Wednesday, February 15, 2012

SYARAT-SYARAT AKAD YANG SAH MENGIKUT SYARIAT


Terdapat 7 syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang untuk menjadikan akad yang dilakukan sah menurut syariat islam :

1- Redha : iaitu saling redha-meredhai antara dua pengakad.


2- Kemampuan dalam berakad.

a: kemampuan pengetahuan seperti telah baligh dan mampu menguruskan harta.

b: kemampuan hakiki seperti mempunyai pemilikan keatas sesuatu yang ingin diakadkan.


3- Sesuatu yang ingin diakadkan mestilah harta yang mempunyai nilai disisi islam. Harta tersebut
hendaklah halal. Babi, arak dan harta yang haram dikategorikan sebagai harta yang tidak bernilai dalam islam.


4- Mestilah barang yang ingin diakadkan itu diketahui sifat-sifatnya. Tidak dibenarkan wujud 'jahalah' dan 'gharar'.


5- Terhindar daripada riba. Riba ialah penambahan yang disyaratkan pada harta asal.

a: riba al-fadhal

-emas

-perak

-barli

-gandum

-tamar

-garam

Berikut ialah enam item ribawi yang disebutkan dalam hadis. Ia dikategorikan sebagai riba al-fadhal. syarat yang perlu dipatuhi untuk menukar dua item yang sama jenisnya ialah 'tamasul' sama beratnya dan 'taqabud' penyerahan yang segera. manakala jika menukarkan item yang berbeza seperti emas dengan perak hanya perlu 'taqabud' sahaja. Tidak dikenakan apa-apa syarat jika emas atau perak ditukarkan dengan dengan barli, gandum, tamar dan garam.

b: riba al-nasiah(hutang)

-disyaratkan penambahan pada harta yang dipinjam dengan berlalunya tempoh. contohnya A meminjam RM100 daripada B dan B menyaratkan bayar balik sebanyak RM120. RM20 adalah riba nasiah.


-riba al-sorf ialah riba yang mengambil 'illah' emas dan perak iaitu sesuatu yang bernilai. contohnya ialah duit kertas yang digunakan sekarang juga hendaklah memenuhi syarat yang dikenakan keatas emas dan perak.


6- Niat yang betul. Terdapat beberapa akad yang bentuk pelaksanaannya yang bertepatan dengan syariah  tetapi niat yang salah. contohnya ba'i inah yang mana bentuk pelaksanaan yang betul tapi niatnya hanya ingin mendapatkan duit. contoh pelaksanaan ba'i inah ialah bank menjual peti kepada pelanggan dengan harga tangguh sebanyak 5000 dan pelanggan menjual semula peti kepada bank dengan harga segera sebanyak 4000. pelanggan mendapat duit sebanyak 4000 manakala bank untung sebanyak 1000.


7- Suasana yang sesuai. Tidak dibenarkan menjual tanah kepada musuh ketika musuh ingin menyerang orang islam.








No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan