarmouk dan juga mahu memohon master di Malaysia. nanti apabila pulang dan jika saya mendapat tajaan dari mana-mana pihak untuk menyambung master di yarmouk, saya akan terima tawaran tersebut. manakala jika saya tidak mendapat tajaan tersebut, saya akan masuk UM. insyaAllah untuk sambung master di Malaysia, sangat mudah untuk mendapatkan tajaan.

     kata pujangga kalau lambat nanti dikebas orang. makanya kalau diizinkan, saya nak mengikat beberapa ikatan dengan si 'dia'. supaya dengan bayaknya ikatan, 'dia' tak akan terlepas kepada orang lain. (sangat berharap..hehe). perancangan ini mungkin selepas raya pada tahun ini. saya sudah berbincang dengan keluarga, mereka semua setuju sahaja. keluarga sebelah perempuan juga sepertinya tidak keberatan. sekarang menunggu jawapan daripada si 'dia' sahaja. saya juga sedang berusaha untuk menyakinkan si 'dia' dan keluarganya bahawa saya ini mampu bertanggungjawab memegang amanah tersebut. kemudian saya terpaksa merelakan 'dia' pulang semula ke Jordan. saya akan menunggunya walaupun daripada jauh. sudah ada ikatan, hati lebih tenang.


     jika saya mendapat tajaan untuk menyambung master di yarmouk, sudah pasti saya mahu tinggal bersama 'dia'. saya akan jaga 'dia'. menghabiskan masa 2 tahun bersama 'dia'. sewa rumah yang sederhana  kosnya. boleh melancong bersama-sama ketika waktu cuti. ataupun jika 'dia' masih belum bersedia untuk tinggal bersama saya, saya izinkan 'dia' tinggal dengan kawan-kawan 'dia' dan saya tinggal dengan kawan-kawan saya. berjumpa apabila ada waktu lapang.

     saya juga sedang berusaha mengawal perasaan cepat cemburu ini. alhamdulillah setakat ini saya mampu mengawalnya dan mahu menjadi lebih terbuka. maklumlah masih di alam universiti ini, jika tidak mampu untuk mengawal perasaan tersebut, pastilah kasihan pada pasangan kita. susah untuk 'dia' berkawan, dan bergaul.

     mungkin saya masih belum mampu untuk menyediakan segala macam bentuk keselesaan pada si 'dia'. tapi saya pasti saya mampu untuk memberinya kebahagiaan. simpanan kewangan saya cukup untuk dibuat belanja majlis kecil-kecilan. apabila habis belajar kelak, barulah dibuat majlis besar-besaran. mungkin juga boleh dibuat 'nikah gantung' yang sangat popular dikalangan mahasiswa yang masih belum mampu menanggung isterinya. makanya tanggunggan isteri masih dibawah bapanya. daripada itu, bercouple lah sepuas-puasnya dalam fatrah tersebut.

     saya juga sedang berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan keluarganya. sentiasa bertanya tentang kehidupan mereka, latar belakang mereka. supaya rasa lebih dekat dengan keluarga 'dia'. apabila kenal keluarga 'dia', pasti kenal 'dia'.


     bercita-cita untuk memperoleh master pada tahun 2013, dan mendapat Phd pada tahun 2016. bermula sekarang saya akan berusaha untuk mencapat target tersebut. pada awalnya saya mahu bergiat sebagai ahli akademik dan kemudian ingin mencari-cari peluang untuk bekerja di sektor perbankan islam. juga berhajat untuk membuka syarikat konsultansi. jika diberi peluang, saya juga ingin menceburi bidang perbankan islam di luar negara. saya juga bercita-cita untuk membangunkan kampung saya di Pahang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. yang paling penting adalah membantu keluarga saya.

     dengar khabarnya, 'dia' dan ayahnya mahu membuka firma guaman. nampaknya 'dia' akan bekerja dahulu daripada saya. tidak mengapalah, saya tumpang gembira atas kejayaanya nanti. yang pasti saya mahu menyiapkan Phd saya secepat mungkin supaya saya boleh membahagiakan 'dia' dengan lebih bahagia. nanti boleh la masukkan saya dalam firma guaman 'awak'.

    bermula dari sekarang juga, saya akan belajar menjadi lebih bertanggungjawab supaya dapat dijadikan bekalan dalam menempuh hidup berumah-tangga. kata orang, kalau sudah berumah-tangga, banyak perkara kita perlu korbankan. bunyi macam susah. kalau belum tempuh, mana tahu susah atau senang.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan