Friday, April 13, 2012

Kesan Cinta Donut Factory


“Menghadapi Masa Hadapan”
Oleh:
Mohamad Sahdan Bin Rusli,
Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam,
Fakulti Syariah Universiti Yarmouk.

Pendahuluan
Saya telah menyelitkan tajuk donut  kerana saya sangat menyukainya setelah pertama kali merasai keenakan donut factory tersebut. Walaupun ia hanyalah donut yang pada asalnya hanyalah makanan ataupun kuih daripada kampung-kampung tetapi apabila ia telah dijenamakan sebagai donut factory dan diberi nafas baru, diolah, diinovasikan, dibentuk dengan pelbagai bentuk yang menarik, dan rasa yang sangat sedap maka jadilah ia satu makanan yang sangat hebat dan dikenali di serata dunia.
     Maka dari itu kita hendaklah memikirkan makanan apa yang kita ingin ketengahkan pada suatu hari nanti. Adakah karipap, apam, badak berendam dan sebagainya. Masih banyak lagi kuih-muih yang kita boleh olah menjadi makanan yang hebat, dikenali dan dimakan oleh semua manusia.
     Semua ini adalah bidang kerjaya yang boleh dipilih sebagai matlamat hidup kita yang memerlukan usaha untuk terus hidup diatas muka bumi ini. Ini bertepatan dengan kehendak islam yang sangat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha. Walaupun kita masih di alam pembelajaran namun kita perlu memikirkan alam kerjaya supaya kita dapat meletakkan matlamat hidup yang jelas. Walaupun suatu hari nanti kita belum tentu menjadi seorang yang diidamkan namun kita akan mempunyai rasa untuk terus berusaha mendapatkan apa yang kita inginkan.

Takrif kerjaya
Menurut pandangan peribadi saya, kerjaya berasal daripada perkataan kerja merujuk kepada bidang yang diceburi oleh seseorang untuk mencari pulangan berbentuk wang dan harta.
     Manakala kerjaya yang dituntut islam pula ialah islam telah menjadikan kerja sebagai satu tuntutan fardu ke atas umatnya. Kerja tersebut hendaklah tidak melanggar apa-apa syariat yang telah ditetapkan islam. Selain daripada itu, semua kerja adalah harus dilakukan. Islam turut membenarkan kita bekerja disamping mengumpul harta. Islam juga sangat-sangat menggalakkan umatnya menjadi professional dalam bidang yang diceburinya supaya mampu memberi sumbangan yang besar.

Bidang kerjaya
1-      Sambung belajar
Saya telah mendahulukan dengan meletakkan tajuk sambung belajar adalah perkara pertama kerana saya melihat ia sangat penting untuk pelajar muda seperti kita. Matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk melahirkan kelompok manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan seramai 60000 orang pemegang PHD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang 2023.[1] Beberapa kriteria yang perlu ada pada sesiapa yang ingin bergiat dalam bidang ini. Antaranya:

Keinginan
Apa yang paling penting untuk kita meneruskan misi ini adalah minat. Tanpa minat didalam jantung hati, ia langsung tidak memberi sebarang makna. Namun jika ada walaupun seketul sahaja minat kemudian dijinakkan ia akan bercambah menjadi minat yang besar. Minat ini akan membawa kita pergi lebih jauh malah akan menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan tinggi.
“Untuk itu, kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD, iaitu 75 peratus bagi Universiti Penyelidikan atau Research University, dan 60 peratus bagi universiti awam lain. Bagi mencapai sasaran ini, pelaksanaan program MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dengan matlamat meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 orang pada tahun 2015, akan dipergiatkan. Di samping itu, pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.”[2]

Syarat pointer
Mereka yang ingin melanjutkan pembelajaran mereka hendaklah memiliki sekurang-kurangnya pngk atau cgpa 3.0 dan keatas (mengikut syarat yang diletakkan oleh sesebuah universiti). Sebagai contoh Universiti Malaya meletakkan syarat untuk melanjutkan Ijazah Sarjana mestilah memiliki 3.0 ataupun second class honors.
“A good Bachelor Degree in Shari‘ah with a minimum CGPA of 3.0 or second class honors from a recognized university. A bachelor in general Islamic studies or any other certificate with an Islamic major that can be considered equivalent to a Bachelors Degree in Shari‘a.”[3]

     Disini juga saya sertakan bidang-bidang yang disediakan oleh Universiti Malaya dalam bidang Islamic studies.
-       Usul Fiqh
-       Shari‘ah and Law
-       Shari‘ah and Economy
-       Shari‘ah and Management
-       Siasah Shar’iyyah
     Mengikut maklumat yang saya perolehi melalui laman web UM, pendaftaran kemasukan palajar Sarjana untuk sesi September 2012 ialah pada 6 Mei 2012 sehingga 8 Jun 2012. Maka sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar secara online melalui laman web UM.

Biasiswa
Disebabkan kurangnya bilangan yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana maka kerajaan telah menyediakan skim biasiswa yang dikenali sebagai MyBrain. Skim ini termasuk dalam RMK-10. Dengan adanya skim seperti ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar untuk terus menjadi modal insan yang mempunyai mentaliti yang lebih tinggi dan terbaik.
     Banyak lagi institusi yang menawarkan biasiswa ini lebih-lebih lagi mereka yang memperoleh ijazah kelas pertama. Pokoknya kita haruslah berusaha mencari sumbangan tersebut setelah kita mendapat tempat di universiti kelak. Untuk pengetahuan anda, UM adalah antara universiti yang menawarkan yuran terendah dan mungkin kita mampu untuk meneruskan pengajian tanpa perlukan biasiswa.

Institusi
Kita akan menghadapi masalah dalam pemilihan institusi kerana terlalu banyak institusi yang menawarkan bidang yang  kita minati. Pada pandangan saya kita perlu memilih institusi yang terbaik dan institusi tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Jika perlu untuk belajar keluar Negara kerana kepakaran mereka, maka haruslah pergi kesana. Namun jika tidak mendapat institusi yang diidamkan, janganlah terus meninggalkan hasrat tersebut. Pilihlah institusi yang terdapat didalam Malaysia. InsyaAllah apa yang paling penting adalah usaha kita tanpa mengira latar belakang tempat pengajian.

Kelebihan
Negara kita yang semakin hampir dengan wawasannya untuk maju pada tahun 2020 amat memerlukan pakar-pakar dalam bidang kajian tertentu. Pengkhususan dalam satu-satu bidang sangat penting supaya kita dapat menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi.
     Sebagai contoh kita ingin menjadi shariah advisor di sebuah bank islam. Maka kepakaran dalam bidang perbankan amat diperlukan. Kebanyakan juga penasihat-penasihat syariah ini mempunyai latar belakang PhD. Perbincangan saya dengan Dr Akram Laldin menunjukkan beliau menggalakkan untuk belajar pada peringkat lebih tinggi supaya  apa-apa keputusan yang akan dibuat apabila menjadi penasihat syariah adalah lebih matang.
     Kalau kita melihat kepada mereka yang mempunyai PhD, pendapat mereka akan lebih diterima berbanding daripada mereka yang tidak mempunyainya. Juga tidak semestinya mereka yang memiliki PhD hanya akan bekerja didalam university sahaja. Mereka ada kepakaran sudah semestinya mereka akan mendapat tempat dimana-mana sahaja.


2-      Kerja
Kerja adalah bidang kerjaya yang menjadi persaingan yang sengit sekarang. Mereka yang tidak mempunyai kemahiran tidak akan diterima bekerja. Beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Antaranya ialah:

Kemahiran komunikasi
Mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa adalah sangat penting. Kebiasaannya syarikat-syarikat atau institusi perbankan memerlukan mereka yang mampu berbicara dalam bahasa inggeris dengan baik. Perkara seperti ini kita boleh tingkatkan dari semasa ke semasa.
     Komunikasi yang baik mestilah bertunjangkan pengetahuan yang luas. Contohnya jika kita berminat bekerja di institusi perbankan, maka kita perlu tahu beberapa asas yang berkaitan dengan perbankan. Demikian juga kita perlu tahu isu-isu semasa yang berkaitan dengan perbankan.

Curriculum vitae (CV)[4]
Setelah tamat belajar ataupun masih belajar, kita perlu menghantar cv kita kepada syarikat yang kita ingin ceburi. Cv adalah maklumat awal mengenai diri kita sebelum kita dipanggil untuk temuduga. Cv yang baik sangat penting untuk melayakkan kita dipanggil ke temuduga.beberapa kriteria penting perlu ada dalam cv kita. Antaranya:
1)      Personal detail: name, address, date of birth, telephone number and email.
2)      Education and qualifications.
3)      Work experience.
4)      Interests and achievements.
5)      Skills.
6)      References.

Temuduga[5]
Temuduga akan menentukan kita berpeluang untuk bekerja atau terpaksa temuduga di tempat lain pula. Kita turut mengetahui mereka yang bijak di universiti tidak semestinya bijak di alam temuduga. Temuduga adalah ibarat alam reality yang memerlukan keyakinan dan kreatif dalam menjawab sebarang soalan yang diajukan. Ramai diantara mereka yang bijak tidak mampu untuk berkata-kata dengan baik ketika dalam proses temuduga. Dimanakah silap mereka?. Adakah ini satu kegagalan dalam sistem peperiksaan di university?. Oleh itu saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada pakar-pakar pendidikan supaya sistem peperiksaan itu lebih kepada praktikal dan kefahaman bukannya hafalan semata-mata.
     Soalan biasa yang akan ditanya ialah “please introduce yourself”.

Maka cukup untuk kita hanya focus kepada:
1)    Kelulusan dan pendidikan formal: pendidikan sekolah menengah dan university sahaja serta subjek-subjek yang diambil serta kaitannya dengan kerja yang dipohon.
2)    Tempat bertugas sekarang (jika anda bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman anda dalam persatuan)
3)    Pengalaman dan kemahiran anda dan kaitannya dengan kerja yang dipohon.
Cukup sekadar menjawab soalan perkenalan diri dengan ciri-ciri tersebut sahaja kerana penemuduga bukannya ingin berkenalan dengan kita tetapi cuma mahu melihat tahap focus kita terhadap sesuatu perkara.
     Kemudian panel biasanya akan melihat kepada keputusan peperiksaan kita dan subjek yang diambil. Jadi kita perlu ulangkaji sedikit mengenai subjek-subjek yang telah diambil terutamanya subjek fiqh muamalat bagi mereka yang mengambil bidang perbankan islam. Cukup hanya kita tahu isi penting dalam subjek tersebut.
     Apabila kita ditanya mengenai kerja yang dilakukan sebelum ini dan contohnya sebelum kita pohon kerja tersebut kita adalah seorang cashier maka kita perlu pandai mengaitkan hubungan antara kerja dulu dan kerja yang sedang ditemuduga.

Tahap seterusnya panel akan melihat kepada:
1)    Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2)    Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap.
3)    Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4)    Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5)    Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Kekurangan yang dilihat ada dalam graduan kita adalah:
1)    Tidak yakin dengan jawapan.
2)    Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.
3)    Terlalu merendah diri.
4)    Nampak terlalu tertekan.

     Tahap terakhir panel akan bertanyakan expected salary yang akan kita perolehi. Ini memerlukan kajian awal tentang gaji jawatan yang ingin dipohon. Jangan kita malukan diri kita dengan meletakkan gaji yang tidak sesuai seperti terlalu tinggi dan terlalu rendah.
    Kemudian panel akan berkata “do you have any question?” maka kesilapan kita adalah mengatakan “no”. masa inilah kita perlu gunakan peluang dengan bertanya kepada panel mengenai masa depan kita di syarikat tersebut, halatuju syarikat dan sebagainya. Tetapi jika panel kelihatan bosan dengan kita, maka tidak perlulah bertanya banyak soalan.

Etika pekerja
Sebagai pekerja yang diberikan amanah untuk melakukan kerja haruslah ditampilkan beberapa sikap atau etika yang perlu ada sebagai seorang pekerja. Antaranya ialah:
1)  Amanah: nilai amanah sangat dipandang tinggi oleh sesebuah syarikat. Walaupun sekecil-kecil perkara hendaklah diterapkan nilai amanah pada diri kita.
2)   Tepati masa: kebiasaannya mereka yang memasuki alam pekerjaan akan berjaya menjaga masanya kerana jika mereka tidak patuh pada masa, mereka tidak akan kekal didalam sesebuah institusi.
3)    Kemas: menunjukkan keperibadiaan kita kepada orang lain. Keperibadiaan mampu mempengaruhi sikap.
4)   Rajin: nilai ini sangat dipandang oleh syarikat. Maka sesiapa yang rajin bekerja dan menyumbang kepada syarikat, mereka ini akan mudah berada diatas.


Penutup
Harapan saya dengan adanya kertas kerja ini dapat membantu sedikit-sebanyak saudara dan saudari menentukan hala-tuju selepas pulang dari Jordan ini. Besarlah harapan saya untuk melihat mahasiswa mahasiswi keluaran Jordan ini mampu mengambil peluang yang tepat untuk masa depan diri dan masa depan Negara. Mereka yang ingin belajar akan mampu belajar sehingga ke tahap tertinggi manakala mereka yang ingin bekerja juga mampu bekerja sehingga ke peringkat yang tertinggi.
     Semoga dengan apa yang kita lakukan ini samaada belajar ataupun bekerja dapat menyumbang kepada ketamadunan islam. Sekaligus kita mampu menyumbang untuk penyebaran islam dimana sahaja kita berada.
     Akhirnya saya sangat berharap hubungan antara kita akan tetap utuh walaupun kita telah dicampakkan ke serata pelusuk dunia. Sematkan perasaan kasih-sayang antara kita supaya silaturrahim kita terus terpelihara dan dasari ia dengan cinta kepada Allah.


2 comments:

  1. wooooo....bley buat buku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. spe kamu???insyaAllah kalau de rezeki nak jugak buat buku..

      Delete

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan