Showing posts with label ikip. Show all posts
Showing posts with label ikip. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

SAHABAT SELAMANYA


Hari ini aku masih lagi pergi menghafal dengan Syeikh Ma'mun. Masih berbaki 5 maudi' lagi. Ya Allah permudahkan aku. Tapi pagi-pagi tadi rasa malas sangat nak mengulang, maklumlah lepas subuh aku sudah mengulang. Tapi kan hafal tadi tetap sangkut-sangkut juga, pelik pelik dan pelik. Kurang kuat ingatan aku ni. Tambah pula dengan debar di jantung merosakkan lagi hafalan.

Pagi tadi aku edit-edit video, baru-baru nak belajar sahaja. Pandai dah sikit daripada dulu. Lepas ni kalau orang suruh buat video simple-simple aku boleh la tolong buatkan. Nak cerita disini yang aku sedih sangat sebab aku dah nak balik, lepas ni tak tahu lah bila lagi akan jumpa kawan-kawan aku ni semua. Aku nak manfaatkan masa yang ada sedikit sahaja ini lagi untuk bersama mereka. Tapi InsyaAllah balik nanti tetap jumpa lagi cuma tak dapat la untuk jumpa selalu.

Cepat sungguh masa berlalu. Tinggal berapa hari sahaja lagi untuk aku menghabiskan sesi pembelajaran aku di universiti Yarmouk. Pasti nanti aku akan merindui tempat ini walaupun kadang-kadang asyik nak kutuk saja negara orang ni. Biasalah tu. Hehe. Nanti mesti rindu nak pergi jamiaah Yarmouk, nak jumpa doktor-doktor jamiah yang hensem-hensem. Nak makan makanan arab yang aku rasa sudah sedap di mulut ni. Tapi tak berusaha nak belajar cara masakan mereka. Sebab aku fikir kat Malaysia sudah banyak restoran arab. Terfikir juga nak buka restoran arab ni. Kalau aku kaya nanti la. Hehe.

Exam oh exam. Exam buat aku sakit badan la. Nak kata study banyak, tak da la sangat. Banyak duduk depan laptop la kot. Jangan rabun sudah. Aku tak suka rabun. Nanti menyusahkan aku pulak.

Harap kawan-kawan jangan kutuk pulak video aku ni. Sekurang-kurangnya aku ada. Ko ada???Hehe....
Selamat menghadapi imtihan sahabat-sahabat semua. Sayang kamu semua. Eeeeuuuwwww...

Friday, April 27, 2012

RTS 4



RTS 4 atau nama panjangnya adalah Road To Success Batch 4 Ikip. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan batch 4 dalam pengucapan awam serta meningkatkan pengetahuan am. Saya berharap program ini benar-benar mencapai matlamatnya sebelum kita semua bergelar graduasi.

Saturday, April 14, 2012

BELIAU DATANG

     "ustaz akan datang ke irbid hari sabtu depan, ustaz mahukan persiapan daripada kamu semua, kamu semua jangan risau kerana kita ada peruntukan makan yang sangat banyak untuk kamu semua, lebih kurang 7 jd untuk seorang, kamu semua warga ikip di jordan gembira ke tak dengan khabar gembira ini?, jadi sediakan tempat yang sesuai dan makanan yang lazat-lazat tau" pesan ustaz Rashimi kepada saudara Hazim sebagai wakil pengurusan bagi pihak IKIP.

     "ustaz jangan risau mengenai pengurusan di sini, kami akan menguruskan dengan baik dan sempurna, InsyaAllah. kami telah menempah nasi arab melimpah untuk warga ikip semua iaitu seramai 64 orang terdiri daripada senior tahun 4 dan junior tahun 3. selain itu kami turut membeli kek Gourmet sebanyak 3 biji, untuk pengetahuan ustaz, kek ini adalah kek yang tersedap sekali di Irbid ini. manakala 3 biji kek lagi daripada Mango, turut tersenarai sebagai kek tersedap dan paling laris di Irbid. tidak lupa juga kek buatan tangan daripada warga Irbid sendiri sebanyak 3 biji iaitu cheese kek. makanan sampingan lain ustaz akan lihat sendiri di program tersebut nanti".

     "terima kasih Hazim kerana telah mengendalikan program delegasi IKIP ini sebaik itu. ustaz sangat berharap program tersebut berjalan dengan lancar. ustaz juga mahu kamu semua memakai pakaian yang lengkap tau kerana kita ada tetamu dan juga orang besar dalam IKIP".

     "siapa dia ustaz? saya pesan kepada pelajar IKIP semua pakai pakaian biasa sahaja".

     "aisssshhhh kamu ni, kalau saya sahaja datang kamu tidak mahu pakai formal la?hehe...Encik Amri juga akan datang ke sini, selebihnya 3 orang lagi kamu akan tahu semasa program nanti, pakai smart-smart tau, tunjukkan kredibiliti kamu semua sebagai pelajar ekonomi yang mempunyai minda kelas pertama".

     "baik ustaz. ustaz jangan risau, saya akan pastikan semua itu dipatuhi oleh pelajar IKIP semua".

     pada pukul 1.30 petang semua pelajar IKIP bergerak menuju ke dewan mujamma' Naqabat yang terletak berhampiran bab Syimali Universiti Yarmouk. program tersebut akan bermula pada pukul 2 petang. sepertinya mereka semua tidak sabar lagi untuk berjumpa guru mereka yang telah banyak mengajar dan mendidik mereka semasa mereka semua berada di IKIP selama 2 tahun.

     baru sahaja hujung tahun lepas kedatangan Ustaz Rashimi ke bumi Urdun ini tetapi dirasakan sangat lama, dan alhamdulillah beliau kembali lagi kesini untuk menjenguk dan mendengar masalah-masalah yang dialami pelajar IKIP disini disamping melakukan kerja yang telah diamanahkan pihak IKIP.

     program bermula.

     program bermula agak lewat sedikit kerana kelewatan kehadiran delegasi yang bertolak dari Amman. namun kehadiran delegasi disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar IKIP. musik yang dimainkan oleh saudara sahdan memeriahkan lagi majlis tersebut.

     bersalaman dengan ustaz Rashimi, encik Amri dan Professor Mesut Idriz.

     pengerusi majlis mengambil tempat di pentas sambil mengalu-alukan kedatangan tetamu istimewa tersebut.

     ucapan wakil pelajar IKIP, ucapan ustaz Rashimi, dan seterusnya ucapan vice president Puan Aisyah.

     makan-makan dan bersurai.

     sesi berfoto bersama delegasi.

     aku sudah penat, aku mahu rehat. selamat malam semua.

Monday, March 12, 2012

KASIH SAYANG

Sabtu, 10 March - Pada sabtu yang lalu, batch ikip yang ke-4 telah mengadakan sidang kemuncak kali pertama pada tahun ini, 2012. sidang kemuncak yang dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu encik Mohd Noor daripada Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau ialah ayah kepada saudara Mohd Hanif. Sidang ini diadakan di rumah mesyuarat Jordan atau nama lain CASA INTELEK. Mesyuarat yang paling tergempar ini telah dihadiri oleh 34 ahli rasmi batch 4 daripada jumlah 38 orang. 4 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Sidang kemuncak itu dimulakan dengan majlis pembukaan oleh saudara Firdaus bin Zaid. Kata-kata aluan yang memuji kebesaran Ilahi dan bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis. Seterusnya terus dijemput ketua batch 4 saudara Mohamad Alif untuk merasmikan sidang kemuncak dan sekaligus meneruskan agenda majlis. Banyak amanat yang disampaikan oleh beliau mengenai organisasi batch 4 antaranya ialah kehadiran delegasi daripada Pahang pada akhir tahun ini untuk membawa agenda kerusi Pahang. Dengan adanya kerusi ini, maka rakyat Pahang yang berjaya dengan cemerlang akan layak memohonnya untuk menyambung Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Pelbagai masalah telah diutarakan oleh ahli-ahli batch 4 kepada beliau dan alhamdulillah ia dapat dijawab dengan baik dan segala masalah akan diutarakan kepada pihak berwajib. Beliau sememangnya ketua yang sangat berwibawa dan telah menaikkan organisasi batch 4 ke tahap yang tertinggi. Segala amanat beliau kepada ahli-ahlinya akan sentiasa bermain diminda.

    Sedikit amanat daripada timbalan ketua batch 4 iaitu saudari Nur Adilah. Beliau mengharapkan organisasi ini terus kekal dalam hati ahli-ahlinya walaupun mereka tidak lagi bersama suatu ketika nanti. Ucapan yang pendek itu terus memberi kesan yang sangat mendalam.

    Pembentangan kewangan daripada saudara Suhaib sebagai bendahari agung batch 4. Beliau sememangnya layak menyandang jawatan tersebut diatas kredibiliti yang ada pada beliau. Selain sangat amanah dalam memegang amanah, beliau sangat bijak mengatur langkah mengembangkan lagi kewangan batch 4. Oleh itu, batch 4 kini mempunyai sejumlah wang yang banyak dan mampu menjaga kebajikan ahlinya. Syabas kepada beliau.

    Agenda yang paling ditungu-tungu iaitu jamuan makan batch 4. Jamuan makan secara besar-besaran ini telah ditaja oleh batch 4 dan telah dimasak oleh beberapa catering terkenal antaranya Bait Kampung Group dan Arsyad Copr. Terima kasih kepada mereka kerana menyediakan makanan yang sedap dan mengekalkan citarasa Malaysia tercinta.

gelagat ketua kelas dan pengerusi majlis. murah dengan senyuman.

suhaib sedang meneliti kewangan kelas sambil diperhati oleh mustafa dendan sinis dan badrul mengelakkannya.
dari kiri dan berdiri: arsyad, ikhraam, badrul, encik mohd noor, muhaimin, mustafa, amir.
dari kiri duduk di tengah: hanif, zarul, suhaib, syafiq, sahdan.
dari kiri dan di depan: falah, hazim, afiq.
    sidang kemuncak tersebut telah berlangsung selama sejam setengah bermula daripada pukul 1.00 petang sehingga pukul 2.30 petang. saya Mohamad Sahdan wartawan batch 4 melaporkan berita tersebut daripada bermulanya program sehinggalah ia berakhir. Semoga sidang kemuncak seperti ini akan terus dilaksanakan bagi merapatkan lagi silaturrahim dan kasih sayang antara batch 4.


 

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan