Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Memori

23.6.2012


Alhamdulillah sebelum pulang ke Malaysia sempat berkunjung ke rumah pegawai atase pendidikan di Jordan iaitu Ustaz Saifuddin. Beliau yang dikenali dengan keramahan dan kemesraan dengan penuntut-penuntut di Jordan. Beliau menetap di Amman dengan isteri dan seorang anaknya. Banyak perkara yang kami bincang dengan beliau terutamanya mengenai kerjaya masa depan. Isteri beliau yang baru sahaja mendapat title Dr daripada Universiti Malaya juga amat baik dan seorang yang lucu. Selalu sahaja membuat kami ketawa.

berborak dengan ustaz saifuddin sambil menjeling kearah makanan.

Apa yang paling sedap ialah makanan yang disediakan. Nasi kerabu kelantan. Memang sudah lama tidak menyantapi masakan kerabu seperti itu. Ditambah lagi dengan laksa yang sangat menyelerakan. Memang makan sampai mengandung 5 bulan.


besarnya rumah ustaz. rasa tak nak balik je.

bapak sedapnya nasi kerabu ustazah dr ni buat. rasa nak datang tipa-tiap hari makan.

ustaz menceritakan pengalaman bekerja beliau.

semua khusyuk makan dan mendengar cerita hidup ustaz.
Agak lama juga kami duduk bersantai sambil berborak-borak di rumah beliau. Sejak daripada pukul 3 lebih sehingga masuk waktu isyak.

24.6.2012


donut factory memang sedap. 

Hari ini alhamdulillah juga masih ade rezeki yang diberikan oleh kawan baik saya. Terima kasih kawan. Sangat-sangat sedap. Minta maaf sebab saya tak dapat nak beri awak apa-apa. Hehe. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan walaupun macam-macam masalah terjadi. Nasihat saya buat sahabat saya yang terbaik ni, jangan terlalu banyak memikirkan masalah, kalau ada satu-satu masalah tu, kongsilah dengan kawan yang dipercayai, dan terus selesaikan masalah tu, jangan tangguh-tangguh, nanti asyik nak fikir je masalah tersebut. Apa yang paling penting ialah belajar sungguh-sungguh sampai grad. Jaga kesihatan, makan banyak sikit, dan tidur awal. dapatkan keputusan mumtaz. Kalau muaddal tak mumtaz sekalipun, jadilah seorang yang mumtaz dalam apa pun yang kita lakukan. InsyaAllah saya doakan sahabat saya selalu dipermudahkan segala urusan.

Hari ini juga saya telah pergi ke Universiti Yarmouk untuk menemani sahabat saya yang akan pulang pada hari esok. Dikesempatan itu juga saya turut mengambil peluang berjumpa dengan para Doktor yang telah banyak mengajar saya terutamanya Doktor daripada Qisim Ekonomi.

bersama dr amir atum.

bersama dr ibrahim ubadah.
bersama dr bani isa.

bersama dr zakaria syatnawi yang paling kanan.


Tuesday, June 19, 2012

Pe Pasal Ha

Entah la ape pasal. Time exam dulu banyak je keje nak dibuat padahal sibuk je dengan exam lagi dengan macam-macam bende lagi. Tapi time takde exam ni, malas ya rabbi la. Pelik bin pelik betul. Kadang-kadang rasa tak cukup la waktu 24 jam yang ade ni. Rasa nak 30 jam sehari lah.

Sekarang cuaca kusmangat mengeluarkan bahang yang sangat-sangat panas sehingga membakar jiwa. Memang malas la nak keluar rumah. Kalau keluar ni mahu hitam muka terbakar. Kena jaga muka sebelum balik ni. Haha. Kesian budak-budak yang ada kelas. Mesti muka diorang semua dah terbakar.

kelakar tadi dengar satu pepatah baru ni "tuala melambangkan tuan tuala tu". Kalau tuala tu bersih, memang bersih la tuannya. Kalau kotor, tau-tau la kan. Kadang-kadang tuala tu nampak je kotor, tapi sebenarnya bersih, mungkin turun warna atau kena sesuatu yang dah tak boleh hilang. Tak pasal-pasal kena cop pengotor kan. Lantak la janji tuala aku bersih. Haha.

Baru je habiskan novel Hlovate (hate+love). Best la citer tu. Terasa teringin nak hidup macam dalam tu. Fuhh aku baca sampai masuk dalam mimpi kot. Memang best la.

Tinggal 12 hari lagi aku akan meninggalkan bumi arab ni. tak pasti la perasaan ni tak sabar ataupun sabar je nak balik. Memang susah nak pasti. Kadang-kadang rasa nak sangat balik, kadang-kadang rasa taknak balik. Haha kelakar. Paling senang tak payah pikir terus la..........lalalalala....

Tak kisah la ape yang tengah terjadi pada aku, tapi yang pasti aku nak terus hidup dalam happy. Tak mau sedih-sedih, tak mau bosan-bosan.

Saturday, June 9, 2012

Convo Sesama Malaysia


Tidak sangka hari ini telah diadakan majlis khas buat mereka yang telah menamatkan pelajaran di Yarmouk dan juga Just. Aku juga tersenarai dikalangan mereka itu juga. Seronok juga rasanya apabila telah habis belajar ni. Tapi kadang-kadang tu risau lah juga sebab ilmu ni rasa macam belum banyak je. Rasa macam belum sesuai dapat ijazah. Walauapapun alhamdulillah aku sudah berjaya sampai ke tahap ini dan aku akan terus ingin belajar selagi aku termampu.

Majlis hari ini agak meriah lebih-lebih lagi pada mereka yang diiringi ibu bapa dan adik beradik. Kalaulah ibu bapa aku yang datang, pasti seronok sangat-sangat dan sangat. Rindunya pada mereka. Pasti ibu bapa aku sedih tak dapat tengok aku konvo. Nasib baik lah kat Malaysia turut diadakan konvo. Dapatlah berkonvo bersama ibu bapa tercinta.


Makanan memang banyak tadi sampai tak habis aku makan. Itulah mula-mula tamak sangat nak ambil banyak, last sekali dah tak berdaya. Perut pun nak pecah. Satay lah menjadi perhatian ramai. Masing-masing mengusung satay sepinggan demi sepinggan. Cuma daging dia agak hanyir sedikit. Tak mampu nak menghabiskan daging yang aku ambil tu. Terpaksa dibazirkan begitu sahaja.

Terima kasih JPA sebab sponsor semua ni. Tempat yang sangat bagus, makanan yang enak-enak, dapat cenderamata lagi tu. Terima kasih tak terhingga daripada aku.






Saturday, May 26, 2012

Umrah

umrah tahun lepas......
Tinggal beberapa minit sahaja lagi aku akan berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Selama 10 hari disana dan akan meninggalkan Irbid. Perjalanan yang memakan masa sehari itu pasti menguji kesabaran kerana aku kesana dengan menaiki bas. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. Doakan keselamatan kami semua.

Tuesday, May 15, 2012

Saat Bersama Dia


Inilah syeikh Ma'mun yang sangat saya kasihi. Seorang yang sangat baik hati dan sempoi. Seronok belajar madah al-Quran dengan beliau. Tinggi pun lebih kurang je. Nampak sangat kami sangat serasi. Hehe. Sekarang saya masih lagi tidak menghabiskan hafalan dengan beliau. Susah juga nak habiskan semua hafalan ni. Nasib baiklah beliau memberi lagi peluang untuk menghafal. InsyaAllah saya tidak akan menghampakan syeikh kesayangan saya ini.

Tinggal berapa hari sahaja lagi imtihan niha'e akan berakhir. Rasa gembira, sedih dan macam-macam rasa telah menghantui dan merasuk jiwa saya ini. Rasa mahu sambung di Jordan juga ada. Tapi kos belajar disini terlalu mahal. Rasa takut pon ada sebab risau sangat tak lulus, tapi saya kan positif, saya akan lulus. InsyaAllah. Mengharapkan doa daripada kalian semua.

Saya berharap hafalan ini akan terus berkekalan dan berdoa semoga Allah sentiasa memberi kerajinan untuk menghafal dan mengulang hafalan. Jasa syeikh Ma'mun tidak akan dilupakan, lebih-lebih lagi senyuman yang menyejukkan hati itu. Saya harap juga kawan-kawan saya semua tidak menghampakan harapan beliau yang sangat tinggi terhadap kita semua.

Thursday, May 10, 2012

INSAN BERGELAR IBU


Hari ini 10.5.2012 adalah hari lahir ibuku yang paling aku sayang. Genap sudah umur ibuku 49 tahun. Aku memanggil ibuku dengan gelaran 'mama'. Sememangnya aku sangat manja dengan ibuku. Maklumlah aku adalah bongsu lelaki. Jarak umurku dengan adikku juga agak jauh. Lebih kurang 3 tahun. Ingatkan aku yang bongsu tapi aku tetap bersyukur dapat adik. Seronok ada adik-beradik yang ramai.

10.5.1963 lahir seorang wanita yang bernama Noryati binti Jamaluddin. Ibunya bernama Besah binti Seman. Iaitu nenekku. Datukku telah meninggal ketika aku di tingkatan 5. Manakala nenekku masih lagi sihat dan menetap di pondok agama untuk mempelajari agama sejak kematian datukku.

Kadang-kadang aku terfikir masih banyak lagi perkara yang aku tidak tahu mengenai ibuku. Aku takut aku tidak sempat untuk mengetahui semua tentang ibu. Kalau boleh aku mahu mengetahui semua sudut kehidupan mengenai ibuku. Aku tahu ibuku adalah insan paling berjasa dalam hidupku. Daripada aku kecil sehingga ke tahap ini, ibulah yang paling banyak membantu, menyokong, memberi harapan, tempat berkongsi cerita. Sejak dulu aku lihat ibu bersusah payah melakukan kerja-kerja kampung, sehinggalah sekarang ibu masih melakukan kerja tersebut. Daripada menoreh getah, bercucuk tanam dan sebagainya telah ibu lakukan. Daripada seringan-ringan kerja sehingga seberat-beratnya telah ibu lakukan. Sehingga sekarang ibu masih melakukan kerja berat sebagai cleaner di sekolah rendahku. Ibu maafkan aku sebab masih tidak mampu untuk membantumu.

Daripada dahulu lagi ibu melarang aku daripada melakukan kerja-kerja berat. Kata ibu, ibu tidak mahu aku jadi seperti dirinya. Ibu mahu aku hidup senang. Kadang-kadang aku tetap mahu melakukan kerja berat tersebut tanpa hiraukan kata ibu. Maafkan aku ibu. Pernah juga aku mengambil upah menanam anak getah sehingga demam-demam kerana sangat keletihan. Baru aku tahu kerja yang kelihatan ringan itupun sebenarnya sangat berat lebih-lebih lagi dilakukan oleh perempuan seperti ibuku. Maafkan aku ibu kerana tidak dapat membantumu lagi.

Adik-beradik yang ramai tidak membantutkan hasrat ibu untuk memberikan pendidikan kepada semua adik-beradikku. Mereka semua dapat bersekolah dengan sempurna. Terima kasih ibu. Aku tidak dapat memikirkan bagaimana kamu dapat melakukan semua ini dengan kehidupan yang telah kita lalui. Terima kasih ibu. Dahulu ketika kita tidak mampu untuk makan, ibu tidak pernah malu untuk membeli secara hutang. Walaupun anakmu ini selalu malu untuk melakukan itu. Sekarang aku tahu itu semua demi anakmu dan kamu tidak rela anakmu berlapar. Terima kasih ibu atas pengorbananmu. Sungguh besar pengorbananmu itu. Tidak mungkin aku dapat membalasinya.

Ibu, maafkan kami semua jika kami selalu melakukan kesalahan dan pasti kami melakukannya. Kadang-kadang kami tidak mendengar kata-katamu. Kami tidak belajar bersungguh-sungguh. Kami tidak mendengar pesananmu dan nasihatmu. Maafkan kami ibu.

Ibu, terima kasih kerana telah melahirkan aku didunia ini. Aku gembira kerana dikurniakan ibu yang sangat tabah, sabar, kuat, cantik, penyanyang dan seorang pendidik. Aku tahu betapa susahnya untuk ibu melahirkanku. Walaupun ibu pernah berkata sangat mudah melahirkan aku tapi proses untuk sembuh pasti menyakitkan ibu.

Ya Allah ampunkan dosa diriku dan ampunkan dosa ibu dan bapaku. Sayangi ibubapaku sebagaimana mereka menyanyangi. Ya Allah Kau peliharalah mereka daripada segala malapetaka. Kau berilah petunjuk kepada mereka ketikamana mereka lari daripada jalanMu. Peliharalah keluargaku Ya Allah dari azabMu. Kau permudahkanlah urusan ibuku ya Allah.

Selamat hari lahir ibu. Semoga ibu berbahagia selalu walaupun aku berada berjauhan dari ibu. Aku berharap dapat sentiasa bersama ibu ketika senang ataupun susah. Aku pasti membantumu ibu.

Walaupun ibu tidak membaca tulisanku ini, tapi aku harap jika aku sudah tiada lagi nanti, aku mahu ibu tahu yang aku sangat menyanyangi ibu. Salam kemaafan dari anakmu ini.

Wednesday, May 9, 2012

UNTUNGLAAA


Ramai orang akan kata 'untunglaaa' kalau kita dapat sesuatu daripada seseorang. Terutamanya kalau kita dapat makanan daripada akhowat. Memang untung pun. Dah la dapat makanan, kenyang lagi. Senyuman pun dapat. Kadang-kadang dapat lambaian lagi. Seronok kah? Jangan lupa ucap terima kasih kalau orang dah hulur macam-macam tu.


Bersedekah memang sangat digalakkan didalam Islam bahkan ganjarannya juga sangat besar. Maka berlumbalah kita untuk membeli syurga Allah dengan harta yang kita punyai. Infakkan ia pada jalan yang benar. Gunakan ia sebaik mungkin tanpa disalahgunakan. Contohi para sahabat yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah. Sesungguhnya tiada sedikit pun kerugian jika mensedekahkan harta pada jalanNya bahkan akan ditambah berlipat ganda.

Untunglaa semalam orang bagi aiskrim sebekas siap dengan con sekali. Hari ini ada orang bagi murtabak helo. Nak bagitau tu jela. Hehe.

Saturday, April 21, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah selamat sampai ke Irbid hampir pukul 12.00 malam. Walaupun jadual sampai yang sepatutnya adalah lebih awal lagi. Namun begitu, program julung kali yang diadakan ini sangat menarik dan tidak juga meletihkan walaupun terpaksa melalui perjalanan yang sangat panjang. Mungkin disebabkan makanan yang disediakan terlalu banyak dan aku antara tukang penghabis makanan tersebut. Masih teringat halawiyat yang harganya agak mahal itu, aku makan banyak sangat sebab budak lain tak berapa minat. Memang rezeki la. Rasa berbaloi la pergi sebab dapat makan banyak-banyak macam tu. Tambang 10 dinar tu rasa macam biasa-biasa je.

Hampir sepanjang perjalanan adalah waktu tidurku. selebihnya waktu makan apabila terjaga daripada tidur. Patutlah tak letih sangat. Lepas tu setiap masa juga aku on off internet bundle aku. mana lah tahu ade sesiapa yang akan hantar mesej, hilang rasa letih kalau tiba-tiba ada mesej masuk. hehe. Nak on terus takut bateri habis. 

Perjalanan pulang pun ada makanan. Duit lebih tambang bas tu digunakan untuk beli makanan dan minuman. Aku pun makan la sekenyang-kenyangnya walaupun sebelum tu perut ni da penuh dengan makanan-makanan laut dan minuman-minuman jus yang murah dan sangat sedap. Ada kawan kirim jus tapi tak dapat la nak belikan, dikhuatiri basi. Memang tidur dengan lena la dalam koster tu. Berapa kali juga terjaga dari tidur, tapi yang seronoknya, kali terakhir jaga, aku sudah berada di Irbid. Alhamdulillah sangat-sangat sebab sampai tanpa ada kejadian yang menakutkan.

Kali pertama aku pergi Aqabah pastu belanja sikit dan jimat nak mampus. Tak beli pun kacang, coklat atau apa-apa yang biasa aku beli. Sory la kawan-kawan kat rumah sebab tak bawa balik apa-apa rezeki untuk korang. Tak ada rezeki la tu. Habis 16 Jd je termasuk tambang bas.  Aku bawa 12Jd je, macam mana ada lebih duit ni. huhu. Pinjam duit kawan la maksudnya. Pinjam 10 untuk bayarkan tambang. malunya. haha. Aku pulang Irbid dengan membawa pulang 6Jd. Tak sangka pula pinjam kanvas dengan permai kena bayar 5Jd. Kena juga keluar duit aku. Tak apalah nanti boleh claim semula.

Hari ini dalam sejarah.

Thursday, April 19, 2012

KIAS CINTA


Cinta kepada Allah adalah yang utama. Cinta yang semestinya menjadi rayuan oleh hambanya. Carilah cinta Allah. Selepas itu pohon la padanya supaya meredai cintamu kepada makhluk ciptaanNya. Jadi, cinta itu adalah naluri manusia. Didik naluri supaya tidak tersasar dari makna cinta sebenar. Aku cinta Allah dan Rasul, aku cinta alam ciptaanNya, aku cinta makhluk ciptaanNya, ibubapa, kaum kerabat, guru-guru, sahabat, calon isteri.

Saturday, April 7, 2012

RINDU IRBID

     setelah 2 hari berada di bandar mu'tah, jelas sekali kerinduan ini pada bumi irbid yang telah memberi 1001 kenangan padaku. tidak sanggup untuk meninggalkan bumi ini. jelas sekali irbid adalah bandar paling cantik daripada bandar-bandar lain di jordan ini. sebab itulah aku meninggalkan mu'tah lebih awal lagi yang sepatutnya program KARISMA akan tamat pada petang ini (7|4|2012) namun aku telah pulang pada pukul 1.00 pagi tadi. alhamdulillah telah selamat sampai pada pukul 4.30 pagi tadi. kemudian tunggu waktu subuh. hari ini TERsembahyang subuh 2 kali akibat tidak perasan baru azan yang pertama. hanya solat di rumah sebab kondisi badan yang sakit-sakit daripada sukan dan keberadaan yang sangat lama di dalam coaster. longgar semua otot-otot ni.

     kemudian apa lagi selain daripada tidur. memang tidur la walaupun sebelum bertolak dari mu'tah aku sudah tidur 2 jam, dalam bas hampir-hampir 2 jam juga dan lepas subuh hampir 3 jam. nikmatnya dapat rehat yang cukup sebelum aku bangun untuk baca bahan peperiksaan aku pada hari ini. dapat la baca untuk sejam lebih. alhamdulillah dapat juga menjawab dengan baik walaupun tidak lah mendapat markah yang bagus, lebih dari separuh tu kira boleh la. lagipun exam hari ini istidraki arabi, hanya perlukan lulus sahaja.

     setelah pulang ni teringat juga kenangan selama tidak sampai 2 hari di mu'tah. walaupun banyak perkara di luar dugaan yang berlaku di sana, tapi itulah yang menjadi kenangan yang tak akan dilupakan. kenangan pahit yang tak dapat dilupakan ni antaranya terpaksa menunggu bermula dari datang sampai la nak balik. bukan tunggu sekejap-sekejap je ni, lebih dari sejam. masa mula-mula nak pergi katanya akan bertolak pukul satu petang, tapi bertolak pukul 2.30 petang. sampai mu'tah dalam pukul 7 lebih. sampai je program bukan start lagi. ingat kan pukul 8 da start, tapi kena tunggu juga lagi sebab masih ramai atlet yang belum sampai. dalam pukul 9 lebih baru start. masa tu makan pun belum lagi. kali terakhir makan adalah pagi tu. memang sangat lapar. semua peserta dah mula merungut. aku pun keluar la ambil angin di luar sebab sudah tidak berdaya lagi untuk menunggu. program tu habis lambat la apabila program start lambat. kelakar la apabila pakcik arab yang jaga dewan tu marah time-time orang tengah berprogram. ditutupnya semua pembesar suara. akhirnya program habis begitu sahaja. nasib baiklah program yang formal telah tamat.

     lepas tu pun kena tunggu lagi untuk pembahagian kupon. tunggu punya tunggu aku punya kupon tiada. peserta bola tampar a semuanya tiada kupon. tidak menjadi masalah pun tiada kupon tu. yang penting aku dah lapar masa tu. akhirnya dapat juga makanan yang ditunggu-tunggu. hanya makan dalam coaster. nasib baik nasi ayam yang disediakan amat sedap. terima kasih. siap ada lebih lagi. dapat lah aku tambah satu lagi. coaster pon bergerak menuju kawasan penempatan. akibat daripada ketiadaan kupon tadi, aku dan kawan-kawan yang tiada kupon kena lah tunggu peserta lain masuk rumah masing-masing. kemuadian adalah sahabat mu'tah ni ajak duduk rumah dia. alhamdulillah. bestnya duduk rumah dia ni sebab dia ni sangat la baik. di bilik dia ada macam-macam makanan. memang sedap tolong habiskan makanan ni. popcorn, coklat, keropok. popcorn paling sedap. habis popcorn satu bekas besar tu.

     bola tampar kalah. sedih dan sedih sebab kalah dan dapat letih yang amat sangat. lagipun ni karisma yang terakhir aku. kalau boleh nak menang. sebab tu juga lah aku nak balik irbid cepat-cepat. (berlatih pun berapa hari je ada hati nak menang). aku balik penempatan lebih awal dan berehat. malam kebudayaan pun tak pergi. hanya tidur dan menghabiskan popcorn.

     perjalanan pulang ke irbid terasa lebih cepat sebab ada kawan temankan. terima kasih kawan. kemudian tertidur dan sedar-sedar sudah berada di irbid. terasa kerinduan yang amat sangat pada irbid. lebih-lebih lagi ada seseorang yang istimewa di irbid ni. haha (gurau je). sekarang aku bahagia berada di irbid. namun kenangan di mu'tah tidak akan dilupakan sama sekali. bahagiakan dirimu dengan senyuman.

Friday, March 2, 2012

pejam celik

     pejam celik je da bulan 3 sekarang ni. da nak masuk fatrah imtihan awwal da. isnin dekat ni aku da mula test 1. cepatnya masa berlalu. tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan bumi irbid yang penuh dengan kenangan-kenangan manis mahupun pahit. terpaksa juga meninggalkan rakan-rakan disini yang bersama-sama menuntut di universiti yarmouk dan tidak sama menuntut iaitu universiti just. semua itu juga atas keizinan Allah.

     seronok nye belajar di irbid ini sebab terdapat 2 universiti. so dapat kenal budak syariah dan juga budak medic&dentist. dapat kenal banyak jenis ragam manusia. semuanya best-best belaka. aman sangat duduk irbid ni. semua budak malaysia kat sini peramah dan baik-baik belaka.

    segala kenangan ni aku akan semat dekat sini (jantung). sambil meletak tangan di jantung. hehe. berat sangat hati nak tinggalkan jordan ni. lebih-lebih lagi ada kawan baik yang akan ditinggalkan dekat sini. apa-apa pun aku tak akan lupakan kawan baik aku tu. haha. harap dia pun akan selalu ingat aku jugak. tau.

snow love untuk kawan baik..haha

     siapa-siapa yang baca blog ni, aku nak mohon maaf kalau ada salah silap selama ni. kita kan tak tahu ajal kita bila. jadi kalau korang baca blog ni, korang maafkan lah aku ea. aku sangat memerlukan maaf dari korang semua. dan doakan aku selalu bahagia. hehe.
kami rakyat malaysia mengucapkan kami sedang main salji.....fuyyo..

abc paling besar aku pernah makan...sangat sedap..best dari abc kat malaysia.
     seronok sangat dapat main salji kali pertama dengan sahabat-sahabat. kenangan paling indah dalam salji ni tak akan dilupakan. da lama tak makan abc, akhirnya dapat juga merasa makan walaupun sekarang aku da batuk teruk, selsema yang tak henti-henti hingus ni mengalir, namun memory manis ni membuatkan penyakit tu dibiarkan saja. hehe.


    akulah raja di dunia salji. haha. memang terbaik salji kali ni. terima kasih Allah sebab bagi peluang kat aku main salji sebelum aku pulang ke malaysia. hehe. aku doa agar aku dapat datang lagi kat sini.


Thursday, February 23, 2012

kami bakal bapa


    aku, hilal dan amir. ada tak ciri-ciri bapa? hehe. umur macam ni memang tak sabar la nak merasa ada anak. haha. abang hilal kita tu takpe la, bulan 6 ni dah nak kahwin. aku ni memang lambat lagi la. amir pula tak tau la kan. tak dengar cerita pulak dia meminang sapa-sapa lagi. huhu.

    gambar ni kami dalam program ramah mesra johor. aku ni tiba-tiba je kan masuk johor. sebenarnya tiada kaitan langsung dengan johor, cuma ada sahabat-sahabat saja. sebab tu masuk johor. hehe. apa-apa pun program johor memang best dan dapat makan nasi 'ambeng' malam tu. tak pernah dengar pun nama nasi tu sebelum ni.

    nama si comel tu mohamad fateh. ammu doakan fateh selalu sihat-sihat. kesian tengok kulit dia kering. orang besar pun boleh kering teruk, baby macam fateh lagilah mudah kering. dah lama tak pegang baby. rindu kat baby kat kampung. hehe. terima kasih fateh sebab ubat rindu ammu kat adik ammu. hehe.

Monday, February 6, 2012

HARI PERTAMA DI SEM AKHIR

    sangat tak sangka dan alhamdulillah hari ini ialah hari pertama di sem akhir aku berada di universiti yarmouk. rasa sedih dalam gembira apabila memikirkan waktu sesingkat ini aku berada di sini. tidak sempat lagi untuk mengenali rakan-rakan yang belum dikenali.

biasalah hari pertama masih tiada kelas. hanya datang untuk mencari kelas mana yang akan digunakan.







waktu pulang yang pertama di sem akhir..doakan aku berjaya di sem akhir ini.

Wednesday, February 1, 2012

HARI JADIKU

    alhamdulillah hari ini umur saya dah masuk 21 tahun. dapat juga merasa umur setua ini. terima kasih Tuhan.

    biasalah bagi saya kalau masuk je umur baru, ada penyakit datang. selsema dan sakit tekak. mungkin itu penghapus dosa yang lama. Alhamdulillah.

    hari-hari birthday macam ni biasalah melayan kawan-kawan di facebook yang wish. seronok bila ada orang wish. terima kasih kawan-kawan yang wish. nanti birthday kamu semua saya wish pula. walaupun tak sampai seratus pun yang wish, cukup lah tu. ada yang special sikit miskol, chat kat tempat lain. haha.

    sedih hari ini sebab call ibu tak dapat. mybe handfone ibu tiada battery or tiada line kat kampung tu. tidak mengapalah, esok boleh telefon.

   bila masuk juga umur baru ni, saya pun tahu lah umur saya semakin tua dan umur pun semakin singkat. sebab tulah digalakkan selalu meminta maaf dan memberi maaf. saya pun nak mohon maaf kat ibubapa saya, adik-beradik, seluruh family saya, sahabat-sahabat yang selalu saya lukai, dan semua yang mengenali saya. maafkan lah saya. semoga dengan maaf anda semua dapat membantu saya disana nanti.

    umur baru macam ni jugalah kita rasa ada azam baru. nak belajar betul-betul. nak baca buku banyak-banyak. nak beramal banyak. nak buat kebaikan. 'rasa nak kawen pun ada' huhu...semoga Allah menguatkan hati saya dan kawan-kawan semua untuk mengejar Rahmat Allah.

    akhir sekali, sentiasalah sabar dan positive dengan sesiapa pun. semoga semua itu dibalas dengan kebaikan.
birtday tahun lepas..hehe..birthday pertama yang saya sambut.
 

Tuesday, January 17, 2012

Untukmu teman…..


Di sini kita pernah bertemu,
Mencari  warna seindah  pelangi,
Ketika kau  menhulurkan  tanganmu.
Bawaku  ke daerah  yang baru,
Kini  telah  ceria……

        Kini  dengarkanlah  dendangan  lagu,
        Tanda  ingatanku….kepadamu  teman,
        Agar….ikatan  ukhuwah  kan  bersimpul  padu..
        Kenanganku  bersamamu  x’’akan  ku lupa..

Walau  badai  datang  melanda,
Walau  berkorban  jasad dan  nyawa….       

         Mungkinkah  kita  ditemukan,
Atau ….kita  dipisahkan…
Tuhan  berikan  daku  kekuatan ,
Tuk  menghadapi  cobaan  ini…

          Mungkihkah   kita  terlupa ,
Tuhan  ada  janjinya ,
Bertemu  dan  berpisah  kita….
Tunggu  rahmat  dan kasihnya..
Semoga  kita  sentiasa  didalam  rahmatnya,
                  Insyaallah…. Semoga  Berjaya …
        Di dunia  dan  diakhirat…..amin….
         
                                                           shera&shahdan


baru perasan my sister tulis untukku...huhu..

Wednesday, January 11, 2012

tiba-tiba hati sayu.

ya Allah keciannya budak itu! macam mana dia boleh ada kat situ? takkan dia tiada siapa-siapa. mesti susah kehidupan dia. banyak persoalan yang tiba-tiba bermain di fikiran selepas aku terlihat seorang kanak-kanak arab. kanak-kanak yang sangat istimewa. tidak mempunyai sepasang kaki. tetapi tetap boleh bersiar-siar dan melihat barangan yang dijual di tepi-tepi jalan. aku hanya memerhati dari jauh sahaja. mukanya kelihatan sangat bahagia. tiada sebarang rungutan yang lahir dari raut wajahnya.

sangat tersentuh melihat keadaannya. walaupun dalam keadaan demikian masih mampu tersenyum. ya Allah Kau berilah aku kemampuan suatu hari nanti supaya aku dapat membantu golongan seperti ini. itu sahaja yang mampu aku hadirkan dalam hatiku semasa melihatnya. waktu itu aku dalam perjalanan ke masjid universiti untuk menunaikan solat zohor. menuju ke masjid dalam keadaan hati yang sangat sayu sambil menoleh untuk melihatnya lagi.

aku perasan ada insan lain yang juga perihatin dan sedih melihat kanak-kanak itu. aku menegurnya selepas usai solat. dia pun terkejut bagaimana aku mengetahuinya. hati mana yang tidak tersentuh melihat keadaan seseorang seperti itu. tapi Allah itu adil, walaupun seorang itu susah sebagaimanapun dia akan tetap perolehi kebahagian dan orang kaya tidak semestinya perolehi kebahagian jika terus sibuk dengan kekayaannya.

peristiwa itu menyebabkan aku teringat dengan keluargaku. ya Allah bersyukurnya aku mempunyai keluarga. walaupun kami bukanlah orang yang senang tapi aku dapat rasakan kebahagian hidup bersama keluarga. bersalahnya aku sebab telah banyak buat kesilapan terhadap keluargaku. aku tidak menjalankan amanah mereka untuk study dengan lebih tekun. maafkanku wahai keluargaku. ya Allah ampunkan aku. terima kasih ibu dan ayah kerana telah menjaga anakmu ini dengan sebaik-baiknya.

ya Allah aku bersyukur Kau jadikan aku seperti ini. itupun aku tidak menggunakan nikmat yang Kau berikan ini sebaik-baiknya. ya Allah Kau tetapkanlah hati aku ini supaya aku terus berada di jalanMu, supaya aku berada tetap diatas agamaMu. ya Allah Kau peliharalah budak itu dan berikan kebahagian kepadanya. aku tahu tempatmu sangat istimewa disana nanti.

Monday, January 9, 2012

jalan-jalan makan ikan

zarul: nak pegi mne bad?
bad: nak posing sikit.

bad: nak senyum adan ambik gambar 2...
zarul: peaceee...

zarul: malula...
adan: jelas x bad??

adan: ehhh ade spe kat bwah 2??mcm kenal la..
zarul: haha budak 2..

bad, adan,zarul: sampai pun makanan ni...makkk oii byk nye...

ikan, udang....besakk nye...
bad: sedap nye..adan ko x makan ke??aku gne 2 tangan ea,,sbb sedap sgt ni..
zarul: aummm sedappp...
adan: sebab aku ambik gmbr ni..
25 dinar je...huhu..janji puas..hehehe..tnye tauke tu ikan dr mne, rpenye dari india n paskistan..dr jauh rpenye ikan ni datang...euwwww..

saengil chukha hanmida lokman

bestnye lokman ade org buatkan kek...

tgk 2 kek strawberry..coklat tebalnye..

besttt dapat makan free...

khusyuk semua dapat makan..




Sunday, January 8, 2012

NIKMAT MENCUBA

    rul menunggu shah yang masih berada dalam kelas peperiksaan. bersandar di dinding tingkat 5 kuliah syariah, qisim ekonomi dan perbankan islam. bersandar sambil memikirkan nasib peperiksaan yang baru sahaja didudukinya. tidak lama kemudian muncul kelibat shah yang keluar daripada bilik kuliah 501. 'susah kan rul exam tadi, banyak masuk belakang lagi. semalam pun masuk belakang, hari ni pun banyak yang belakang'. 'pisang berbuah tak tau berapa kali dah shah, huhu'. mereka telah bercadang untuk makan di gourmet untuk menghilangkan tension setelah 5 subjek telah selesai. berbaki 1 sahaja lagi.

    menyusur anak tangga kuliah syariah yang kian menampakkan usangnya kerana telah lama bertapak di bumi jordan sejak 1976 lagi. namun begitu, keilmuannya tetap disanjung dan tiada bandingnya. kelihatan 2 orang akhowat yang sama-sama berjuang di dalam peperiksaan aswak maliah tadi. salah seorang mereka menegur dengan nada musim sejuk 'rul ko tak pergi rumah kitorang ke petang ni?' 'ada apa kat rumah korang?' 'ko tak tau ke hari ni ade ape?' 'ade ape?' 'ehhh takde pape la bad' shah mencelah. 'ajak la rul sekali, die kan baik dengan kitorang jugak' 'aku tak tahu, sahut shah'. rul tetap ingin tau sambil bertanya berulang kali dan akhirnya terpaksa dijawab. 'alaaa sambut bufday kawan kita, tapi budak-budak rumah aku je yang pergi' rul membuat muka tak kisah sambil berkata. 'bende kecik macam tu pun beria nak suruk-suruk, mengada betul la'. berjalan sambil gelak ketawa dan meninggalkan akhowat di belakang.

    'shah jom pergi balad (pasar lama jordan) la, baru best' 'alaaa rul, lepaskan satu-satu dululah, pergi la gourmet dulu, kita kan nak makan tiramisu ni, esok la kalau nak pergi balad'. 'yela-yela, jomla pergi'. melintas jalan yang dipenuhi kereta-kereta dan bunyi-bunyi hon yang menakutkan. 'rul tak sabarnya nak cuba gourmet ni, mesti sedap kan'. 'mestila sedap shah, harga pun mahal kan'. sampai di gourmet. mereka pun masuk kedalam kedai tersebut. 'rul cantiknye tempat ni' 'shah jom la tengok yang mne tiramisu'. shah bertanya kepada pekerja di kedai tersebut, 'ayyu tiramisu?' jawab pekerja tersebut 'hai tiramisu, turidu hai?' 'naam, hai wahid, wahai wahid' rul cakap 'cukup ke ni shah?, tambah satu lagi nak tak?' 'emmm boleh je, bukan selalu kan, shu hai maklim?' tanpa faham sangat apa yang dikatakan oleh pekerja tersebut shah pun memilih satu lagi jenis kek. mereka mencuba 3 jenis kek gourmet.

    'tafaddol ilal fuk' arah pekerja gourmet. mereka pun naik keatas dan mencari tempat yang sesuai untuk celebrate tension mereka. 'rul jom duduk sini' berhampiran dengan dinding dan memperlihatkan permandangan di luar gourmet. kelihatan wanita-wanita arab sedang celebrate harijadi. bergambar-gambar. tidak lama selepas itu muncul pekerja gourmet dengan membawa 3 pinggan kek. sangat cantik dan menarik ditambah pula dengan warna kemerahan suasana dalam gourmet. shah mula mengeluarkan galaxynya dan snap beberapa gambar kek dan gambar rul. lalu menyuruh rul pula snap gambarnya. 'jom la rul kita makan, tak kan sayang pulak nak makan'. rul terus menghalakan sudunya kearah tiramisu dan menarah sedikit daripada sepotong tiramisu itu. 'shah sedapnya, berlemak, rasa macam aiskrim, dah lama aku nak makan tiramisu ni'. lalu shah pun mencuba juga. 'nikmatnya mencuba kan rul, aku rasa nak makan kat sini selalu jela, kita tengok dulu harga nanti, hehe'. tanpa mengetahui harga kek-kek itu mereka dengan cepat menghabiskan ketiga-tiga kek tersebut.


   '6 dinar' sebut penjaga kaunter arab itu. mereka menarik nafas panjang. 'rul, 2 dinar satu kek, nasib baik sedap kan'. 'shah kita dah dapat nikmat mencuba, mahal pun takpe janji kta dah cuba, kan?' 'aha la rul,  best sangat dapat cuba benda baru macam ni, simpan duit banyak-banyak buat ape tapi banyak benda tak tau, banyak benda tak pernah rasa, takde life la macam tu kan' 'betul betul betul' sahut rul. mereka beredar daripada gourmet dengan muka penuh dengan nikmat.



ini lah tiramisu....gambar contoh.
yang ni tak tau namanye ape..tapi rasenye
sedappppp sangat2...gambar contoh.

Saturday, July 4, 2009

Salam ukhwah buat semua.....

Dalam kehidupan ini kita mungkin ditusuk dengan berbagai-bagai ujian. kadang-kadang ujian itu berbentuk kepahitan malah kadang-kadang ia berbentuk kegembiraan. hari ini aku baru saja pulang daripada satu nikmat kegembiraan yang dikurniakan oleh yang Maha Esa kepadaku. kesyukuran tidak terhingga ku lontarkan kepadaNYA. kuingin kongsikan nikmat yang dikurniakan ini kepada rakan-rakan seperjuanganku semoga ia boleh menyuntik semangat kearah perjuangan islam sebagaimana yang kita tahu islam masa kini banyak diancam oleh orang islam itu sendiri dengan pelbagai ideologi yang memungkinkan islam itu terasa jauh daripada umat islam itu sendiri.

Jam menunjukkan 11.00 pagi. waktu yang ditentukan Allah supaya aku harus memulakan perjalananku ke kota yang penuh bersejarah. dengan kekuatan yang dikurniakan olehNYA,aku berangkat kesana dengan keluargaku menaiki kereta proton waja. kegembiraan mula nampak dilesum pipitku dengan senyuman yang diukir. perjalanan yang akan memakan masa 4 jam itu aku pergunakan dengan menyaluri ikim.fm yang memberi pelbagai info ilmiah. nasyid yang didendangkan menghilangkan kebosanan mengharungi liku-liku maut perjalanan.

Tersedar dari lamunan apabila jelas kedengaran bunyi yang mengajak kearah mengingati Allah. Aku menjamakqasarkan solatku secara berjamaah. sesungguhnya jamaah itu adalah kekuatan bagi umat islam namun apa yang berlaku sekarang ini amat menikam kalbu. masjid seolah-olah digunapakai hanya untuk malam jumaat dan solat jumaat saja. apakah malam-malam lain tidak sama seperti malam jumaat? persoalan yang telah dihilangkan daripada pemikiran masyarakat. malah adat diagung-agungkan melebihi ketinggian syariat islam yang sepatutnya lebih diutamakan.

Aku meneruskan perjalananku ke kota yang pernah dikuasai oleh 3 makhluk asing yang berbeza dan amat menakutkan penduduk melayu namun dengan kekuatan yang dianugerahkan kepada sebilangan orang melayu, akhirnya kesemua makhluk-makhluk itu berjaya disingkirkan. aku sampai disana lebih kurang pukul 3.30 petang. disana aku menghabiskan masa cutiku di sebuah villa yang amat indah dan besar. tidak pernah aku berada didalam rumah seindah itu kerana siapalah aku! diluar villa itu terdapat sebuah kolam renang yang besarnya boleh dimuatkan 3 ekor kerbau.

Petang itu juga aku cemari air itu dengan skill-skill terjunanku. aku berenang sepuas-puas hati sehingga kulitku mengelupas buat kali ke-2. malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali dan tidak mungkin nyamuk boleh mengejutkanku. ku bangun seawal subuh lagi untuk berjamaah bersama-sama dan mendengar sedikit peringatan. selepas solat zohor berjamaah, aku kebandar hilir untuk menyaksikan kesan-kesan sejarah disana. sungguh mengagumkanku melihat tinggalan tersebut namun aku tidak lupa sesungguhnya Allah lah yang mengurniakan manusia kebijaksanaan tersebut.

keesokannya pula aku ke water world untuk melakukan aktiviti air. kebanyakan permainan disana telah aku rasai. aku kesana hingga lewat petang. pengalaman disitu tidak mungkin aku lupai. aku pulang dari afamosa resort tepat jam 11.30 pagi. semoga anda tersenyum dengan pengalaman ini.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan