Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

MAULID NABI ATAU IKUT SUNNAH

    ramai orang bersemangat menyambut maulid nabi. tapi yang hairannya sunnah nabi tidak pula diikutnya. tak tahu macam mana dia faham dan menyayangi nabi Muhammad SAW. takkan lah hanya sayang pada waktu lahir sahaja.

    12 rabiul awal tarikh kelahiran nabi pun khilaf sahaja. yang lebih tepat ialah 9 rabiul awal. tapi tidak mengapalah. zaman nabi kan masih tiada tahun hijri lagi. disebabkkan itulah banyak perselisihan di situ.

   Sabda Nabi SAW: “ Seseorang itu tidaklah beriman sehingga Aku lebih dicintainya daripada anaknya dan kedua-dua orang tuanya serta manusia seluruhnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    tidak salah pun untuk sambut maulid nabi selagi mana tidak merasakan maulid itu sebahagian daripada ibadah khusus. tapi apa yang selalu kita lihat, orang yang tak pergi sambut maulid je dituduh macam buat dosa je. alhamdulillah apa yang saya nampak sekarang masyarakat sudah banyak berubah dan mulai faham yang mana ibadah khusus dan umum.

    ayuh sahabat semua, jangan la kita mencintai nabi kita hanya bermusim sahaja. selalulah mencintainya. bagaimana? iaitu dengan sentiasa mengamalkan sunnahnya. mereka yang mengikut sunnahnya lah yang menyayanginya. perbanyakkanlah berselawat kepada baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad.


Friday, February 3, 2012

akidah itu mudah sangat

    akidah islam hakikatnya sangat mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira yang buta huruf mahupun yang cerdik pandai. akidah islam yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah yang tidak berbelit-belit dan sangat jelas. maka tidak hairanlah jika nabi SAW dahulu mengajar para perwakilan yang datang kepada baginda beberapa ketika sahaja dan kemudian perwakilan tersebut mampu mengislamkan seluruh kabilahnya. ini disebabkan konsep akidah yang sangat jelas dan tidak memayah-mayahkan.

    kalau kita lihat dalam surah al-Ikhlas pun sudah mampu memberikan gambaran akidah yang cukup jelas. tetapi apa yang menyusahkan kita pada hari ini ialah akidah yang difahami melalui ahli kalam dan falsafah yang mana sangat sukar dan susah untuk difahami.

    kata Dr Yusof al-Qaradawi: "tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran yunan dan cara yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. justeru, imam-imam salaf mengutuk ilmu mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, thaqafah ad-da'iyah, halaman. 92, beirut: muassasah ar-risalat)

    oleh sebab itu, apa yang terjadi di negara kita dakwah kepada akidah ini tidak subur disebabkan kesusahannya. ini disebabkan terlalu banyak berfalsafah daripada menyampaikan akidah yang terkandung daripada al-quran dan al-hadis. jadi bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal bukan falsafah yang menyusahkan.

Sunday, July 5, 2009

apa itu niat??

salam sekali lagi buat teman-teman seperjuangan..

pagi subuh yang penuh dengan liku-liku kesejukan aku redahi bersama rakan-rakanku dengan harapan dapat berjamaah bersama-sama. namun aku hanya sempat rakaat kedua saja. aku bersyukur dapat berjamaah walaupun aku agak lambat. usai saja solat aku mendengar kuliyyah subuh yang diutarakan oleh ustaz dimasjid tersebut. beliau berbekalkan kitab syarah hadis 40 telah bicarakan bab paling awal iaitu bab niat.

niat memang penting untuk membezakan antara adat dan syariat. namun banyak lafaz-lafaz kata yang tidak diketahui usulnya telah memenuhi pemikiran umat sekarang ini. kita hanya pandai melafaz namun tidak pandai berniat. kelakar rasanya kalau kita tengok orang bertakbir lebih dari sekali,itulah namanya tidak pandai berniat. padahal niat itu memang hadir dengan sendirinya. lafaz-lafaz inilah yang banyak menyusahkan kita.

asal-usul hadis yang berkaitan dengan niat itu adalah disebabkan terdapat segolongan sahabat yang berhijrah bukan kerana Allan dan Rasul. bahkan mereka berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. ini jelas lari daripada niat yang sebenar. namun mereka hanya dapat apa yang mereka inginkan dan tidak dapat lah Allah dan Rasul.

ustaz tersebut menyelitkan sedikit info melalui kitab 75 kesalahan sekitar hari jumaat dan solat jumaat. kesalahan yang disebutkan termasuklah:

1- salah disisi syariat membaca al-quran sebelum solat jumaat. kalau difikir mengunakan akal memanglah ia tidak langsung menyalahi kerana ia perkara yang baik, namun syariat tidak boleh menggunakan akal semata-mata tapi mestilah bersumberkan kepada nas-nas yang sahih. kaedah syarak ada menyebutkan asal kepada ibadah adalah haram sehingga ada dalil yang membenarkan. apa yang berlaku sekarang ini, berbagai-bagai ibadah yang wujud tanpa dalil yang sahih. ini sangat jelas menyesatkan dan ibadah itu tidak akan diterima.

2- kalau diperhatikan membaca al-quran sebelum solat jumaat menganggu konsentrasi ibadah-ibadah sebelum jumaat seperti solat tahiyyat, i'tikaf dan sebagainya yang dibenarkan. kalau dibaca al-quran dengan kuat malah menggunakan microphone, sudah tentu orang lain terasa susah untuk melakukan ibadah-ibadah yang ingin dilakukan.

apa yang ingin saya sampaikan disini ialah marilah kita melakukan sesutu ibadah bersumberkan al-quran dan hadis bukan berdasarkan kata-kata yang penuh dengan keraguan. sesungguhnya kata-kata hanya akan mengundang binasa.

wallahu 'alam...

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan