hari ini bermulanya pembelajaran subjek tamwil wal istismar. iaitu pembiayaan dan pelaburan. dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain.
pembiayaan ialah orang yang memerlukan duit untuk membiayai projek yang ingin dilaksanakan. mereka ini juga ialah orang yang kekurangan kewangan dan memerlukan kewangan daripada orang yang mempunyai lebihan kewangan.
pelaburan pula ialah orang yang meminta untuk dikembangkan hartanya. mereka ialah orang yang mempunyai lebihan kewangan dan akan melaburkan hartanya kepada mereka yang memerlukan duit.
kebiasaanya harta yang ingin dikembangkan oleh pelabur ini akan dikendalikan oleh institusi perbankan. kemudian orang yang inginkan pembiayaan akan datang kepada bank untuk memohon pembiayaan.
pembiayaan tidak akan diberikan secara percuma kepada pemohon kecuali 'qard hasan'. jika melihat kepada perbankan konvensional mereka akan mengenakan faedah kepada pemohon. faedah yang dikenakan akan diagihkan kepada bank dan juga pelabur. namun faedah ini HARAM disisi islam.
islam memberikan alternatif dalam setiap perkara. alternatif kepada pembiayaan yang haram, terdapatnya pembiayaan yang HALAL yang disediakan oleh perbankan islam. antara pembiayaan yang boleh didapati di perbankan islam iaitu Mudhorabah, Musyarakah, Ijara, Murabahah dan sebagainya. pelabur dapat pulangan yang halal hasil daripada cara pembiayaan yang halal.
Showing posts with label economy. Show all posts
Showing posts with label economy. Show all posts
Monday, February 13, 2012
Monday, January 16, 2012
sebab berlakunya negara mundur
"ayuh kita bangkit dan tinggalkan kemunduran, kita bersaing dengan negara maju supaya kita tidak dipandang hina sebagai negara mundur"
kesinambungan daripada ciri-ciri negara mundur yang telah saya ketengahkan, saya mahu menceritakan mengenai sebab-sebab mengapa sesebuah negara itu dianggap sebagai negara mundur. terdapat 3 faktof penyebab kepada negara mundur ini.

- faktor penyebab yang pertama adalah berkaitan dengan cuaca. pada pendapat saya faktor cuaca ini boleh digunapakai apabila sesebuah negara itu berada di kawasan yang terlalu sejuk dan kawasan yang terlalu panas. walaubagaimanapun terdapat juga negara yang berada di iklim yang sangat sejuk dapat membina negaranya dengan baik begitu juga dengan negara yang terlalu panas. negara yang maju sebenarnya melihat kepada kepimpinannya. pemimpin yang baik akan membolehkan negaranya membangun dengan cepat disebabkan tiada penyalahgunaan kuasa.
- jika kita melihat kepada faktor kedua, ia terbahagi kepada tiga tokoh dalam bidang ekonomi. tokoh pertama ialah mickland dengan teorinya 'sebab pencapaian'. negara yang maju memiliki banyak pencapaian. kanak-kanak yang dilatih supaya mendapat pencapaian terbaik. ciri-ciri pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik ini ialah pelajar yang berusaha dalam pelajarannya, berkawan dengan pelajar-pelajar yang cerdik, menyiapkan tugasan sekolah tepat pada masanya. kata mickland pencapaian hanya ada pada negara maju sahaja tanpa ada oleh negara mundur. tokoh kedua iaitu hagen dengan teorinya masyarakat kampung yang mengamalkan pertanian. ini adalah cara hidup masyarakat negara mundur. tokoh ketiga adalah boyke dengan teorinya dwifungsi masyarakat
- manakala faktor yang ketiga ialah kesan penjajahan. kebanyakan megara-negara mundur telah dijajah oleh kuasa-kuasa besar ekonomi. kuasa besar ekonomi ataupun negara maju ini akan mengaut kekayaan negara mundur lalu menghasilkan produk dan dipasarkan semula ke negara mundur yang dijajah mereka. rakyat negara mundur hanya mampu melihat keadaan itu kerana tiada kesedaran dan kemampuan dalam diri mereka untuk mengeksploitasi hasil kekayaan negara mereka sendiri.
selepas ini kita akan melihat tokoh-tokoh dalam bidang pembangunan ekonomi yang rata-ratanya dikenali umum oleh mereka yang meminati ekonomi.
Saturday, January 7, 2012
JANGAN SEDIH SANGAT
"Sedih kan bila exam tak dapat jawab semua"
saya dah baca semua, dah fahamkan, dah hafal, tapi tak dapat jawab semua juga. kenapa ek? saya rasa usaha saya tak cukup lagi la. sebab tu saya lupa-lupa tadi masa exam. tak apa la, saya tak dapat jawab semua, tapi saya dapat jawab sebahagian. saya tetap dapat ilmu yang saya baca. saya harap ilmu tanmiah tak tertanggal dari otak saya ni.
rasa macam nak tulis je apa yang ada dalam kepala ni tentang madah tanmiah ataupun nama lainnya perkembangan ekonomi. supaya lega kepala otak ni dari pening sebab stress sangat kan. mana tak stress yang masuk exam final tadi semua bahagian belakang. sibuk-sibuk hafal depan je banyak, belakang hafal sikit-sikit. sebab bila da sampai je kat belakang, penat da. efficient da tak ada. saya nak cerita la ea. ni yang ada dalam kepala tanpa rujuk buku tau. hehe.
"cerita tentang apa itu yang saya dah belajar dari tanmiah"
pertamanya ia menceritakan tentang bagaimana terjadinya negara mundur. negara mundur ialah negara yang tidak menggunakan sumber secara sempurna. ada sumber tapi tak pandai nak gunakan. ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan negara itu mundur:
1- ciri-ciri dalaman- berkurangnya nisbah pendapatan seseorang dan berkurangnya pendapatan negara. sebab apa berkurangnya pendapatan ni? sebabnya negara tak pandai nak guna sumber yang dia ada la.
2- ciri-ciri ekonomi- terlalu bergantung kepada sektor pertanian. sektor pertanian adalah sumber pendapatan dan pengeluaran negara mundur. ciri-ciri pertanian yang dijalankan oleh negara mundur ini ialah projek yang berskala kecil, menggunakan peralatan tradisional dan mereka ini tidak menerima cara-cara moden atau kajian-kajian terkini disamping mereka tidak mampu untuk menukar cara tradisional mereka.
kurangnya simpanan. ini juga ciri-ciri negara mundur. mereka tidak mempunyai lebihan dalam pendapatan mereka. oleh itu, mereka tidak mungkin dapat membuat simpanan. selain itu mereka juga kurang dalam pengeluaran barang. sesetengah mereka mengeluarkan hanya untuk keperluan mereka sahaja. apabila kurang dalam pengeluaran sudah semestinya meningkat jumlah pengangguran disebabkan tiada peluang pekerjaan.
3- ciri-ciri masyarakat- masyarakat mengamalkan sistem hidup berumpun iaitu anak, emak, nenek, datuk, bapa saudara duduk dibawah satu bumbung atau dalam kawasan yang sama. perkara ini dilihat sangat baik untu hubungan silaturrahim tetapi ia juga memberi kesan negatif apabila sesetengah dari ahli keluarga tersebut hanyat menumpang tinggal dan tidak memberi sumbangan keatas ekonomi.
masyarakat negara mundur juga terdiri daripada masyarakat kampung yang hanya menumpukan pertanian semata-mata.
4- ciri-ciri perniagaan- negara mundur terlalu bergantung kepada barang yang diimport dan ini akan memberi kesan kepada keseimbangan dalam perbelanjaan negara. demikian juga negara mundur mengeksport tapi hanya bahan-bahan mentah seperti getah, minyak dan hasil pertanian yang mana sumbangannya dalam pendapatan negara adalah kecil untuk dibandingkan dengan perbelanjaan negara.
5- ciri-ciri kependudukan- apa yang menjadi masalah kepada negara mundur ialah mereka tidak menghasilkan barang tapi mereka meningkatkan bilangan ahli keluarga mereka. apabila pertambahan penduduk berlaku, ia akan memberi masalah kepada tempat tinggal. mereka juga akan menghadapi masalah kekurangan sumber-sumber keperluan harian kerana negara tidak mampu memenuhi permintaan rakyat yang semakin meningkat tanpa meningkatnya pengeluaran.
ciri-ciri tersebut boleh diatasi. sebelum kita pergi kepada STRATEGI untuk mengatasi negara mundur kita akan melihat sebab-sebab berlakunya negara mundur.
haha...continue next time...

Subscribe to:
Posts (Atom)
KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan