memang sangat lega apabila test tinggal satu sahaja lagi. itupun lambat sangat tarikhnya. arab la ni bising-bising nak anjak tarikh test. kalau boleh biarlah test tu awal sikit, takde la masuk banyak sangat nanti dalam test tu. tapi tak apa la, kita kan demokrasi. suara ramai diperlukan.
sakit badan tak hilang lagi lepas sukan karisma tempoh hari, dah sakit semula sebab tekun sangat jawab exam tadi. hehe. doakan saya dapat tinggi-tinggi tau.
habis exam tadi pergi la pameran tu, tengok-tengok orang da kemas-kemas. tak sempat nak alas perut kan. tension betol. baru nak lepaskan tension sebab tak dapat beberapa soalan tadi.
perjalanan pulang dari pameran tadi nampak syabab-syabab arab bergaduh. peliknya la mereka ni, da masuk universiti pun nak bergaduh lagi. baik lah jadi orang jalanan je. orang masuk universiti sebab nak matangkan fikiran, ni kalau masuk universiti tapi fikiran tak matang baik la korang lepak kat jalan-jalan je ataupun tolong mak kat dapur. (macam la aku matang sangat..haha).
tapi kan, kalau tengok arab gaduh ni macam tak ganas sangat lah. nak dibandingkan dengan syabab malaysia lagi ganas. arab ni pukul sikit-sikit je lepas tu terus bla. darah pun tak sempat nak keluar. alang-alang gaduh, ganas la sikit wahai arab. hehe.
nafas lega tapi perut lapar. huhu. memang tak best la. da la tengah pokai sekarang ni, pastu tiba-tiba dapat mesej orange kata bil internet bulan lepas 103 dinar. terkejut kepala otak ni. huhu tension betol dengan orange ni, suka-suka dia naik kan bil kalau terlebih gig. da la susah nak kawal penggunaan internet ni.
pesanan buat sahabat-sahabat, hati-hati guna internet sekarang ni, boleh jatuh bankrap kalau tak sedar dan main guna je lepas tu tup tup 1000 dinar kan. memang tak balik malaysia la nanti. nasib baik la saya tingal 2 bulan lebih je lagi kat jordan ni.
No comments:
Post a Comment