hari ini warga irbid yang akan menyertai dan menjadi wakil sukan untuk mantiqah irbid akan bergerak ke mu'tah. rasa malasnya nak pergi. tapi jauh di lubuk hati teringin sangat nak pergi. (tambang mahal sangat) haha. ni lah masalah nya apabila tiada peruntukan untuk tambang. ramai la atlet-atlet irbid yang tidak mahu untuk pergi. (sangat berharap dapat sumbangan dari EMJ) supaya duit yang berbaki ini dapat digunakan untuk perkara lain.
apa yang ditakutkan ini ialah tiba-tiba ada exam hari ahad ini. sempat ke aku nak study ni? huhu takutnya. sempat je kalau aku dah study awal, tapi kalau tak study lagi ni, nak bagi alasan apa hah? insyaAllah sempat lagi baca (kalau aku baca kat mu'tah la). jadi aku mesti balik pada hari jumaat untuk exam hari sabtu dan seterusnya bersedia untuk exam hari ahad dan kemudiannya lagi exam hari rabu. beginilah kehidupan seorang mahasiswa di irbid, jordan. sentiasa sibuk dengan exam.
semalam juga aku pergi jalan-jalan untuk berjumpa kawan-kawan, kemudian berjumpa dengan seorang blogger ni, dengan membawa dua kotak pizza. hebat mereka ni makan pizza rupanya. walaupun aku makan kat mango. haha. apa yang terharunya dengan mereka berdua ni, apabila nampak aku, mereka terus bertanya dan menghulurkan pizza mereka walaupun berada di tengah-tengah jalan tempat lalu-lalang orang ramai. aku memang tak suka tolak rezeki yang dihulurkan. aku akan tolak rezeki tu apabila orang tu bertanya "ko nak tak makanan ni". aku terima rezeki apabila orang cakap macam ni "nah ambik ni" (faham dah kan lepas ni cara nak bagi makanan kat orang). cara pertanyaan tu boleh mengambarkan perwatakan seseorang.
aku ada kawan yang sentiasa memberi semangat kat aku. terima kasih kawan. seronok bila ada kawan macam tu. sekarang hidup ni sudah tidak gelisah lagi seperti minggu-minggu sebelum ni. sebab tu lah sebelum ni aku sudah lama tidak menulis kerana tiada inspirasi dari seseorang. haha. kita memang memerlukan seseorang untuk menjadi penguat semangat kita. sebab tu la orang dah berkahwin sentiasa bersemangat untuk buat kerja dan kalaupun mereka masih belajar, mereka semangat untuk belajar. kami yang belum berkahwin ni hanya mampu mengambil semangat daripada kawan je la.
akhirnya saya mewakili atlet bola tampar irbid (takdela hebat sangat) mengharapkan kejayaan untuk kesemua peserta pada sukan sejordan (KARISMA) bagi mantiqah irbid untuk menang semua pingat di semua acara. jangan diberi walaupun satu peluang kepada mereka yang bernama selain wakil irbid. selamat maju jaya mohon kita berjaya.
No comments:
Post a Comment