Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

AKU YANG SILAP


Tuhan tolong beritahu dia
Aku pohon kemaafan darinya
Aku tidak sanggup resah tanpa dia
Sentiasa terfikir salahku pada dia.

Sungguh aku yang silap
Buat kau jadi begitu
Kini aku lemah 
Hidup tanpa dirimu.

Kembalilah pada diriku
Aku rayu dengan tulus hatiku
Aku telah sedari akan silapku
Aku tidak mahu mengulangi salahku itu.

Hidup tanpamu
Satu kekosongan dalam hidupku
sentiasa resah memikirkanmu
Kini hidupku tidak lagi menentu.

Aku mahu dirimu yang dulu
Selalu mengambil berat tentangku
Sentiasa mendahulukan diriku 
Membantu dan menolongmu.

Jika aku tidak seperti dulu
Kau tegurlah diriku
Kadang aku tidak tahu
Tidak sedar akan silapku.

Ya Allah Engkau yang Maha Tahu
Segala isi hati jantungku
Permudahkanlah urusanku
Sungguh ujian ini berat bagiku.

Ya Allah kuatkan jiwaku
Yang selalu lemah lesu
Tidak kuat menghadapi sesuatu
Kekalkan aku di jalanMu.




Thursday, March 15, 2012

pasti akan tiba hari itu

sudahku tahu sakitnya bercinta
apakan daya melawan fitrahNya
tidak ku cari ia datang sendiri
menjadi daging didalam hati.

tidak mampu kupendam perasaan ini
membengkak menjadi duri
berfikir sepanjang hari
hidup tidak terurus lagi.

kuluahkan isi hati ku
kepada dia yang ku cintai
walaupun tiada balasan untukku
cukuplah ku rasa puas hati.



    umur seperti ini sudah tentulah mula mencari seseorang yang boleh dijadikan isteri. bukan lagi hanya untuk bermain-main seperti anak-anak sekolah. umur seperti ni juga merasakan untuk mencari seseorang yang mampu kita hidup dengannya sepanjang hayat. namun bukan lah senang untuk kita cari seseorang yang mahu menjadi isteri kita. ramai yang tidak bersedia untuk menjadi seorang isteri. katanya masih tidak mampu menguruskan rumah tangga. atau mungkin dia tidak percaya kepada diri kita yang dilihat dari luaran ini seperti kebudakan. ataupun masih terlalu awal untuk mengikat tali pernikahan. dirisaukan akan menyusahkan proses pembelajaran terutamanya kepada wanita. namun apa yang penting kita berusaha sedaya kita untuk mencari bukan sekadar menunggu.

    mungkin wanita banyak memikirkan bahawa apabila telah berkahwin mereka akan terpaksa melakukan banyak kerja rumah disamping kalau mereka masih belajar, akan bertambahlah kerka-kerja mereka. manakala lelaki pula memikirkan apabila mereka berkahwin, hidup mereka akan lebih terurus, makan-minum akan terjaga, hanya keluarkan duit sahaja. maka akan dilihat keuntungan yang banyak kepada pihak lelaki. jika perkahwinan itu dilihat daripada segi ini, maka ramai la wanita tidak akan mahu berkahwin selagi belum sedia untuk semua itu.

    pada hakikatnya perkahwinan adalah saling melengkapi antara wanita dan lelaki. saling tolong-menolong antara mereka. perkahwinan dapat memudahkan kerja wanita didalam perkara yang mereka tidak dapat melakukan seperti melakukan kerja berat yang memerlukan tenaga lelaki. manakala terdapat juga kerja yang lelaki tidak dapat lakukan walhal dapat dilakukan oleh wanita seperti masakan yang sedap-sedap. wanita juga akan mudah untuk kemana-mana dengan adanya suami disamping.

    tidak adil bagi lelaki apabila telah berkahwin mereka menetapkan kerja-kerja rumah mesti dilakukan oleh wanita. sepatutnya tiada arahan didalam sesebuah institusi kekeluargaan. arahan ini hanya akan menyebabkan seseorang melakukan kerja secara terpaksa. lebih-lebih lagi arahan itu tidak dilakukan oleh si penyuruh. memang menyakitkan hati. mulakan dari diri anda dahulu sebagai lelaki untuk melakukan sesuatu kerja, contohnya anda sebagai suami, cuba-cuba untuk memasak walaupun tidak sedap, isteri akan melihat kesungguhan itu lalu isteri akan membantunya. cuba-cuba mengemas rumah, cuba-cuba membasuh baju dan cuba segala urusan yang sentiasa diserahkan kepada isteri. hakikatnya itu adalah urusan yang perlu dilaksanakan oleh lelaki. biar lelaki tahu betapa beratnya kerja yang dilakukan oleh si isteri. cukuplah kita yang belum berkahwin ni tengok kerja yang ibu kita lakukan. sepanjang hari ibu akan melakukan kerja dari pagi sampai lah lewat malam. bantu-bantulah ibu kalau balik kampung. tolong sapu sampah, basuh pinggan, sidai baju. macam-macam lagi kita boleh lakukan. biar lah orang cakap kita ni macam anak dara tapi bila kita dah kahwin nanti, sekurang-kurangnya kita tahu buat semua tu.

    jadilah lelaki yang mampu meringankan beban wanita bukan menambahkan lagi beban mereka. perkahwinan yang mempunyai toleransi dan tolak-ansur ini InsyaAllah akan bahagia. lelaki juga perlu perlengkapkan diri mereka dengan asas-asas agama supaya dapat mendidik wanita yang akan diperisterikan kerana lelaki akan bertanggungjawab keatas wanita ini. saat sahaja lelaki berakad nikah maka disaat itu lelaki telah sanggup menerima segala tanggungjawab keatas perempuan tersebut daripada ayahnya. sanggupkah?. kalau kita dah bersedia kenapa perlu cakap tak sanggup. manusia ni kalau nak tunggu sempurna sesempurna sangat-sangat memang sampai mati pun tak akan kahwin. dalam perkahwinan lah kita akan belajar segala macam bahagia, pahit, sedih dan sebagainya. pengalaman lah yang akan mematangkan diri kita. selagi belum mengecapi sesuatu, pasti tidak merasakan sesuatu.

    

    

Tuesday, March 6, 2012

air mata anakmu

ibu...
ibu aku rindu padamu...
aku mencarimu...
aku menunggumu...
aku terlalu ingin bertemu denganmu...
aku mahu katakan sesuatu kepadamu...
sebagai tanda kasih anak mu...
aku sangat mencintaimu ibu...

hati ini selalu teringatkanmu...
ditika malam sering mimpikan redup wajahmu...
kadang aku menangis rindukanmu...
aku sangat takut sesuatu terjadi padamu...
sungguh aku sangat sayang kan ibu...

ya Allah kau lindungilah ibu...
kau ampunkanlah dosa ibu...
kau permudahkan lah urusan ibu...
kau berilah rahmatmu kepada ibu...
sesungguhnya aku tidak mampu membalas semua jasa ibu...
hanya titipan doa sebagai pengubat rindu...


daripada anakmu yang  merindui,
sahdan.

Wednesday, February 29, 2012

SABARMU

walaupun diusir dan dipulau
kau tetap teguh meneruskan usahamu
menunjuk jalan kebenaran
kepada manusia yang tidak mengenal Tuhan

walaupun berbagai fitnah kau terima
walaupun berbagai tawaran disaji
kau tetap teguh dijalan yang satu
jalan kebenaran yang diredaiNya

kau lah insan yang paling disayangi
hingga tidak mungkin dibelah bahagi
cinta untukmu akan terus bersemi dihati
kau lah Rasulullah yang aku rindui.

Tuesday, February 28, 2012

perasaan

disaat pertama kali melihatmu
suasana menceriakan dirimu
gelak-tawa dan senyumanmu
memberi nafas kesejukan di hatiku
sekali kau terpandang ke arahku
bergetar jantung hatiku
pasti Allah yang memberi rasa itu
kerana aku ikhlas dengan perasaanku.

Thursday, February 23, 2012

syahadat cinta

pada sebuah hari
aku berjalan melangkah kaki
langkahku terhenti
mulutku terkunci
sebab seorang bidadari tersenyum padaku
mata ini tidak ingin berbuat zina
dan hati juga tidak ingin dikuasai nafsu
tetapi bidadari itu selalu hadir dalam jiwaku
siapakah bidadari itu?
kuajak seorang teman untuk menemuinya
tetapi langkahku terhenti kembali
apakah ini yang dinamakan cinta
ku memuji kebesaran Allah dan keindahan yang Dia tampakkan
sanggupkah aku mengenalnya?


ku tersenyum kepadamu bukan kerana ingin menggodamu
sebab aku sendiri takut terbakar dalam godaan itu
jika Allah menuntun kita pastilah kita sampai dihujung jalan bersama
semoga cinta yang bersih ini terus subur dalam syahadat cinta.

Saturday, February 4, 2012

HADIAH DARI TEMAN

terima kasih wahai teman
diatas pemberian yang sangat bernilai
sedangkan yang lain melupakan
dan kau terus mengingati

hanya ungkapan terima kasih
yang mampu aku ucapkan
buat teman yang berbudi bersih
pemberian yang tidak mungkin kulupakan

terima kasih awak sebab bagi hadiah pada saya. saya amat hargai pemberian awak. semoga Allah membalas budi baik awak.


Friday, January 27, 2012

SUBUH

hujan yang menyirami subuh
mengindahkan suasana yang gelap
mencurah segala rahmat
untuk sekalian yang memohon.

azan mula membangkitkan insan yang soleh
meredah hujan di kala subuh yang gelap
berjalan sambil meminta syafaat
mengharap dosa-dosa diampun.

Thursday, January 19, 2012

sunyinya irbid

bosan
kenapa bosan
selalunya tidak bosan
tiada apa hendak dibuat ketika bosan.

mungkinkah sebab dia telah pergi
kenapa dia pergi
aku sunyi bila dia pergi
sampai bila dia pergi.

aku sedang menunggu dia
aku harap dia akan pulang jua
dan akan aku kata pada dia
aku suka dia.

biar tenang hati ini
dari sakit tidak terperi
berdenyut-denyut ibarat nadi
memendam setiap hari.






Sunday, July 19, 2009

cinta sejati


sebagai membuka bicara ini izinkan saya berpantun 2 kerat dan 4 kerat...


malam-malam makan biji bidara,

izinkan saya menulis sepatah dua kata.


pergi melaka naik beca,

dekat sana banyak tauhu,

jangan lupa baca,

baca 2 sampai habis tau.


apakah cinta sebenarnya?

adakah ia perlu dituruti atau dihindari?

sungguh aku tidak sangka,masih terdapat cinta yang tidak suci dalam hati orang yang berjiwa suci.

sanggup dia bermain cinta demi nafsu semata-mata.

apakah dia tidak punya harga diri.

atau adakah harga diri itu telah dibuang jauh dari kehidpan duniawi.

ketahuilah cinta amat suci tafsirannya.

namun telah dirosakkan tafsirannya.

oleh insan yang bernama manusia.


wahai manusia,marilah bersihkan kembali tafsiran ini.

daripada anasir-anasir yang sedang membinasakan umat.

kembalikan semula cinta yang suci.

moga menjadi cinta yang hakiki.

cinta hakikatnya direstui.

inilah yang diingini.

oleh manusia yang ingin dikasihi.


antara cinta dan sayang yang mana lebih agung?

dalam sayang ada cinta.

dalam cinta tidak semestinya ada sayang.

namun masing-masing ada kelebihannya.

jangan diperkecilkan cinta itu.

kerana cinta takrifnya ada dalam jiwa manusia.

perlu dibimbing agar mendapat cinta yang sejati.



Saturday, July 11, 2009

teman dikala suka dan duka

aduhai teman,dikau penyeri dikala aku kesepian,
penghibur dikala aku kesedihan,
pengubat dikala aku kesakitan,
peneman dikala aku keseorangan,

aduhai teman,pengorbananmu tidak mungkin aku lupakan,
jasamu terlalu banyak ibarat air di lautan,
mustahil dapat aku balasi dengan harta kepunyaanku,
walaupun aku serahkan jiwa dan ragaku,

oh teman,dikala engkau meninggalkan diriku,
aku tidak punya teman untuk mengadu,
hidupku bagaikan kain putih yang kosong,
aku merasakan hidup ini tidak beerti lagi,

disaat itu aku memohon kepada Allah sebagai penciptaku,
agar aku dianugerahi seorang teman yang akan membahagiakanku,
lalu aku dikirimkan sebiji permata yang amat berharga,
aku bersyukur padaNYA yang amat aku cintai,

oh teman,aku tidak akan membiarkan engkau pergi dariku,
aku amat menyayangimu keranaNYA,
daku berharap dikau menerimaku seadanya,
namun akhirnya engkau pergi jua menyahut panggilanNYA,

aku berasa amat pilu sekali,
namun aku berharap satu hari nanti,
aku akan dikurniakan teman sepertinya,
walaupun penggantinya amat sukar dicari.

terima kasih teman kerana sudi menjadi temanku...

(sahdan)

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan