Friday, February 3, 2012

akidah itu mudah sangat

    akidah islam hakikatnya sangat mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira yang buta huruf mahupun yang cerdik pandai. akidah islam yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah yang tidak berbelit-belit dan sangat jelas. maka tidak hairanlah jika nabi SAW dahulu mengajar para perwakilan yang datang kepada baginda beberapa ketika sahaja dan kemudian perwakilan tersebut mampu mengislamkan seluruh kabilahnya. ini disebabkan konsep akidah yang sangat jelas dan tidak memayah-mayahkan.

    kalau kita lihat dalam surah al-Ikhlas pun sudah mampu memberikan gambaran akidah yang cukup jelas. tetapi apa yang menyusahkan kita pada hari ini ialah akidah yang difahami melalui ahli kalam dan falsafah yang mana sangat sukar dan susah untuk difahami.

    kata Dr Yusof al-Qaradawi: "tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran yunan dan cara yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. justeru, imam-imam salaf mengutuk ilmu mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, thaqafah ad-da'iyah, halaman. 92, beirut: muassasah ar-risalat)

    oleh sebab itu, apa yang terjadi di negara kita dakwah kepada akidah ini tidak subur disebabkan kesusahannya. ini disebabkan terlalu banyak berfalsafah daripada menyampaikan akidah yang terkandung daripada al-quran dan al-hadis. jadi bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal bukan falsafah yang menyusahkan.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan