Umar al-Haqq adalah seorang mahasiswa tahun akhir dalam
ekonomi dan perbankan islam. Mempunyai perwatakan yang baik. Seorang yang
dikategorikan jejaka idaman wanita masa kini. Mempunyai pakej lengkap iaitu
baik agamanya, terpelajar, bertanggungjawab kepada keluarga dan seorang yang
berwajah tampan disebalik kulitnya yang cerah. Terdapat juga kekurangan pada
dirinya kerana dia berasal daripada keluarga yang kurang senang tetapi itu tidak pernah menjadi persoalan dalam hidupnya. Dia membesar
di sebuah kampung pendalaman dan menerima pendidikan awal disana. Manakala
pendidikan menengah juga turut didapati dari sekolah agama berhampiran dengan
kampungnya. Memperlihatkan dia tidak mampu untuk keluar daripada kepompong
kampungnya itu.
Akhirnya
kepompong itu pecah dan Umar al-Haqq berjaya dalam pelajarannya kemudian
ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Yarmouk, Jordan. Ini adalah
kebanggaan buat keluarga dan juga orang kampungnya.
Umar al-Haqq
tidak menyangka yang dia akan menamatkan ijazahnya dalam sebulan lebih sahaja
lagi. Sepertinya dia merasakan baru semalam sampai ke bumi bertuah ini.
“ya Allah tidak
terhingga nikmat yang Engkau curahkan kepada hambamu ini. Aku bersyukur dengan
apa yang telah Engkau kurniakan ini. Kau ampunkanlah aku sekiranya aku lalai
dari mengingatiMu. Aku hambaMu yang sangat lemah.” Monolog Umar al-Haqq kepada
Allah didalam hatinya.
Dia masih
teringat akan hasratnya dulu untuk menikahi gadis melayu di Jordan ini.
Biasalah kata mereka yang belajar diluar negeri, kahwinnya murah. Tidak
perlukan hantaran berpuluh ribu. Kenduri kahwin pun juga tidak perlu. Cukup
hanya dengan lafaz akad menjadikan mereka sempurna sebagai suami isteri.
Umar al-Haqq baru
sedar itu hanya kata-kata daripada sekelumit sahaja daripada mereka yang
belajar dari luar negeri. Ramai lagi yang tidak mampu berkahwin kerana terdapat
banyak halangan terutamanya daripada keluarga perempuan.
Sebelum ini Umar
al-Haqq telah cuba merisik seorang wanita namun tidak berhasil. Baru dia tahu
betapa susahnya untuk menagih kepercayaan dari seorang wanita. Mungkin ini balasan
buat lelaki yang selalu mempermainkan perasaan wanita.
Dia teringat
ketika masih di sekolah menengah dahulu, dia pernah bercinta dengan dengan
seorang gadis daripada sekolah menengah harian biasa, boleh dikatakan hangat
juga la cinta monyet itu. Apa yang sadisnya dia telah meninggalkan gadis itu
begitu sahaja setelah menyambung pelajarannya ke tempat lain. Kelihatan sangat
kejam cinta yang tiada tujuan seperti itu. Tapi masa tidak mampu diundur untuk
membetulkan segala kejahatan yang telah dilakukan. Hanya berharap gadis
tersebut memaafkan dirinya yang telah mempermainkan perasaannya.
Sekarang Umar
al-Haqq sudah mempunyai tujuan yang jelas dalam percintaan iaitu untuk sebuah
perkahwinan dan menggapai keredhaan Ilahi. Fikirannya kembali teringatkan Najwa
Imtiyaz. Jelas diraut muka Umar al-Haqq yang sangat ingin memperisterikan Nawa
Imtiyaz dan jika tiada halangan, dia mahu menikahinya di Jordan dalam masa
terdekat ini.
No comments:
Post a Comment