Wednesday, April 4, 2012

kentang rebus pengalas perut

     apabila kita kekurangan duit, kita akan menjadi lebih kreatif untuk terus mengalas perut ini. lalu telah terpakailah prinsip "matlamat makan adalah untuk kenyang". apa-apa makanan yang mengeyangkan boleh masuk dalam perut ini selagi ia halal dan bersih. kebanyakan orang yang sudah terbiasa dengan kesenangan, hidupnya tidak indah, tidak ada kekreatifan pada diri mereka. tidak pandai untuk membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri. terlalu memerlukan orang lain untuk melakukan sesuatu kerja.

     sekali-sekala kita turut perlu merasai apa itu erti kesusahan. bagaimana rasanya hidup ini apabila menjadi susah. daripada itu barulah kita akan mengenal kehidupan, tahu kesusahan yang ditanggung orang lain. kita juga akan mudah untuk menginfakkan harta kita untuk membantu insan yang memerlukan. jika semua orang kaya dan senang ini berfikiran sebegini dan ditambah lagi ada orang tengah yang dapat mengagihkan kekayaan tersebut, saya amat yakin tidak akan wujud lagi kemiskinan.

     Malaysia suatu ketika dulu pernah menghadapi zaman keperitan hidup yang amat sangat akibat daripada penjajahan jepun, orang-orang ini mampu hidup atas dasar kekreatifan diri mereka mencipta sesuatu yang dapat memberi manfaat untuk hidup mereka. Malaysia kini telah banyak mendapat kesenangan, hasil dari itu, sesetengah pihak menjadi lemah dan malas dan hanya mengharap semata-mata kepada bantuan. setelah mendapat bantuan tersebut, mereka hanya menggunakan untuk kepentingan mereka tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memberi kebaikan kepada si pemberi. inilah masalah yang telah melanda masyarakat kita yang telah banyak memperoleh pelbagai kelebihan.

     kita mahukan rakyat malaysia menjadi satu bangsa yang maju dari segi pemikiran dan keperibadian. masih  terdapat banyak lagi aspek yang memperlihatkan kita adalah bangsa yang tidak maju. antaranya masih ramai antara kita yang tidak mampu menjaga waktu dengan betul. hanya mampu berjanji dengan waktu namun tidak mampu menepatinya. lebih-lebih lagi mereka yang belajar jurusan agama ini yang saya lihat tidak dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari tentang waktu. mereka yang tidak mempelajari agama islam ini lebih mampu mempraktikkannya. mengapa mereka mampu? siapa yang ajar mereka? sikap yang mengajar mereka. patuh pada undang-undang turut mengajar mereka.

    kebersihan juga menggambarkan kemajuan dan ketamadunan bangsa. cukup sedih apabila negara yang mempunyai pusat penyebaran islam yang unggul tapi dalam masa yang sama mempunyai tahap kekotoran yang sangat unggul dimata dunia. apa yang berlaku ni? sungguh umat islam ini tidak mampu mempraktikkan agama dalam kehidupan. hanya mampu bercakap sehingga berbuih-buih mulut namun tiada keperibadian tersebut dalam diri mereka. sedarlah manusia bernama ISLAM, jagalah kebersihan tidak mengira untuk tempat kita atau tempat orang lain. buanglah budaya pengotor itu dan jangan pernah mengambilnya semula.

     oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi peneraju kepada umat yang kreatif, menjaga waktu, pembersih sebelum kita menasihati orang lain. jangan fikir orang akan dengar kata-kata kosong kita jika kita bukan pemula.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan