Sunday, April 8, 2012

pameran kebudayaan

     hari ini 8.4.2012 telah diadakan maarad thaqafi iaitu pameran kebudayaan. berpuluh-puluh negara yang menyertai pameran ini. mereka ni semua adalah pelajar universiti yarmouk. habis sahaja kelas tadi saya terus pergi ke tempat pameran ni, maklumlah perut masa tu lapar. kebiasaannya pula pameran macam ni ada makanan. memang pusing la semua booth yang ada kat situ untuk merasa makanan negara mereka.

     booth pertama ada kurma je, tak tahulah negara apa tu. tapi kurma dia sedap la. booth kedua milik negara kami iaitu malaysia. memang adat sudah untuk booth malaysia ni menyediakan pelbagai juadah. negara malaysia kan kaya dengan makanan yang sedap-sedap. tadi ada nasi impit, karipap, cekodok, dan apam balik. dua kali pusing kat booth malaysia ni. dah lama tak merasa makanan malaysia yang enak ni. sempat juga la bergambar dengan artis-artis malaysia kat situ. ada artis minangkabau la. tak pernah pula lihat orang minangkabau pakai macam tu. tak berat ke kepala pakai benda besar tu. macam tanduk la. hehe. walaubagaimanapun memang terbaik la untuk kawan saya (wani) tu.

     kemudian booth yang juga menarik perhatian saya iaitu brunei. memang booth brunei ni daripada tahun lepas lagi menyediakan makanan yang sangat sedap. mereka sediakan kek oreo, nasi (tak tahu nama), bahulu (rindu kampung) dan macam-macam lagi. tahun lepas kenal kebanyakan dan baik dengan budak brunei, tapi mereka semua dah balik, yang ada sekarang ni pelajar baru, sebab tu tak dapat la nak makan banyak sikit.

     booth yang juga menjadi perhatian ramai ialah korea. memang ramai peminat korea ni. tak kisah la mereka cantik ke tak kan, janji namanya korea. haha. cuma tak ada makanan la. cukup sekadar bergambar jela. suka tengok pakaian tradisi mereka ni. cantik.

     akhir sekali booth yang mendapat perhatian saya ialah booth singapore. pelajar singapore yang ada dalam 6 orang sahaja kat sini. tapi mereka dapat sediakan makanan untuk pengunjung. ada soto goreng tadi, tak pernah pula makan makanan tu sebelum ni, pedas jugak. satu lagi tu tak ingat namanya, macam lempeng sikit tapi ada kuah. memang sedap la makanan orang-orang melayu walaupun berlainan negara. ada seorang daripada warga singapore tu menegur saya "adan ho ke?" memang jawab "ya" la kan. hehe. seronok bila kita ada ramai kawan daripada banyak negara. nanti senang sikit untuk kita melancong ke negara mereka.

tak ingat da orang ape ni..

brunei darussalam. makanan sedap.


indonesia..xde makanan.


org palestin tengah menerangkan negara mereka yg telah menjadi kawasan israel.


anniyo.

bad ni...

manja nye adik korea ni..haha

kami rakyat malaysia..semua senyum nampak gigi. aku je tak. tengok la minah minangkabau tu, pelik kan. haha.

booth singapore. x semapt nak bergambar dengan penjaganya..hehe
     kesimpulannya kebanyakan booth-booth yang menarik datangnya daripada negara-negara asia seperti yang saya katakan tadi iaitu malaysia, sinagapore, korea dan brunei. mereka semua ni peramah dan terbuka sedikit. kalau negara belah-belah afrika ni, nak bergambar pun tak boleh dengan mereka. hehe. ajak kawan pergi sekali maarad tadi tapi katanya panas sangat. memang panas pon. huhu.

1 comment:

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan