Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Friday, January 4, 2013

KAEDAH TALFIQ DIHARUSKAN DALAM MENYELESAIKAN ISU IBADAH SEMASA


Konsep talfiq telah diamalkan oleh umat Islam tanpa sedar. Indonesia dan Malaysia secara khususnya bermazhab Syafie’ dalam praktik ibadah namun realitinya seringkali teramalkan kaedah talfiq. Maka tajuk ini ingin membahaskan sejauhmanakah kaedah talfiq dapat menyelesaikan isu dalam ibadah semasa umat Islam terutamanya di Malaysia.

Talfiq jika dilihat dari segi bahasa bermaksud mencantumkan, mengumpulkan dan menyatukan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud penggabungan antara dua unsur atau lebih. Imam al-Bani al-Husayni telah membahagikan talfiq dari segi usul-fiqh kepada tiga bahagian:

  1. Melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh para mujtahid iaitu perlakuan menggabungkan pendapat dari pelbagai mazhab dalam satu perkara.
  2. Menggabungkan dua mazhab atau lebih dalam satu masalah. Contohnya orang berwuduk dalam masalah membasuh kepala hanya membasuh sedikit sahaja dalam mazhab syafie’ kemudian menyapu kaki tanpa membasuhnya mengikut sesetengah ulama. Penggabungan ini dinamakan talfiq.
  3. Tidak terikat seorang muslim dengan sesuatu mazhab bahkan mengamalkan pendapat pelbagai mazhab dalam pelbagai perkara.

Jadi talfiq adalah perbuatan mencampurkan pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu masalah dan juga mengamalkannya serta tidak terikat dengan mana-mana mazhab.

Wahbah Zuhaili pula mentakrifkan talfiq sebagai menghimpunkan antara taqlid dua imam atau lebih dalam sesuatu perbuatan diamana setiap perbuatan itu mempunyai rukun atau juziyat yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Apabila seseorang bertaqlid kepada mazhab tertentu dalam sesuatu hukum dan bertaqlid kepada mazhab yang lain dalam masalah hukum lain, maka perbuatan ini dianggap talfiq diantara dua mazhab atau lebih.

Pandangan Ulama Semasa Terhadap Talfiq

Yusuf al-Qaradhawi mengatakan sesungguhnya talfiq yang dilakukan dengan tujuan untuk bertalfiq kepada mana-mana pendapat yang mudah dari setiap mazhab mengikut hawa nafsu semata-mata tanpa meraikan dalil-dalil syara’ adalah tidak harus.

Melihat kepada pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh ulama, maka harus untuk bertalfiq dalam perkara yang mempunyai nas-nas yang dilihat lebih menepati syara’ dan juga menepati kepada maqasid syariah. Pada masa sekarang juga amat sulit untuk berpegang kepada satu mazhab sahaja dan sudah tidak relevan lagi doktrin perlarangan talfiq kerana keperluan manusia telah bertambah. Contohnya  dalam hukum pembayaran zakat fitrah di Malaysia dan pelbagai lagi masalah telah tidak hanya bergantung kepada mazhab syafie’ sahaja malah menggunapakai pelbagai mazhab dalam menyelesaikan masalah manusia.

Wednesday, January 18, 2012

antara bentuk judi.


dua bentuk pertandingan berunsur perjudian :

1- disebabkan oleh jenis permainan : iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya.

2- disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil daripada kumpulan wang penyertaan semua peserta.


para ulama kontemporari dalam persidangan fiqah tersebut mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :

*setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

*mengambil harta orang lain dalam situasi mukhtarah atau risiko sama ada akan dapat atau tidak dapat.

*permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung.

*jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang daripada kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib (qimar).

Monday, January 9, 2012

PENGURUSAN KEWANGAN ANDA

"orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal"


mengapa anda perlu menguruskan kewangan anda?

terdapat beberapa fakta yang sangat membimbangkan menuntut anda supaya menguruskan kewangan dengan sempurna dan efficient :


  • keseluruhan hutang isi rumah pada akhir ogos 2010 adalah RM560.1 billion iaitu 74% dari KDNK.
  • hutang kad kredit meningkat 16.4% setahun dari tahun 2000 ke ogos 2010.
  • hutang kad kredit adalah RM28.6 billion atau 3.4% dari hutang bank keseluruhannya.
  • dari tahun 2005 ke jun 2010 seramai 81908 individu diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang RM71.36 billion.
  • 50% dari orang yang diisytiharkan muflis kerana kad kredit adalah mereka yang dibawah umur 30 tahun.
daripada statistik yang telah saya kemukakan, ramai diantara kita yang melibatkan diri dengan hutang. oleh itu, kita mestilah merancang kewangan kita supaya tidak terlibat dalam hutang.

bagaimana untuk merancang dan menguruskan kewangan anda?


".....beliau mendatangi yusuf dan berkata : wahai yusuf orang yang terpecaya! beritahulah kami erti mimpi tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai lainnya yang kering ..." (surah yusuf : ayat 46)

yusuf berkata "agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun berturut-turut sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan"

"kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya tahun sulit, kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan"

"setelah itu akan datang tahun dimana manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memeras anggur"                                                                
                                                                                                   (surah yusuf : ayat 47, 48, 49)

daripada ayat diatas jelaslah kepada kita betapa pentingnya perancangan untuk jangka masa yang panjang. perancangan yang bukan sekadar untuk diri kita pada masa akan datang tetapi untuk keluarga kita.

ada beberapa instrument perancangan kewangan islam :

  1. perancangan sedekah dan wakaf
  2. perancangan zakat atau cukai
  3. perancangan harta dan warisan - wasiat, hibah, harta sepencarian, tabung amanah.
  4. perancangan dan pengurusan risiko - takaful perlindungan diri, pendidikan, penyakit kritikal dan perubatan &hospital.
  5. perancangan pelaburan atau persaraan - skim pencen, kwsp, simpanan tetap/tabung haji, pelaburan amanah saham dan pelaburan hartanah.


aktiviti-aktiviti diatas mestilah tidak mempunyai unsur-unsur seperti :

  1. riba
  2. judi
  3. arak
  4. babi
  5. maksiat
  6. insurans
  7. gharar
marilah kita sama-sama melihat kembali bagaimana kita menguruskan harta kita, adakah harta kita diuruskan mengikut lunas-lunas syarak. jika harta kita tidak mempunyai 7 unsur diatas, insyaAllah harta kita selamat, selamat untuk diri kita dan selamat untuk keluarga kita.

continue....


KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan