ECONOMY & ISLAMIC BANKING

salam kawan-kawan. pada masa yang singkat ni saya nak kongsikan buku berkenaan economy & islamic banking saya. ni la buku terbaru saya. harganya agak mahal la juga. tapi demi nak martabatkan dan mendalami ilmu ini, saya pun tanpa segan dan silu mengeluarkan duit saya untuk beli buku ini.

sebenarnya buku ini agak cantik sebab tu saya tak boleh tidur lena kalau tak dapat beli semua buku-buku ni. 5 buah buku ini harganya lebih kurang 40jd kot. wauuu mahalnya kan? tidak mengapalah walaupun sangat mahal tapi kalau nak dibandingkan dengan buku-buku di malaysia, buku-buku disini sangat-sangat la murah. lagipun saya beli di kedai berdekatan sahaja.

dah baca ke belum? buat apa beli kalau tak nak baca. ni la kata-kata yang akan selalu kita dengar. bunyi-bunyi sumbang yang akan merosakkan niat baik kita. sebenarnya kita beli buku-buku ini, walaupun kita tak baca kita boleh buat koleksi. hehe. ehhh tak la, walaupun kita takda la baca semua dari kulit ke kulit tapi sekurang-kurangnya kita boleh buat rujukan apabila kita perlu. orang kata dalam internet semua da ada, buat apa nak beli lagi? kita ni pelajar mestilah pelbagaikan sumber rujukan kita. betul tak kawan-kawan?

saya harap dengan tulisan serba ringkas ni, kawan-kawan saya dapat berfikir semula dan dapat memanfaatkan duit yang ada untuk membeli buku ilmiah seperti ini. selamat membaca buku.



    assalamualaikum sahabat.

kat atas ni adalah buku perbankan islam baru saya. semua sekali 18 jilid. harganya pun agak mahal la kan. 95 dinar. huhu. jadi budak-budak ekonomi mesti ada buku ini sebagai rujukan. walaupun bukan sekarang, mungkin rujukan untuk akan datang. jangan menyesal di kemudian hari sebab tak beli buku ini. tapi kalau nak rujuk gak masa tu, datang la rumah saya. hehehe.. saya tak kisah pun. tapi tak boleh pinjam la. okey la. selamat membeli dan membaca.





1 comment:

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan