Showing posts with label cerpen saya. Show all posts
Showing posts with label cerpen saya. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

SUBHANALLAH CANTIKNYA BULAN


Pagi itu Sahel terbangun lebih awal. Mungkin tidurnya kurang lena. Walaupun tidur agak lambat dan hanya tidur beberapa jam sahaja, tapi jaganya tidak melemahkan. Mungkin kerana Sahel telah tidur pada waktu petang sebelum itu. Segar dapat bangun awal pagi tanpa hadirnya mengantuk menganggu fikiran dan mata.

Lekas ke bilik air. Melakukan apa yang sepatutnya dan mengambil wudhu'. 

"Alhamdulillah dapat bangun awal pada hari ini". Kata Sahel kemudian berdoa selepas mengambil wudhu'.

Bersiap-siap dengan pakaian untuk bersolat lalu menyempurnakan solat 2 rakaat sebelum subuh. Tinggal beberapa minit sahaja lagi iqamah bakal diperdengarkan. Sahel bergegas mengambil kunci rumah diatas meja lalu dimasukkan kedalam poket seluar. Diluar bilik kedengaran teman serumah keluar dari rumah untuk menuju ke rumah Allah. Sahel bergegas untuk bersama sahabatnya.

"Semalam kau balik rumah pukul berapa? Sedap ke makan semalam?". Tanya Sahel kepada Amir rakan serumahnya sewaktu menghala ke masjid.

Semalam rakan serumahnya itu terlibat dengan majlis makan-makan. Mereka yang terlibat hanya mereka yang pergi ke Turki tempoh hari sewaktu cuti semester. Sahel hanya bercuti sekitar Jordan sahaja.

Isterinya Anis juga sibuk dengan majlis sambutan harijadi rakannya. Malam itu Sahel hanya bertemankan bilik yang sunyi dan laptop yang menjemukan. Sahel membelek barang-barang kenangan lama yang diperolehi daripada rakannya mahupun yang dibelinya sendiri. Teringat kisah-kisah lama sewaktu tahun pertama di Jordan. Sahel mengambil semua barang-barang tersebut lalu disimpan didalam kotak. Seperti mahu menyimpannya terus. Tidak mahu barang-barang tersebut menyelerakkan bilik.

"Aku habis bakar bbq pun dah pukul 10. Makan-makan sampai pukul 12. Okey la makanan semalam".Balas Amir.

Jarang Sahel sampai ke masjid tapi muazzin belum melafazkan iqamah. 

Bersolat. Sungguh merdu bacaan Syeikh Ma'mun. Beliau adalah pensyarah di Universiti Yarmouk. Sahel mengambil subjek al-Quran dengan beliau.

Sahel terasa sesak apabila memikirkan baki beberapa surah yang belum diperdengarkan kepada Syeikh Ma'mun. Beriktikaf sebentar sambil mengulang hafalan semalam. Tapi mata tiba-tiba mengantuk. 

Sahel mula menyimpan al-Quran dan meninggalkan sahabatnya yang masih khusyuk menghafal. Keluar dari masjid.

"Subhanallah cantiknya bulan. Semalam macam mana bulan boleh tiada tapi pagi ni bulan penuh pula. Syukur dapat tengok bulan pagi-pagi subuh macam ni. Anis ni bulan yang awak nak tengok semalam". Sahel berkata-kata seorang diri sambil berjalan pulang.

Sahel yakin Anis pasti merinduinya semalam walaupun Anis selalu berkata pada Sahel yang Sahel hanya perasan sahaja.

"Sapa suruh ajak orang tengok bulan, mestilah orang perasan, haha". Perasan Sahel lagi.



Friday, April 27, 2012

DOA ISTIKHARAH


     "Mama, Sahel nak kahwin dengan Anis tu, macam mana ni mama? Sahel dah asyik teringat pada dia je". Sahel mengadu pada si ibu yang sangat dicintainya itu dalam perbualan telefon.

      "Sahel serius kali ni? mama tahu anak mama serius kalau dah asyik suruh mama call parent Anis tu. Cuma mama nak ingatkan Sahel selalulah istikharah supaya Sahel sentiasa redha dengan apa yang berlaku pada masa akan datang. Mama percaya dengan anak mama sorang ni". Nasihat si ibu.

     Sahel menyemak doa-doa istikharah yang datang sendiri daripada Nabi Muhammad S.A.W. Dia menjumpai doa yang tertulis dalam sahih Bukhari lalu mengamalkannya.

     (Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetapan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kurniaMu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha mengetahui segala hal yang ghaib.

     Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan itu) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku,

     Maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berilah berkah kepadaku dalam menjalankannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku dimanapun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut).

     "Awak pun amalkan doa istikharah ini". Sahel menghantar pesanan sms kepada Anis.

 

Wednesday, April 25, 2012

SEMAKIN LAYU DIMAMAH HARI



     "Sahel! tunggula aku...penat la nak kejar kau". Teriak Zainal sehingga hampir pecah kerongkongnya.

     Zainal dan Sahel bersahabat baik sejak sekolah menengah lagi. Kini mereka masih bersama-sama mengecapi alam universiti. Sungguh indah kenangan bersama seindah pasir diselaputi lautan yang cukup indah. Memaut hati pada hamba yang melihatnya. Berkongsi sebanyak mungkin kenangan suka dan duka tanpa ada perpisahan. Mereka pasti tidak mampu berpisah.

     "Aishhhh budak ni lambat betul la. Cepat sikit, nanti doktor dah masuk kuliah, susah la kita nanti. Aku tak nak kena denda macam minggu lepas. Malu la kena berucap kat depan".

     Sahel berhenti daripada meneruskan langkahnya.

     "Aku suka kena denda macam tu. Baru mencapap sikit. Haha. Sahel! kau tahu tak lepas kita kena denda minggu lepas, ramai perempuan dalam kelas kita tu add aku dekat facebook. Ada yang aku add dulu baru je approve. Memang la kan perempuan ni nak cari lelaki famous je. Mentang-mentang la aku ni muka miskin je, tapi aku hensem la".

     "Hensem la sangat. Rambut panjang, serabai je aku tengok. Kalau kau potong rambut tu, conform hensem giler kau tau. Sumpah bro. Aku tak tipu. Tapi masih tak dapat nak kalahkan aku la". Perli Sahel.

     "Dah la perli-perli. Jom la jalan laju sikit, macam dah lambat je". Zainal mempercepatkan langkahnya mendahului Sahel.

     Mereka berdua mempercepatkah langkah. Melalui celah-celah ribuan manusia yang memenuhi jalan ke arah kuliah yang mereka tuju dan bertentangan dengan mereka.

     "Sahel! jom petik bunga ros merah tu. cantik la". Zainal menunjukkan jarinya kearah bunga ros tersebut.

     "Kau nak bagi sapa? Bukan ada orang nak terima pon kalau kau yang beri. Haha. Lain la aku ni ada juga yang admire".

     "Cakap tu pandang orang la sikit, kita tengok bunga sapa yang layu nanti". balas Zainal.

     Mereka berdua memetik ros merah yang sungguh harum dan menenangkan itu. Kasihan ros yang belum sempat mengembang tapi telah dipetik oleh dua tangan manusia yang kelihatan mabuk cinta. Mereka menyimpan bunga tersebut didalam beg galas masing-masing.

     "Kalau si Nur tu lalu kejap lagi, aku nak bagi ros ni kat dia, kau macam mana?". Beritahu Zainal kepada Sahel.

     Sahel hanya tersenyum tanda tidak percaya akan kata-kata Zainal yang kebiasaanya seorang yang sangat malu dengan perempuan. Selalu juga Sahel menyakat Zainal supaya mencari seseorang yang boleh dijadikan isteri. Sudah berumur 22 tahun tapi sangat jarang menyebut pasal perempuan. Namun akhir-akhir ini Zainal sudah mula menceritakan perasaannya terhadap Nur. Sudah nampak kenormalan pada diri Zainal.

     Dari jauh kelihatan kelibat Nur yang berbaju kurung merah. Zainal malu-malu mengada. Nur baru sahaja tamat kelasnya. Memang kebiasaan Nur akan melalui jalan bertentangan dengan mereka pada waktu tersebut.

     "Nur! sini sekejap. Tadi Zainal petik bunga untuk kau". Sahel memanggil Nur.

     "Sahel tipu je tu. Jangan percaya sangat Nur". Zainal mengelak malu.

     Nur hanya tergelak melihat gelagat Zainal yang sangat pemalu.

     Sahel tidak berpuas hati lalu membuka zip belakang beg Zainal tanpa dihiraukan izin daripada tuannya.

     "Tengok ni Nur, Zainal memang nak bagi bunga ni pada kau". Sahel menyerahkan bunga tersebut kepada Nur.

     Sudah 3 hari berlalu, namun Sahel masih lagi menyimpan bunga ros merah tersebut. Ros yang semakin layu dimamah hari. Setiap hari dia membawa ros tersebut ke kuliah, tapi dia tiada peluang untuk memberikan ros itu kepada isterinya. Setiap masa juga dia hanya mampu memandang ros tersebut tersadai layu diatas meja. Terasa sakitnya jiwa apabila berjauhan dengan isteri tercinta.

     "Aku harap dapat jumpa dia hari esok dan aku nak bagi ros layu ni pada dia, harap sangat dia faham betapa layunya hati aku sekarang ni". tersenyum pilu seorangan.


Tuesday, April 24, 2012

BERTEMU DI UNIVERSITI



Sahel dan Anis adalah sepasang suami isteri yang menuntut di Jordan. Namun mereka sengaja tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka yang baru sahaja berlangsung 2 minggu lepas ketika mana mereka pulang ke Malaysia. Ini adalah untuk kebaikan mereka kerana mereka masih lagi menuntut di Universiti Yarmouk. Keadaan mereka hanya seperti kehidupan mahasiswa-mahasiswi bujang yang lain.

     Anis menelefon sahel pada pukul 9.00 pagi.

     "Hello Encik Sahel, tak kan tak bangun lagi kot, eleeeeh kata tak tidur lepas subuh".

     "Ehhhhh sapa kata orang tak bangun lagi. Orang dah bangun la dekat-dekat nak pukul 9.00 tadi. Haha. Hari ini penat la, mungkin sebab main futsal semalam. Badan aku dah sakit-sakit la. Dah la semalam banyak kali jatuh masa main. Ada luka lagi ni. Sakit. Tolong la ubatkan".

     Mereka membiasakan penggunaan 'aku' dan 'ko' supaya hubungan mereka tidak diketahui.

     "Ehhhh apasal mengade sangat ko hari ni ha? Rindu la tu. Haha".

     "Mestilah. Rindu kat isteri, dapat pahala kot. Rindu sangat-sangat ni. Kita jumpa tak masa nak pergi kelas kejap lagi?".

     "Aku dari rumah kawan ni, nasib la kalau dapat jumpa. Hehe".

     Sahel bergegas bangun dari katil dan mengemas sedikit kedudukan bantal dan selimut tebalnya. Mengalih baju yang dijemur antara kedua almarinya ke dalam almari pakaian. Kelihatan sedikit kemas. Memerhati buku-buku yang tersusun di rak. Buku yang sangat disayangi namun kelihatan sudah sedikit berhabuk. Sudah lama tidak ditiup habuk-habuk tersebut.

     Memberus gigi yang baru sahaja diberus ketika hendak tidur semalam. Itulah rutin yang selalu diingatkan oleh doktor gigi ketika dia membuat rawatan gigi di klinik gigi Universiti Just. Adat kebiasaan bagi mahasiswa Jordan tidak mandi di waktu pagi kerana kekerapan mandi boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Jadi dia terus bersiap mengenakan pakaian yang cantik dan kemas, menyembur sedikit minyak wangi pada kulit. Harum seluruh bilik.

     "Kenapa dia ni tak call semula, tadi cakap nak call. Letih je aku siap cepat-cepat. Tak apalah, awal lagi ni, makan la dulu".

     Sahel pergi ke ruang dapur. Dicedoknya nasi semalam berkuahkan kari ayam. Cukup sekadar mengalas perut di waktu pagi.

     "Wehhhh".

     "Kenapa cik Anis?".

     "Jom la pergi kelas, tadi cakap dah rindu. Padahal baru je jumpa semalam kan".

     "Baik mak datin, saya pergi sekarang".

     Anis bergerak pergi dari rumah kawannya. Dia melihat di lorong-lorong yang menghala ke rumah Sahel. Namun tak kelihatan kelibat Sahel. Jelas Anis juga sangat merindui Sahel. Sengaja disembunyikan perasaan itu untuk menguatkan lagi rindu Sahel padanya.

     "Alamak, mana pulak si Sahel ni, tadi cakap dah pergi, kenapa tak nampak pon". Anis bernada sedikit sedih.

     Sahel bergerak pantas dari rumahnya. Dia sedikit terlewat kerana dia belum siap sepenuhnya semasa Anis mengajaknya pergi. Dia memandang tajam ke semua arah untuk mencari Anis. Akhirnya kelihatan si gadis kecil berbaju kurung ungu dan bertudung ungu juga. Dari jauh Sahel sudah dapat mengenali cara isterinya itu.

     Sahel menghampiri Anis tanpa disedari oleh Anis.

     "Hai....telefon sapa tu? Tak telefon kita pon, sampai hati". Sindir Sahel sambil berjalan laju mendahului Anis. Dikhuatiri akan diketahui oleh ramai tentang hubungan mereka.

     Sempat Sahel memandang beberapa kali kearah gadis berkaca mata hitam mengalahkan artis itu sambil tersenyum melihatnya. Anis dibuai malu-malu kucing sambil tertunduk-tunduk menghala laju ke arah kuliahnya. Manakala sahel pula menghala ke arah kuliah lain.

     Kringggggg....

     "Hello, kenapa lambat sangat angkat fon tu?". Tiba-tiba Anis menelefon Sahel ketika mereka masih lagi  boleh melihat antara satu sama lain.

     "Hehe, tak perasan la. Aku da silent fon tadi. Terima kasih sebab dapat jumpa isteri abang yang tercinta ni. Walaupun kita hanya dapat bertemu di universiti. Tapi situasi ni membuatkan abang makin sayang isteri abang. Haha".

      "Eeeee mengadenya abang kita ni. Anis pun sama macam abang, terima kasih sebab makin sayang pada Anis. Esok kita bertemu di universiti lagi tau".

Monday, April 16, 2012

MUROKIB CINTA 3


       Umar al-Haqq berehat berseorangan di biliknya. Usai solat isyak di masjid sebentar tadi, dia terus pulang dan menolak pelawaan sahabatnya untuk menjamu selera di restoran Hadramaut. Hanya berbaring di atas katil miliknya. Sungguh penat kerana hari ini dia mempunyai 4 kuliah, sejam setengah setiap kelas.

     Dia mengambil buku nota yang tertulis sebuah lagu didalamnya. Sempat dia menulis lagu tersebut buat Najwa Imtiyaz ketika dia berada di dalam kelas ulum askari. Salah satu kelas yang sangat membosankan.

     Membaca setiap baris lagu tersebut sambil tersenyum kelakar kerana dia bukanlah mahir mengubah lagu. Memelodikan lagu tersebut.

JAWAPAN

Telah aku luahkan semua
Segala isi hatiku pada dia
Setelah ku tanya pada Dia
Dalam tiap doaku padaNya

Apabila hati ini sentiasa merayu
Supaya diisi dengan hatimu
Walaupun ku perlu usaha dan menunggu
Aku akan terus mencuri hatimu

Aku sungguh mencintaimu
Akan ku tunggu jawapanmu
Untuk memiliki dirimu
Sepanjang hidupku

Ohhh jawapan cinta
Yang positif kata-kata
Saat aku tahu jawapanmu
Terus aku ingin melamar dirimu

Ya Tuhan tolonglah diriku
Bukakanlah pintu hatinya
Untukku hambamu
Kerana aku hanya harapkan dia
Menjadi seorang isteri.

     “ni kalau orang baca pasti mereka kata aku jiwang karat, haha” ketawa Umar al-Haqq seorangan.

     “sejak aku suka si najwa ni, berbungalah pula hati ni. Patutlah Hilal Asyraf tu mampu membuat banyak cerita, salah satunya dia dalam fatrah pertunangan, dah nak berkahwin pun, mesti hati dia sedang berbunga-bunga, mesti juga banyak idea datang mencurah-curah. Aku pun nak buat cerita yang menarik macam dia juga la. Hati aku pun sedang berbunga juga”. Berbisik Umar al-Haqq di fikirannya.

Sunday, April 15, 2012

MUROKIB CINTA 2


     Umar al-Haqq adalah seorang mahasiswa tahun akhir dalam ekonomi dan perbankan islam. Mempunyai perwatakan yang baik. Seorang yang dikategorikan jejaka idaman wanita masa kini. Mempunyai pakej lengkap iaitu baik agamanya, terpelajar, bertanggungjawab kepada keluarga dan seorang yang berwajah tampan disebalik kulitnya yang cerah. Terdapat juga kekurangan pada dirinya kerana dia berasal daripada keluarga yang kurang senang tetapi itu tidak pernah menjadi persoalan dalam hidupnya. Dia membesar di sebuah kampung pendalaman dan menerima pendidikan awal disana. Manakala pendidikan menengah juga turut didapati dari sekolah agama berhampiran dengan kampungnya. Memperlihatkan dia tidak mampu untuk keluar daripada kepompong kampungnya itu.

     Akhirnya kepompong itu pecah dan Umar al-Haqq berjaya dalam pelajarannya kemudian ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Yarmouk, Jordan. Ini adalah kebanggaan buat keluarga dan juga orang kampungnya.

     Umar al-Haqq tidak menyangka yang dia akan menamatkan ijazahnya dalam sebulan lebih sahaja lagi. Sepertinya dia merasakan baru semalam sampai ke bumi bertuah ini.

     “ya Allah tidak terhingga nikmat yang Engkau curahkan kepada hambamu ini. Aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan ini. Kau ampunkanlah aku sekiranya aku lalai dari mengingatiMu. Aku hambaMu yang sangat lemah.” Monolog Umar al-Haqq kepada Allah didalam hatinya.

     Dia masih teringat akan hasratnya dulu untuk menikahi gadis melayu di Jordan ini. Biasalah kata mereka yang belajar diluar negeri, kahwinnya murah. Tidak perlukan hantaran berpuluh ribu. Kenduri kahwin pun juga tidak perlu. Cukup hanya dengan lafaz akad menjadikan mereka sempurna sebagai suami isteri.

     Umar al-Haqq baru sedar itu hanya kata-kata daripada sekelumit sahaja daripada mereka yang belajar dari luar negeri. Ramai lagi yang tidak mampu berkahwin kerana terdapat banyak halangan terutamanya daripada keluarga perempuan.

     Sebelum ini Umar al-Haqq telah cuba merisik seorang wanita namun tidak berhasil. Baru dia tahu betapa susahnya untuk menagih kepercayaan dari seorang wanita. Mungkin ini balasan buat lelaki yang selalu mempermainkan perasaan wanita.

     Dia teringat ketika masih di sekolah menengah dahulu, dia pernah bercinta dengan dengan seorang gadis daripada sekolah menengah harian biasa, boleh dikatakan hangat juga la cinta monyet itu. Apa yang sadisnya dia telah meninggalkan gadis itu begitu sahaja setelah menyambung pelajarannya ke tempat lain. Kelihatan sangat kejam cinta yang tiada tujuan seperti itu. Tapi masa tidak mampu diundur untuk membetulkan segala kejahatan yang telah dilakukan. Hanya berharap gadis tersebut memaafkan dirinya yang telah mempermainkan perasaannya.

      Sekarang Umar al-Haqq sudah mempunyai tujuan yang jelas dalam percintaan iaitu untuk sebuah perkahwinan dan menggapai keredhaan Ilahi. Fikirannya kembali teringatkan Najwa Imtiyaz. Jelas diraut muka Umar al-Haqq yang sangat ingin memperisterikan Nawa Imtiyaz dan jika tiada halangan, dia mahu menikahinya di Jordan dalam masa terdekat ini.

Wednesday, April 11, 2012

MUROKIB CINTA 1



      Waktu semakin hampir. Umar al-Haqq akan menamatkan program ijazah sarjana muda dalam sebulan lebih sahaja lagi. Namun fikirannya terus diganggu oleh seseorang yang amat dicintainya. Saban hari dia menunggu keputusan daripada si dia. Masakan tidak resah gelisah apabila dia akan pulang ke Malaysia namun masih belum mendapat jawapan daripada calon isteri yang diidamkan. Ibu di kampung sudah seringkali menyoal tentang calon isteri.

     “biarlah calon yang Umar pilih tu nanti tidak cantik manapun tapi dia baik dengan keluarga kita”itulah kata-kata ibu apabila Umar al-Haqq menelefonnya minggu lalu. Kata-kata yang penuh dengan makna tersirat mahupun tersurat. Memberikan lagi semangat untuk mencari calon yang baik agamanya dan cukuplah untuk sedap dimata mahupun dihati.

     Najwa Imtiyaz adalah gadis pilihan hati Umar al-Haqq. Sudah lama disimpan hasrat untuk menjadikannya isteri namun disimpannya erat supaya si dia dapat belajar dengan tenang. Tapi hari-hari yang dipendam itu telah membarahkan hati dan tidak mampu disimpan lagi, akhirnya keluarlah kata suka dari mulut Umar al-Haqq kepada Najwa Imtiyaz. Hanya perkataan suka sahaja yang mampu diluahkan. Asalnya ia adalah suka cinta yang mempunyai maksud mendalam.

     Najwa Imtiyaz adalah seorang gadis bertudung labuh, sangat baik budi pekerti, dan sungguh terbuka pemikirannya. Seorang mahasiswi usul fiqh tahun 2 namun mempunyai pemikiran yang sungguh matang. Seorang yang bijak dan juhud dalam pelajarannya. Ciri-ciri ini menjadikan Umar al-Haqq sukar untuk mendapatkan balasan cinta daripadanya. Lebih-lebih lagi Umar al-Haqq akan pulang tidak lama lagi dan akan meninggalkan Najwa Imtiyaz di Jordan.

     “bila awak akan berikan jawapan itu?”Umar al-Haqq memberi pesanan ringkas melalui whatsapp kepada Najwa Imtiyaz.

     “saya masih berfikir lagi. Awak kan seorang yang sabar. Saya akan berikan jawapan sebelum awak pulang. Boleh kan? Awak akan terima walaupun jawapannya negatif? Balas Najwa Imtiyaz.

     “awak balas mesej saya ni pun saya dah boleh rasakan ketenangan apatah lagi menunggu jawapan awak tu. InsyaAllah saya mampu bersabar. Saya juga akan terima walau apapun jawapan yang awak akan beri janji ia memberi awak lebih kebahagian. Saya tahu setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Caturan yang Allah letakkan itu adalah lebih baik”. Balas Umar al-Haqq pula.

     Najwa Imtiyaz juga adalah seorang wanita yang sentiasa sibuk dengan pelajarannya dan juga selalu menyibukkan diri dengan persatuan. Keseimbangannya itu membuatkan dia terus cemerlang dalam pelajaran dan juga persatuan. Kesibukan itu menyebabkan Umar al-Haqq tidak mempunyai banyak ruang untuk berbincang dengannya jika perkara tersebut tidak perlu. Namun begitu dia terus bersabar menunggu hari-hari yang pasti akan tiba itu.

Saturday, January 21, 2012

SAYA KESEORANGAN

      saya ketakutan. saya berseorangan di bandar irbid. saya tidak tahu kemana semua orang pergi. saya memanggil-manggil nama kawan-kawan saya namun tiada seorang pun menyahutnya. saya berlari-lari ke sana dan sini namun tidak bertemu dengan sesiapa pun.

      saya menangis. saya tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. saya mencubit pipi tetapi terasa sakit. memang ini benar-benar di alam nyata. saya teringat pada ibu. saya cepat-cepat kembali ke rumah. lalu menutup pintu rumah dan masuk kedalam bilik.

      mengambil telefon bimbit. menekan nombor telefon ibu. namun tiada dalam rangkaian. cuba menelefon kawan-kawan namun tetap sama. saya sudah tidak tahu ingin berbuat apa-apa.

      saya berselubung di bawah selimut. saya sangat-sangat takut. saya tidak tahu apa akan terjadi kepada saya selepas ini.

      saya memberanikan diri melihat ke luar melalui tingkap. saya sangat terkejut melihat kemusnahan yang berlaku. kebanyakan bangunan mempunyai kesan-kesan tembakan dan pecah-pecah. saya hairan bila perkara itu berlaku. mengapa saya tidak mendengar semua itu.

**************

      sarjan lokman seorang pegawai tentera jordan bertanya kepada hazim perihal pelajar-pelajar malaysia di situ adakah telah mencukupi sebelum mereka di hantar pulang ke malaysia. hazim ialah ketua pelajar malaysia di jordan. mereka semua berada di lapangan terbang queen alia sekarang. hazim hanya memerhati sekitarnya. kapal terbang royal jordanian juga telah bersiap-sedia untuk berlepas.

      jordan mengalami krisis peperangan dengan israel apabila israel tidak berpuas hati dengan tindakan jordan membantu tentera palestin melawan israel. semua rakyat jordan bangkit menentang israel. namun israel telah berjaya merampas kawasan bandar irbid dan menyebabkan seluruh rakyat yang berada di irbid terpaksa di pindahkan. bandar irbid kini seperti kawasan perang yang telah di tinggalkan.

      hazim menyedari sahabatnya shah tiada di situ. dia amat terkejut bagaimana kecuaian itu boleh berlaku. kecuaian yang boleh menyebabkan sahabatnya itu mati ditembak oleh tentera israel. dia terus memberitahu kepada sarjan lokman. sarjan lokman dengan nada tenang mengarahkan tenteranya kembali ke bandar irbid untuk mengambil shah.

      tentera-tentera jordan tidak dapat memasuki sempadan bandar irbid kerana dikawal ketat oleh tentera israel. salah seorang tentera jordan menjadi wakil untuk berunding menyelamatkan pelajar malaysia yang masih terperangkap dalam peperangan itu. namun dia telah dibunuh oleh tentera israel. beberapa siri peperangan berlaku di situ. tentera jordan tewas kerana di sempadan irbid telah menjadi kubu kuat tentera israel.

      sarjan lokman memberitahu berita mengenai kegagalan dan kekalahan tentera jordan dalam misi menyelamatkan shah. hazim memandang sayu kearah wajah sarjan lokman ditambah lagi dengan titisan demi titisan air mata yang mengalir deras dari dua alur mata. dia tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku dan akan mengorbankan sahabat baiknya.


***********************

      saya terdengar bunyi beberapa das tembakan. saya hanya mendiamkan diri di dalam bilik saya. saya tutup pintu sekemas-kemasnya. ditambah lagi menutup pintu bilik. saya simpan elok-elok semua barang berharga yang saya miliki.

      saya mengambil wudhu' tanda ingin sujud kepadaNya. ingin meminta ampun atas segala kesilapan yang pernah dilakukan. seperti tahu akan takdir. bersiap-sedia untuk berjumpa denganNya.

      bunyi tapak kaki menghampiri rumah. saya memperhalusi bunyi nafas yang sangat kencang sebentar tadi. bunyi tapak kaki menghampiri pintu rumah. kerisauan menyelubungi perasaan. hanya mampu beristighfar.

      terdengar suara memanggil saya. suara yang seakan-akan dikenalinya. saya memberanikan diri untuk membuka pintu. rupa-rupanya sahabatku hazim berada tepat dihadapan pintu. saya masih mencubit pipi namun terasa sakit. saya berada di alam nyata. saya bersyukur kerana Allah memeperkenankan doa saya. saya berpelukan dengan hazim tanda sangat bersyukur.

      israel telah dikalahkan oleh kesatuan tanah arab. semua penduduk tanah arab bangkit untuk melawan israel. tentera israel telah mengundurkan kesemua tenteranya dari bandar irbid. semua rakyat jordan bersyukur dan mereka pulang ke tempat asal masing-masing.

      palestin juga kini bebas dari cengkaman israel. kini dunia arab menjadi aman apabila semua negara arab bersatu dan menandatangani perjanjian keselamatan ketenteraan yang akan saling bantu-membantu antara negara arab. kami pelajar malaysia turut merasai kehidupan yang damai selepas peristiwa itu.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan