Tuesday, April 3, 2012

penyakit M

     memang benar apa yang dikatakan oleh saudari blogger http://akakjetty.blogspot.com juga rakan saya di jordan ini bahawa penyakit M sedang melanda dengan rancaknya. segala idea telah diranapkan begitu sahaja. ia juga telah menyebabkan akal-akal kami tumpul daripada menyampaikan sesuatu. sungguh dahsyat penyakit tersebut.

     setelah dikaji bahawa penyakit M ini telah timbul dengan wujudnya beberapa keadaan. antara keadaan yang paling banyak menyebarkan penyakit ini ialah peperiksaan. masing-masing akan sibuk membuat hal sendiri. walaupun kadang-kadang kita tidak mempunyai exam, dan exam lambat lagi, namun pemikiran akan terus dibelenggu oleh kalimah dahsyat ini "EXAM". masing-masing mengejar pointer yang menakutkan diri ini dan diri kawan-kawan yang lain.

     selain itu, satu perkara ini juga turut mengganggu masa kita iatu KARISMA. masa kita telah berkurang dengan latihan-latihan sukan. setiap petang mesti berlatih untuk menjadi juara. masa petang sudah tiada untuk menulis lagi. hari khamis ini akan bertolak ke mu'tah kerana karisma akan berlangsung disana. perjalanan yang lama iaitu 4 jam. sudah pasti itu adalah waktu tidur. hari sabtu pula adalah exam. makanya saya akan pulang hari jumaat malam. banyaknya masa saya yang telah hilang.

     belum campur masa termenung lagi ni, memang tiada la masa untuk menulis. penyakit M ni memang la memberi banyak kesan pada kita. malam ni saya telah buang penyakit M, saya nak tengok selama mana penyakit M ni mampu pergi daripada saya. kita tunggu dan lihat saja pada post yang seterusnya.

1 comment:

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan