Monday, March 12, 2012

KASIH SAYANG

Sabtu, 10 March - Pada sabtu yang lalu, batch ikip yang ke-4 telah mengadakan sidang kemuncak kali pertama pada tahun ini, 2012. sidang kemuncak yang dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu encik Mohd Noor daripada Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau ialah ayah kepada saudara Mohd Hanif. Sidang ini diadakan di rumah mesyuarat Jordan atau nama lain CASA INTELEK. Mesyuarat yang paling tergempar ini telah dihadiri oleh 34 ahli rasmi batch 4 daripada jumlah 38 orang. 4 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Sidang kemuncak itu dimulakan dengan majlis pembukaan oleh saudara Firdaus bin Zaid. Kata-kata aluan yang memuji kebesaran Ilahi dan bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis. Seterusnya terus dijemput ketua batch 4 saudara Mohamad Alif untuk merasmikan sidang kemuncak dan sekaligus meneruskan agenda majlis. Banyak amanat yang disampaikan oleh beliau mengenai organisasi batch 4 antaranya ialah kehadiran delegasi daripada Pahang pada akhir tahun ini untuk membawa agenda kerusi Pahang. Dengan adanya kerusi ini, maka rakyat Pahang yang berjaya dengan cemerlang akan layak memohonnya untuk menyambung Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Pelbagai masalah telah diutarakan oleh ahli-ahli batch 4 kepada beliau dan alhamdulillah ia dapat dijawab dengan baik dan segala masalah akan diutarakan kepada pihak berwajib. Beliau sememangnya ketua yang sangat berwibawa dan telah menaikkan organisasi batch 4 ke tahap yang tertinggi. Segala amanat beliau kepada ahli-ahlinya akan sentiasa bermain diminda.

    Sedikit amanat daripada timbalan ketua batch 4 iaitu saudari Nur Adilah. Beliau mengharapkan organisasi ini terus kekal dalam hati ahli-ahlinya walaupun mereka tidak lagi bersama suatu ketika nanti. Ucapan yang pendek itu terus memberi kesan yang sangat mendalam.

    Pembentangan kewangan daripada saudara Suhaib sebagai bendahari agung batch 4. Beliau sememangnya layak menyandang jawatan tersebut diatas kredibiliti yang ada pada beliau. Selain sangat amanah dalam memegang amanah, beliau sangat bijak mengatur langkah mengembangkan lagi kewangan batch 4. Oleh itu, batch 4 kini mempunyai sejumlah wang yang banyak dan mampu menjaga kebajikan ahlinya. Syabas kepada beliau.

    Agenda yang paling ditungu-tungu iaitu jamuan makan batch 4. Jamuan makan secara besar-besaran ini telah ditaja oleh batch 4 dan telah dimasak oleh beberapa catering terkenal antaranya Bait Kampung Group dan Arsyad Copr. Terima kasih kepada mereka kerana menyediakan makanan yang sedap dan mengekalkan citarasa Malaysia tercinta.

gelagat ketua kelas dan pengerusi majlis. murah dengan senyuman.

suhaib sedang meneliti kewangan kelas sambil diperhati oleh mustafa dendan sinis dan badrul mengelakkannya.
dari kiri dan berdiri: arsyad, ikhraam, badrul, encik mohd noor, muhaimin, mustafa, amir.
dari kiri duduk di tengah: hanif, zarul, suhaib, syafiq, sahdan.
dari kiri dan di depan: falah, hazim, afiq.
    sidang kemuncak tersebut telah berlangsung selama sejam setengah bermula daripada pukul 1.00 petang sehingga pukul 2.30 petang. saya Mohamad Sahdan wartawan batch 4 melaporkan berita tersebut daripada bermulanya program sehinggalah ia berakhir. Semoga sidang kemuncak seperti ini akan terus dilaksanakan bagi merapatkan lagi silaturrahim dan kasih sayang antara batch 4.


 

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan