Showing posts with label tentang dia. Show all posts
Showing posts with label tentang dia. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

tentang dia (5)

    'Alhamdulillah'

    itu yang mampu aku katakan selepas lamaran aku diterima. aku bersujud tanda syukur kepadanya.

    'amiera, terima kasih sebab terima abang'

    'amiera pun berterima kasih juga dekat abang sebab sanggup tunggu amiera lama-lama. terharu sangat tau'

    'sampai bila-bila pun abang sanggup tunggu amiera tau, abang ni setia pada yang satu je. hehe'

    'elehhh boleh percaya ke kata-kata abang tu?'

    'mestilah boleh percaya, tengok kat muka abang ada macam tipu ke?'

    aku mendekatkan muka aku padanya.

    'haha kelakar la abang ni. abaaaang jangan lupa tau giliran abang masak hari ini, amiera nak ulangkaji pelajaran dulu. wekkk'. amiera membuat muka manjanya kepadaku.

    aku pun menjalankan giliran aku dengan penuh bahagia.

    aku berasa sangat bahagia bersama dia. aku sentiasa berdoa cinta dan kasih sayang kami berkekalan sampai ke syurga.

 

Friday, January 27, 2012

tentang dia (4)

    amiera syafiqa membuka mukabukunya yang juga sudah beberapa hari tidak diendahkan. maklumlah sekarang dia sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.

    banyak sekali mesej di kotak mesejnya sambil menekan tetikusnya.

    klik.

    menggosok-gosok matanya. seperti tidak percaya dia menerima mesej daripada ustaz shah mohamad. lelaki yang pernah dikecewakan oleh keluarganya suatu ketika dahulu.

    amiera syafiqa mula membaca isi kandungan mesej yang dihantar oleh shah. hatinya berdebar-debar dan tidak keruan. dia juga tidak tahu apa yang ingin dijawabnya kepada shah.

    'sungguh shah menunggunya selama ini. walaupun aku seperti tidak menunggunya namun jauh disudut hatiku ingin bersamanya. aku ingin bersamanya sampai ke syurga'. bisik hati amiera syafiqa.

    'betulkah perasaan aku ini. ya Allah kau bantulah aku menguruskan perasaan ini. sesungguhnya perasaan ini sangat memberatkan aku. aku tidak mampu menanggungnya. aku ingin sekali menikahinya. tetapi apa yang aku risaukan ialah halangan daripada keluargaku. aku tidak mahu melukai hatinya buat kali kedua ini'. dia mengadu kepada Allah dalam istikharahnya.

    amiera syafiqa menelefon ibunya.

    'assalamualaikum ibu'

    'waalaikumussalam amiera, kenapa suara sedih ni?'

    'amiera nak tanya sesuatu kat ibu ni, miera harap ibu setuju'

    'amboi macam perkara besar je miera nak beritahu ibu. beritahu je, insyaAllah ibu akan setuju kalau perkara itu baik'.

    'ibu kenal kan shah yang ingin berkahwin dengan amiera semasa miera tahun satu dahulu, sekarang dia sambung master dekat jordan. lepas itu dia mahu kahwin dengan amiera, tapi amiera belum cakap apa-apa lagi dekat dia ibu. macam mana ibu? ibu setuju ke kalau amiera kahwin dengan shah?'

    ibunya terdiam sebentar.

    'dulu amiera tahun satu. sekarang amiera sudah tahun tiga. shah pun nampaknya bukan sembarangan orang yang sanggup tunggu sampai tiga tahun. dia pun orang yang terpelajar'.

    dengan nada yang gembira.

    'ibu benarkan amiera kahwin dengan dia la ni. terima kasih ibu'.

    berderai air mata amiera syafiqa setelah sekian lama hubungannya yang tiada pentakrifan bersama shah akhirnya menjadi realiti. dengan hati yang gembira, dia kembali ke komputer ribanya sambil membuka ruangan mesej di mukabukunya.

    "shah, terima kasih kerana sanggup tunggu amiera. amiera dah istikharah dan amiera juga sudah beritahu ibu tentang hajat shah. amiera juga tidak menyangka ibu memberi keizinan. amiera pula memang daripada dulu lagi tunggu shah. ibu pesan suruh shah telefon dia. ini nombor telefon ibu 019-9123252"

    dia pun menekan butang hantar. dia berharap masih belum terlambat lagi.

 

 

Saturday, January 21, 2012

tentang dia (3)

    masih terngiang-ngiang lagi di gegendang telinga aku tentang apa yang diguraukan oleh ustaz syafie. nampaknya dia sudah dapat meneka isi hatiku dan dia masih ingat peristiwa lama aku dan amiera syafiqa.

    'rupa-rupanya anta ini masih menunggu dia, kenapa tidak berterus-terang sahaja dengan dia? nanti boleh makan hati tau! mana la tahu dia juga masih menunggu anta. soal hati mesti diluahkan. usaha mesti ada. rezeki tidak datang bergolek.' kata ustaz syafie sambil tersenyum memerli.

   'terima kasih ustaz syafie, insyaAllah malam ini ana istikharah. ana harap dengan istikharah ini akan memberi banyak hikmah atas apa yang ana pilih.' aku tersenyum sedikit malu dengan ustaz syafie.

    solat istikharah.

    di waktu sujud aku berdoa panjang kerana waktu sujud adalah waktu paling hampir hamba dengan penciptanya.

    'ya Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha menyayangi. aku hambamu yang lemah. aku ingin mengadu denganmu tentang hidupku. hanya engkau yang mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatiku. ya Allah naluri hatiku ini kuat mengatakan amiera syafiqa adalah pilihan yang terbaik. kau berilah petunjuk kepadaku ya Allah. kau datangkan hikmahmu ya Allah. kau buka juga hatinya untuk menerimaku ya Allah. kau permudahkan urusanku ya Allah.'

    doa yang apabila kita bersungguh-sungguh meminta daripadaNya dan meningkatkan lagi usaha untuk mendapatkannya pasti akan dimakbulkan. air mataku bercucuran keranaNya. mengharap segala daripadaNya.

    membuka laman mukabuku yang sudah lama tidak diendahkan.

    mencari-cari laman mukabuku muslimah yang telah aku istikharahkan. masih tidak ditemui. 'pasti ada dalam group universitinya' kata hatiku. aku mula membuka group tersebut. aku meneliti setiap satu daripada 564 mahasiswa-mahasiswi universitinya.

    'usaha tangga kejayaan. manakan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyungnya' bertalu-talu kata-kata semangat meredah jantungku. mungkin ini kekuatan dalam istikharah.

    akhirnya aku menemukan laman mukabukunya. ternyata dan sangat pasti itu adalah kepunyaanya kerana  terdapat gambar dia. pada aku tiada salahnya meletak gambar selagi menjaga aurat dan adab-adabnya.

    aku lihat gambarnya. semuanya masih dalam syariat. tiada satu pun melanggarnya walaupun aku tahu dia dahulunya bukan daripada sekolah menengah agama. itu yang telah mencuri hatiku suatu ketika dahulu dan juga sekarang dan selama-lamanya.

    aku teringat kisah Jabir iaitu salah seorang sahabat nabi. beliau bersembunyi di bawah pokok untuk melihat wanita yang ingin dikahwininya. aku tersenyum bersendirian.

    "Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya." (HR Ahmad dan Azh-Zhahiri).

    mudahnya islam. kalau tidak mesti susah aku hendak menikahinya.

    aku mula menekan ruangan kotak mesej mukabuku miliknya.

    aku mula menekan butang-butang kekunci komputer ribaku.

    'assalamualaikum. mulanya saya ingin memohon maaf kerana mengganggu saudari amiera syafiqa. awak apa khabar? sebenarnya saya menghantar pesanan ini untuk bertanyakan hati awak masihkah ada saya didalamnya. soal hati saya sudah pasti ada awak. jika ada, sudikah awak memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati saya kerana saya ingin menikahi awak. saya sudah istikharah. dan saya rasa ini pilihan saya yang terbaik. selebihnya saya serahkan kepada Allah. saya menunggu keputusan dari awak dan keluarga awak'.

    sudah seharian menunggu dengan penuh rasa cemas tapi aku berserah kepadaNya.


*********************

Wednesday, January 18, 2012

tentang dia (2)

    'assalamualaikum aunty, nama saya shah mohamad. saya belajar dekat yarmouk, jordan. saya..' belum sempat tutur kataku ditamatkan, aunty husna menjawab 'awak lah yang suka dekat anak saya kan?shah...'

    aunty husna menarik nafas. sambungnya lagi. aku hanya mendengar.

    'anak aunty itu baru sahaja tahun satu kat jordan, macam mana aunty nak izinkan. lagipun aunty belum kenal lagi kamu ni siapa. aunty tau kamu saling menyukai dan anak aunty pun sudah beritahu mengenai hal ini tapi shah tau kan anak aunty terlalu muda untuk masuk kedalam alam perkahwinan'

    perbualan ditamatkan dengan deraian air mataku yang mencurah-curah. baru aku mengerti betapa sakitnya apabila cinta mengejar redhaNya terhalang.

    aku redha dengan ketentuanNya. mungkin hikmah berselindung disebalik semua yang terjadi. namun aku tidak berhenti berdoa supaya suatu hari nanti aku ditemukan dengan dia lagi.

    terngiang-ngiang di jiwaku satu lirik lagu yang bermain-main.

tuhan tolonglah diriku
kembalikanlah cintaku
aku kan setia menunggu
hingga hujung nafasku.

tuhan tolonglah diriku
khabarkan aku menunggu
sampai kapan pun ku tunggu
kerna dia hidupku.

    menghelakan nafas.

    aku pulang ke negaraku tanah melayu selepas berjaya menamatkan pengajianku. aku sudah tidak menghubunginya kerana aku tidak mahu menganggu ruang perasaan hatinya. aku juga ingin menjaga jiwaku supaya tidak termakan oleh hasutan syaitan durjana yang sentiasa ingin menyesatkan kita umat muhammad.

    walaupun aku tahu dia akan tunduk kesedihan dengan layanan aku seperti itu, tetapi bagiku itu yang terbaik. aku tinggalkan untuknya pesanan ringkas sebelum aku melangkah pergi dari kota irbid yang penuh dengan kisah hidupku.

"assalamualaikum buat bidadariku.walaupun kita masih tidak dapat bersama, tetapi saya akan selalu berdoa supaya Allah akan mempertemukan kita suatu hari nanti. saya akan selalu menunggu dirimu kerana hanya kamu bidadariku. tetapi jika kamu mempunyai pilihan yang lain suatu hari nanti, saya redha dengan keputusanmu. maafkan saya atas segalanya".

   aku menyerahkan pesanan ringkas itu ke telefon bimbitnya. aku pulang tanpa melihatnya. sebak hati ini mengenangkanya. aku tahu dia pasti tidak senang dengan caraku.

    aku bermonolog sendirian.


********************

    'assalamualaikum ustaz shah, nama saya nur amiera syafiqah. saya pelajar pergigian tahun 3. saya cuma ingin bertanya dua soalan sahaja. boleh ustaz terangkan mengenai dalil pengharaman riba dan hikmah Allah melarang riba sekeras-kerasnya?' bertanya amiera sambil tertunduk malu.

    'waalaikumussalam. terima kasih sebab awal-awal lagi sudah bertanya. jadi mari kita lihat dalil Allah haramkan riba ini dalam surah al-baqarah ayat 278-279. wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman. jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan Rasulnya. tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan)' 

    'jadi dekat sini memang sangat jelas Allah telah mengharamkan riba dan juga sisa bakinya. nasihat saya pada semua hindarilah daripada berurusan dengan bank konvensional. kita telah ada alternatif iaitu bank islam, memang tiada alasan untuk menyimpan wang di bank konvensional'

    'manakala hikmah Allah haramkan riba ini sebabnya ia bersifat menindas. yang kaya menindas yang miskin. bank menindas peminjam. yang mendapat manfaat ialah bank dan pelabur sahaja. tiada pertumbuhan ekonomi yang stabil'.

    aiman memberi kertas kecil tanda peringatan waktu hanya tinggal seminit sahaja lagi.

   'sampai dah pun kertas kecil ni, jadi saya nak beri laluan kepada ustaz syafie la pula. wallahu 'alam'.

    tamat program.

    fikiran aku mula terfikir tentang amiera syafiqa. banyak perkara bermain di fikiran. aku mula mendekati ustaz syafie dan bertanya kepadanya perihal amiera syafiqa.

    'dengarnya dia sudah bertunang' ucap ustaz syafie dengan nada serius.

    aku terdiam membisu.


**********************

   


Monday, January 16, 2012

TENTANG DIA

     rintik-rintik hujan mempercepatkan langkahku. kini ia membasahkan sedikit bahu bajuku. aku meneruskan perjalananku. 1 kilometer perjalanan. melalui deretan-deretan kedai di Irbid. berjalan sambil memerhati keadaan sekeliling. indah sekali bumi irbid ini apabila disirami deraian hujan. syukur pada Ilahi yang menurunkan rahmatnya. terlafaz di bibirku "اللهم صيبا نافعا" ya Allah limpahkan aku manfaat.

    sampai di program ilmuan negeri. program yang mana ingin merapatkan ukhwah para-para ilmuan daripada negeri Tebrau. sebuah negeri yang sangat berdaulat dan kaya dengan khazanah alam.

    kriiiiikkk...

    bunyi pintu yang ditolak.

    Aku melalui celahan bukaan pintu dan menghampiri ruang orang ramai berkumpul. kelihatan telah ramai yang menungguku. wajah-wajah berpaling padaku tanda sangat gembira dengan kehadiranku. aku berjalan masuk sambil menjenjet sebuah buku bertajukkan RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. antara buku panduan yang sangat menarik dan ringkas untuk menjadi rujukan cepat para mahasiswa perbankan islam seperti aku.

    Aku bersila bersama rakan-rakanku yang lain sambil bersalam-salaman tanda saling kasih-mengasihi antara  kami semua.

    pengerusi majlis mengambil tempat di hadapan penonton semua. jumlah mahasiswa-mahasiswi negeri tebrau hampir 256 orang, 172 daripadanya adalah mahasiswi. yang hadir adalah 203 orang. jumlah yang sangat memuaskan daripada program-program sebelum ini. pengerusi majlis atau nama panggilan aiman memulakan program dengan meminta membuka majlis.

    'al-Fatihah'.....

    'yang saya hormati tuan yang di-pertua negeri tebrau ustaz hasyim mahmud, timbalan yang di-pertua nik nor nadia, ahli-ahli majlis tertinggi, ahli-ahli majlis executif dan yang saya kasihi sahabat-sahabat saya sekalian. malam ini kita akan membincangkan tajuk RIBA yang akan dikupas oleh ustaz shah mohamad dan ustaz syafie. saya akan memperkenalkan serba sedikit mengenai ahli panel kita malam ini. ustaz shah mohamad atau dikenali sebagai shah adalah pelajar master ekonomi islam di universiti yarmouk. sebelum ini juga beliau mengambil ijazah sarjana muda di universiti yarmouk dalam jurusan yang sama. jadi beliau sangat alim dalam bidang beliau ini. jadi sesiapa yang ada sebarang kemusykilan mengenai isu-isu perbankan islam bolehlah terus merujuk beliau'

    aiman tersenyum kearahku dan penonton yang lain. dia menyambung kembali.

    'manakala ustaz syafie adalah pelajar pergigian jordan university of science and tecnology tahun akhir. walaupun beliau bukan daripada bidang pengajian islam, tetapi ilmunya seperti lautan. beliau juga seorang hafiz kerana dulunya beliau bekas pelajar maahad tahfiz negeri makmur iaitu maahad tahfiz yang terkemuka  di negara tanah melayu. beliau juga telah berkahwin'

    aiman tersenyum sambil menjemput dua ahli panel mengambil tempat di hadapan.

    kedua-dua ahli panel bangun dari persilaan dan bergerak kearah dua kerusi yang tersedia di hadapan.

    berdebar juga jantungku walaupun ini sudah keberapa kali aku di panggil untuk berforum. masih terasa diri aku kekurangan ilmu. ilmu tak akan pernah sempurna dalam diri seseorang. itulah motivasi yang aku gunakan setiap kali berhadapan dengan penonton.

    'assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh' ucap aiman selaku pengerusi majlis dan pengerusi forum.

    'waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakaatuh' sahut semua penonton yang hadir.

    penonton mula diam dan menumpukan sepenuh pandangan kepada forum tersebut.

    'saya ingin bertanya soalan kepada ustaz shah mohamad selaku ahli panel kita yang pertama, apakah pengertian riba daripada pelbagai sudut pandang? seterusnya menghuraikan  kenapa islam mengharamkan riba'. tanya pengerusi forum dengan penuh semangat.

    aku pun memulakan gerak mulutku.

    'alhamdulillah bersyukur kita kepada hadrat ilahi kerana semua penduduk negeri tebrau dapat berkumpul hari ini, bersyukur teramat sangat kerana masih diberi peluang untuk terus kita menimba ilmu. ilmu Allah yang tiada hadnya. terima kasih kepada semua yang hadir. saya ingin terus mengupas mengenai riba. riba ini tuan-tuan dari segi bahasanya ialah pertambahan. kalau dilihat dari segi syaraknya ialah
"الزيادة في أشياء خاصة والزيادة على الدين مقابل الأجل مطلقا" maksudnya sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.

    penonton ligat menyalin apa yang aku perkatakan.

    aku meneruskan lagi 'jadi item-item ribawi ni tidak boleh ada penambahan kalau ia ditukar contohnya emas dengan emas. ataupun tamar dengan tamar. walaupun tamar A grednya rendah dari tamar B. bagaimana penyelesaiannya? jual dulu tamar yang gred lebih tinggi dan belilah tamar gred rendah dengan wang  hasil jualan tersebut supaya kita tidak terlibat dengan riba. ni namanya adalah riba buyu' yang melibatkan jual beli item ribawi'.

    'manakala riba yang berkaitan dengan hutang ini melihat kepada kadar lebihan faedah atau riba yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset.
"كل قرض جر نفعا فهو الربا" iaitu setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat maka ia adalah riba. nama jenis riba ini ialah riba al-duyun'.

    semua kelihatan faham dengan penjelasan tersebut.

    seorang mahasiswi mengangkat tangan tanda ingin bertanyakan soalan. aku mengangkat kepala untuk melihat penanya tersebut. mencari dari mana datangnya suara. bertudung ala-ala Hana Tajima tetapi masih memenuhi syariat. jelas sekali ciri-ciri kewanitaannya. lagak sopan-santun yang digunakan. aku menundukkan kembali pendangan kerana jantungku tiba-tiba berdebar dengan luar biasa.




 **********************





 



KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan