Sunday, April 15, 2012

saat lafaz sakinah


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

lirik lagu saat lafaz sakinah:far east

lirik lagu ini yang mengisahkan di saat lafaz akad nikah bermula maka disaat itu tanggungjawab penjagaan daripada seorang bapa akan berpindah kepada seorang suami. disaat itu puteri si wali diamanahkan sepenuhnya kepada si suami. maka ingatlah wahai suami, peliharalah amanah yang telah diamanahkan kepadamu. jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut. peliharalah isterimu dan nafkahilah dia dengan kasih dan cinta sepenuh hati kerana dia adalah amanah dari bapanya. berikanlah lebih dari apa yang telah dia dapat daripada ibu dan bapanya.

wahai sang suami, sekarang kamu adalah suaminya. kamu bawalah dia ke syurga. pimpinlah dia supaya dia sentiasa berada di jalan yang benar. sentiasa menasihatinya. sentiasa menjaga hatinya. aku telah serahkan dia kepadamu. aku mahu engkau menjaganya sepenuh hatimu lebih daripada apa yang telah aku berikan kepadanya. aku tahu puteriku sangat memerlukan kamu setiap masa. engkau hargailah dia. aku akan sentiasa mendoakan kamu.

wahai sang bapa, aku akan menjaga anakmu sepenuh hatiku. disaat aku berakad nikah, aku tahu engkau telah memberi segala kepercayaan engkau kepadaku. aku pasti tidak akan menghancurkan kepercayaan itu. aku pasti akan menjaga puterimu sepenuh hatiku. aku akan bersamanya disaat dia gembira mahupun sedih kerana aku sangat mencintai dia. aku akan memberikan kepadanya apa yang aku termampu. aku akan curahkan segala kasih-sayangku kepadanya. aku akan berikan lebih daripada yang telah engkau berikan. terima kasih kepadamu kerana telah menyerahkan amanah ini kepadaku. aku tidak akan pernah mengkhianatinya.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan