Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Bumi Mekah


Setahun sudah berlalu. Keadaan bandar Mekah sudah banyak berubah. Juga keadaan Masjidil haram yang semakin besar. Banyak bangunan yang dibina berhampiran dengan Masjidil Haram. Antaranya hotel-hotel gergasi, kedai-kedai makanan dan pakaian serta barangan-barangan perhiasan. Terdapat juga bangunan yang tidak siap-siap lagi semenjak tahun lepas, kedai-kedai makan yang telah pupus dan bangunan yang tidak digunakan lagi. Mungkin mereka bungkus disebabkan tidak mampu lagi untuk menampung kos sewa yang sangat mahal kerana berhampiran Masjidil Haram.

Sungguh hebat jika dilihat hotel-hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram, kebanyakannya bertaraf 5 bintang. Mungkin kos pembinaan mencecah bilion Riyal juga keuntungan yang bernilai ratusan bilion Riyal. Tetapi siapakah pemilik hotel tersebut? Adakah umat Islam kita? Jika mereka adalah orang Islam, beruntunglah ekonomi negara Islam.

Produk-produk yang dijual di kebanyakan kedai atau pasaraya kebiasaannya adalah barangan buatan China. Alangkah untungnya China setelah  produk mereka terjual di tempat paling ramai umat Islam berkumpul. Turut terjual di serata dunia kerana produk China dapat dihasilkan dengan kos terendah. Kopiah, tasbih, sejadah, jubah dan kebanyakan barangan yang digunapakai umat Islam adalah buatan China. Agaknya berapa keuntungan China dengan semua jualan produknya. Mungkin berbilion dalam sehari. Tidak peliklah jika China adalah kuasa ekonomi nombor 2 dan tidak lama lagi akan mengambil alih kuasa ekonomi nombor satu dunia iaitu Amerika.

Saya berharap 10 tahun akan datang produk-produk di Mekah dan Madinah dipenuhi dengan barangan buatan umat Islam dan juga harganya setanding dengan buatan China. Manakala projek-projek hartanah yang mengelilingi tempat mulia tersebut turut dikuasai oleh umat Islam. Bermula daripada sekarang peneraju-peneraju ekonomi Islam hendaklah berusaha menyaingi ekonomi Kapitalis. Saya yakin jika usaha yang dilakukan dengan keras dan menjaga nilai-nilai Islam, pasti ekonomi Islam akan berjaya ditegakkan dan berjaya pergi jauh daripada ekonomi Kapitalis. Selepas ini, kita, anak-anak kita, cucu kita dan generasi seterusnya akan dapat membeli dan melihat barangan buatan umat Islam di Mekah dan Madinah serta negara-negara Islam yang lain seperti Saudi, Jordan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Mesir dan semua negara yang memiliki majoriti penduduk Islam.

Thursday, June 7, 2012

Kembara Tanah Haram

Berumrah

Alhamdulillah selesai menunaikan ibadah umrah yang telah dilakukan sebelum subuh iaitu kira-kira jam 2 pagi sehinggalah hampir menjelangnya waktu subuh. Walaupun diawal pagi sebegitu namun umat islam tetap tidak putus-putus daripada mengunjungi Masjidil Haram dan juga mengerjakan umrah. Ini adalah sesuatu yang paling menakjubkan dan kita tidak mungkin menjadi tetamu nombor satu dan pasti kunjungan ini tidak akan pernah putus sehingga akhir zaman. InsyaAllah.

Umrah merupakan ibadat sunat dan hanya meliputi 4 perkara sahaja yang perlu dilakukan dan ianya sangat mudah. Pertamanya perlu berniat di miqat, kemudian bertawaf, bersae' dan akhir sekali bercukur atau memendekkan rambut. Ditambah dengan beberapa perkara sunat yang perlu dilakukan ketika mengerjakan umrah. Apa yang menjadi keberatan untuk kita menunaikan umrah hanyalah perjalanan yang sangat jauh. Kami yang bertolak dari Jordan dengan menaiki bas mengambil masa sehari suntuk untuk sampai. Alhamdulillah semuanya terbaik.

Ada sejenis umat islam ini sibuk melakukan kerja mencari hasil daripada konon-kononnya membantu jemaah mencium hajar aswad lalu akhirnya meminta upah yang sangat mahal. Pastilah mereka yang terkena ini pada mulanya tidak terfikir sebab terlalu mahu mencium hajar aswad. Kemudian ketika melihat cara mereka yang sanggup menolak orang dan berkasar, dan juga memegang kuat orang yang terkena itu membuatkan orang tersebut tidak dapat lari lagi. Pasti kasihan kepada mereka yang terkena itu. Patutkah perkara seperti ini dilakukan di rumah Allah? Tidak takutkah mereka kepada Allah? Semoga hati mereka terbuka untuk meninggalkan kerja seperti itu.

Berebut-rebut untuk mencium hajar aswad sehingga bertindak ganas terhadap orang lain adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika mereka memahami islam yang sebenar. Umar al-Khattab juga pernah berkata, wahai hajar aswad kau hanyalah batu dan jika Rasulullah tidak menciummu, pasti aku tidak akan menciummu. Menunjukkan ia tidak memberi apa-apa manfaat melainkan Allah lah yang memberikan segalanya. Jangan disebabkan perkara sunat kita terlibat dalam perkara haram.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk mengetahui Islam dalam rangka yang lebih luas. Supaya kita dapat menggunakan akal yang dianugerahkan ini untuk berfikir dalam ruang yang Islam perintahkan. Moga umat islam menjadi umat yang maju dan pintar.

Friday, March 2, 2012

menelusuri lorong-lorong sepi

berjalan berseorangan mencari sesuatu. berjalan di subuh hari. sewaktu hujan masih membasahi bumi irbid. walaupun sejuk menyelubungi diri, aku masih terus berjalan. aku akan terus berjalan.
jalan yang basah dan berair menyukarkan aku untuk sampai ke destinasi yang aku tuju. jalan yang sangat cantik dan tenang tanpa gangguan.




kenapa tiada sesiapa pun di bumi irbid ini. aku bermonolog sendirian. aku seorang sahajakah yang berada di irbid ini. aku tidak melihat kelibat sesiapapun. aku merasa keseorangan. aku perlukan seorang teman.

aku bosan berjalan seorang diri. aku ingin bercerita dengan seseorang. aku hanya mampu berjalan. mulut aku tidak mampu berkata-kata bila aku keseorangan.

bagaimana jika aku betul-betul keseorangan nanti. adakah aku akan sunyi seperti ini. huh aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati.

aku sangat berharap aku punyai teman yang selalu berada di sisi aku, tatkala aku gembira dan sedih. aku ingin meluahkan segalanya kepada teman aku.

aku tidak mampu membiarkan sesuatu terbuku hanya didalam hati. ia memberi seribu rasa parah.

rasa itu membuat aku terus berjalan. aku harap aku temui sesuatu daripada perjalanan ini.

walaupun hari ini aku tidak menemui seorang teman, aku akan terus mencari walaupun aku  perlukan  seratus tahun lagi.

ciptaan Allah menjadi peneman dikala aku keseorangan. Allah tidak mengecewakan hambanya dengan ciptaan yang  sangat indah ini.


cuma kadang-kala manusia sahaja yang tidak mampu mengendalikannya dengan sebaiknya.

oleh sebab itu, banyak kehancuran yang dilakukan oleh manusia. tanpa ada pembaikan dan terus menerus dengan kerosakan.

manusia juga kadang-kala tidak mempunyai nilai murni kepada alam ciptaan Allah ini. sanggup melihat alam ini tercemar. tanpa segan-silu mengotorkan bumi ciptaan Allah yang telah disediakan dengan indah. 

alhamdulillah di waktu subuh seperti ini aku dapat merasakan ketenangan walapupun berseorangan.

menelusuri lorong-lorong yang cukup tersusun. memudahkan perjalanan tanpa tersesat.

akhirnya menghampiri jalan yang baru sahaja diberi nama. 'syari' saadon'. kawasan kediaman yang aku duduki.  


perjalanan tidak akan terhenti disini. aku akan berjalan lagi bila sesuatu ingin aku cari.

Thursday, January 26, 2012

JELAJAH JORDAN LAGI

destinasi pertama iaitu istana ummu qais. salah satu  istana yang dibina oleh kerajaan rum.

pemandangan yang menarik dari puncak istana ummu qais. dua orang sedang menikmati pemandangan ummu qais yang sangat cantik.

duduk diatas keranda lama. ini ialah muzeum antik ummu qais.

terdapat batu cinta ini didalam muzeum ummu qais. beratnya cinta.

berdiri diatas puncak muzeum.

cantiknya taman dalam ummu qais ini. ada bunga lebender lagi.

destinasi kedua iaitu melawat makam-makan sahabat. disini ialah makam mu'az bin jabal.

beberapa makam lagi yang dilawati.

hari kedua melawat tempat-tempat sejarah di mu'tah. disini ialah tapak medan perang mu'tah.

terdapat kesan-kesan salji mula mencair.

melawat makam lagi.

di jordan pun ada tulisan melayu walaupun sangat salah.

ini ialah masjid hussein bin ali. sangat cantik masjid ini.

sejarah masjid hussein bin ali.

muhammat daripada turkmenistan.

kapal istanbul la...

bersiar-siar di waktu petang. sangat nyaman.

berkumpul di tepi pantai selepas bersiar-siar menggunakan bot kaca.

hari ketiga memulakan pagi kami dengan bersiar-siar di tepi pantai selepas sarapan pagi.

mencari ketenangan di waktu pagi.

berkemas untuk check out hotel.

checking barang oleh kastam di sempadan aqaba.

destinasi terakhir iaitu petra.

penghujung petra iaitu monestry. tiga wanita gagah irbid berjaya sampai ke puncak. selepas itu kami  semua pulang ke irbid.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan