Tuesday, May 1, 2012

10 SEBAB TIDAK PONTENG KULIAH


Berikut adalah sebab kenapa saya tidak berminat untuk ponteng kuliah:

1- Ponteng kuliah adalah perkara yang tidak disukai, maka pastilah ia perkara yang tidak baik untuk dilakukan. Perkara yang tidak baik tidak disukai oleh Allah. Cuba sedaya mungkin untuk tidak ponteng  kerana ia perkara yang tidak disukai manusia dan Allah kecuali ada sesuatu yang memaksa anda untuk tidak hadir ke kuliah.

2- Siapa yang menaja anda untuk tidak hadir ke kuliah? Kalau anda keluarkan duit poket sendiri boleh dikatakan itu hak anda untuk tidak hadir ke kuliah. Tetapi masalahnya tidak mungkin anda keluarkan duit poket sendiri melainkan kerajaan atau ibu bapa yang menaja anda. Jadi jangan ponteng kuliah jika anda menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang menaja anda.

3- Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh pensyarah sangat penting untuk didengari. Tidak sama apa yang dibaca dalam buku dan apa yang pensyarah terangkan. Sangat penting untuk hadir ke kuliah untuk mendapatkan setiap perkataan yang diperkatakan oleh pensyarah. Hargai pengorbanan pensyarah anda yang ingin menyampaikan ilmunya. Hormati keberadaan pensyarah anda didalam kuliah.

4- Jadikan hadir ke kuliah itu satu tabiat yang anda sukai dan menghiburkan. Juga jadikan duduk di rumah tanpa kuliah adalah membosankan. Tabiat itu mempengaruhi minat seseorang. Pupuk minat itu bermula daripada sekarang.

5- Berkawan dengan mereka yang suka hadir ke kuliah. Juga cuba-cuba menasihatkan mereka yang tidak hadir ke kuliah. Kadang-kadang anda mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak hadir ke kuliah. Mereka mungkin akan pujuk anda untuk melakukan perkara lain.

6- Selalu mendengar ceramah-ceramah yang boleh memberi motivasi pada diri anda. Juga selalu membaca blog-blog kearah motivasi untuk anda lebih berkeinginan menuntut ilmu.

7- Sangat penting untuk anda selalu menelefon ibu dan bapa lebih-lebih lagi buat mereka yang berjauhan dari keluarga. Bercakap dengan ibu bapa ini mampu memberi ruh kekuatan dan semangat untuk lebih rajin hadir ke kuliah.

8- Jaga kesihatan. Jika hanya sakit sedikit sahaja tidak perlu untuk anda memanjakan diri untuk tidak hadir ke kuliah. Jadi mahasiswa dan mahasiswi yang kuat.

9- Jaga waktu tidur. Ramai antara mahasiswa dan mahasiswi yang tidak hadir ke kuliah disebabkan tertidur  atau tidak tersedar untuk hadir ke kuliah. Mungkin mereka mengamalkan tidur lewat malam. Perlu dihindari jika anda adalah sejenis manusia yang sukar bangun tidur.

10- Mempunyai rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Jika anda mempunyai perasaan ini tidak mungkin anda akan ponteng kuliah secara sengaja. Didik perasaan ini supaya anda mampu menjadi aset paling berguna untuk Malaysia pada masa akan datang.


~UBAH DIRI, UBAH SIKAP, UBAH PERSEPSI. ANDA AGEN PERUBAH~

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan