Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Pau Bon-Bon


Hari ini seronok sangat sebab dapat buat sejenis pau yang diberi nama Pau Bon-bon. Rasanya ini pau  bon-bon yang pertama dicipta. Alhamdulillah pau yang pertama kali dibuat ni sangat sedap dan menjadi. InsyaAllah boleh dibawa ketengah dan dikomersialkan.

Tiba-tiba hari ini semangat sangat nak buat pau bon-bon. Waktu-waktu exam inilah semangat yang pelik-pelik ni datang. Tapi seronok jugak ada semangat macam ni. Baiklah saya nak kongsikan macam mana nak membuat pau yang sedap ini.

Bahan-bahan yang perlu ada:
  • Tepung setengah kilo.
  • Gula 4 sudu.
  • Yeast 5g.
  • Baking powder 3g.
  • Minyak 2 sudu.
  • Air 3 cawan.
  • coklat Bon-bon.
Cara-cara nak buat:


Isikan yeast kedalam mangkuk besar, letak air untuk melarutkan yeast, masukkan gula, kemuadian gaul-gaul sehingga sebati. Masukkan tepung dan adun sehingga menjadi doh. Ini proses yang paling meletihkan. Tambah air sehingga menjadi doh. Tambah tepung sekiranya masih melekat-lekat doh tersebut.

Jadikan bulatan-bulatan kecil. Jangan buat terlalu besar kerana pau akan mengembang ketika dimasak. Masukkan coklat bon-bon kedalam doh yang kecil itu dengan melepekkan doh di tangan dan letak coklat kemudian tutup semula sehingga menjadi bulat. Dalam masa yang sama sediakan kertas yang telah diletak minyak untuk dijadikan lapik pau tersebut untuk mengelakkan pau melekat.

Biarkan doh tersebut selama 30 minit. Panaskan air untuk mengukus donut. Pastikan air telah betul-betul mengelegak dan kukus pau selama 10 minit. 

Kemudian boleh dihidangkan bersama yang tersayang. Hehe.



Saturday, May 12, 2012

Lempeng Mesra


Pagi yang tenang dan menyenangkan ini, selepas pulang daripada solat subuh bersama akhi Sahel, terus ke dapur untuk memikirkan masakan apa untuk dimakan. Setelah berfikir sejenak dan bertanya pendapat sahabat saya itu, kami terus bersetuju untuk memasak 'Lempeng Mesra' untuk sarapan pagi ini. Alhamdulillah sarapan kali ini sangat menyelerakan dan membahagiakan. Disini saya ingi berkongsi sedikit resepi mengenai Lempeng Mesra tersebut.

Bahan-bahan Lempeng Mesra terdiri daripada:

  • Tepung gandum lebih kurang 300gram.
  • Telor ayam sebiji.
  • Gula secukupnya.
  • Air secawan.
  • Perencah cukup rasa.
Bahan-bahan untuk sos:

  • Sos pedas Ummu Balqis.
  • Sedikit kicap.
  • Sos tomato.
  • Sebiji telor.
  • Air.
Kacau bahan-bahan untung dibuat lempeng sehingga menjadi cairan yang pekat dan lembut. Sambil-sambil itu masak sos dengan memasukkan semua bahan yang disenaraikan. Kemudian masak lempeng mesra dan makan terus selagi masih panas. Boleh diletak telor ketika memasak lempeng supaya rasanya lebih sedap.

Terima kasih kerana sudi membaca resepi saya kali ini. Selamat mencuba. Resepi simple, duit pun jimat. Hehe.


Friday, May 11, 2012

BUBUR TELUR SAYURAN KASIH


Alhamdulillah baru sahaja selesai menjamu selera dengan bubur sayuran yang sangat sedap (ada orang cakap sedap sangat). Saya pun rasa macam sedap bubur kali ini. Jadi saya pun letak la nama bubur kali ni dengan nama 'Bubur Telur Sayuran Kasih'. Pehhhh sedapnya nama sesuai dengan rasanya yang sangat enak, sedap dan memukau. Haha. (bapak perasan giler mamat ni). Bubur ni tak perlu tumis pun, tapi rasa sedap. Macam mana tu?

Bahan-bahannya hanyalah:

  • beras segenggam (saya guna beras jenama mansaf)
  • air
  • lobak sebatang
  • kubis (ikut suka nak letak banyak mana)
  • garam
  • perencah pasti sedap
Cara-cara untuk masak:

Basuh beras. Kemudian letak air bersih 4 kali ganda daripada beras. Masak diatas dapur. Bila beras kelihatan sudah lembut, masukkan kubis dan lobak. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan perencah pasti sedap secukupnya. Perhatikan dan kacau jika perlu. Masak selama 30 minit. Jika air tidak mencukupi dan kelihatan agak kering tapi masih belum menjadi bubur, tambahkan sedikit air.

Siap untuk dihidang dan makan bersama yang tersayang. Selamat mencuba.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan