Umar al-Haqq berehat berseorangan di
biliknya. Usai solat isyak di masjid sebentar tadi, dia terus pulang dan
menolak pelawaan sahabatnya untuk menjamu selera di restoran Hadramaut. Hanya
berbaring di atas katil miliknya. Sungguh penat kerana hari ini dia mempunyai 4
kuliah, sejam setengah setiap kelas.
Dia mengambil
buku nota yang tertulis sebuah lagu didalamnya. Sempat dia menulis lagu
tersebut buat Najwa Imtiyaz ketika dia berada di dalam kelas ulum askari. Salah
satu kelas yang sangat membosankan.
Membaca setiap
baris lagu tersebut sambil tersenyum kelakar kerana dia bukanlah mahir mengubah
lagu. Memelodikan lagu tersebut.
JAWAPAN
Telah aku luahkan
semua
Segala isi hatiku
pada dia
Setelah ku tanya pada
Dia
Dalam tiap doaku
padaNya
Apabila hati ini
sentiasa merayu
Supaya diisi dengan
hatimu
Walaupun ku perlu
usaha dan menunggu
Aku akan terus
mencuri hatimu
Aku sungguh
mencintaimu
Akan ku tunggu
jawapanmu
Untuk memiliki dirimu
Sepanjang hidupku
Ohhh jawapan cinta
Yang positif
kata-kata
Saat aku tahu
jawapanmu
Terus aku ingin
melamar dirimu
Ya Tuhan tolonglah
diriku
Bukakanlah pintu
hatinya
Untukku hambamu
Kerana aku hanya
harapkan dia
Menjadi seorang
isteri.
“ni kalau orang
baca pasti mereka kata aku jiwang karat, haha” ketawa Umar al-Haqq seorangan.
“sejak aku suka
si najwa ni, berbungalah pula hati ni. Patutlah Hilal Asyraf tu mampu membuat
banyak cerita, salah satunya dia dalam fatrah pertunangan, dah nak berkahwin
pun, mesti hati dia sedang berbunga-bunga, mesti juga banyak idea datang
mencurah-curah. Aku pun nak buat cerita yang menarik macam dia juga la. Hati
aku pun sedang berbunga juga”. Berbisik Umar al-Haqq di fikirannya.
Murokib cinta 4 bila nak keluar?
ReplyDelete