Tuesday, April 24, 2012

BERTEMU DI UNIVERSITI



Sahel dan Anis adalah sepasang suami isteri yang menuntut di Jordan. Namun mereka sengaja tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka yang baru sahaja berlangsung 2 minggu lepas ketika mana mereka pulang ke Malaysia. Ini adalah untuk kebaikan mereka kerana mereka masih lagi menuntut di Universiti Yarmouk. Keadaan mereka hanya seperti kehidupan mahasiswa-mahasiswi bujang yang lain.

     Anis menelefon sahel pada pukul 9.00 pagi.

     "Hello Encik Sahel, tak kan tak bangun lagi kot, eleeeeh kata tak tidur lepas subuh".

     "Ehhhhh sapa kata orang tak bangun lagi. Orang dah bangun la dekat-dekat nak pukul 9.00 tadi. Haha. Hari ini penat la, mungkin sebab main futsal semalam. Badan aku dah sakit-sakit la. Dah la semalam banyak kali jatuh masa main. Ada luka lagi ni. Sakit. Tolong la ubatkan".

     Mereka membiasakan penggunaan 'aku' dan 'ko' supaya hubungan mereka tidak diketahui.

     "Ehhhh apasal mengade sangat ko hari ni ha? Rindu la tu. Haha".

     "Mestilah. Rindu kat isteri, dapat pahala kot. Rindu sangat-sangat ni. Kita jumpa tak masa nak pergi kelas kejap lagi?".

     "Aku dari rumah kawan ni, nasib la kalau dapat jumpa. Hehe".

     Sahel bergegas bangun dari katil dan mengemas sedikit kedudukan bantal dan selimut tebalnya. Mengalih baju yang dijemur antara kedua almarinya ke dalam almari pakaian. Kelihatan sedikit kemas. Memerhati buku-buku yang tersusun di rak. Buku yang sangat disayangi namun kelihatan sudah sedikit berhabuk. Sudah lama tidak ditiup habuk-habuk tersebut.

     Memberus gigi yang baru sahaja diberus ketika hendak tidur semalam. Itulah rutin yang selalu diingatkan oleh doktor gigi ketika dia membuat rawatan gigi di klinik gigi Universiti Just. Adat kebiasaan bagi mahasiswa Jordan tidak mandi di waktu pagi kerana kekerapan mandi boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Jadi dia terus bersiap mengenakan pakaian yang cantik dan kemas, menyembur sedikit minyak wangi pada kulit. Harum seluruh bilik.

     "Kenapa dia ni tak call semula, tadi cakap nak call. Letih je aku siap cepat-cepat. Tak apalah, awal lagi ni, makan la dulu".

     Sahel pergi ke ruang dapur. Dicedoknya nasi semalam berkuahkan kari ayam. Cukup sekadar mengalas perut di waktu pagi.

     "Wehhhh".

     "Kenapa cik Anis?".

     "Jom la pergi kelas, tadi cakap dah rindu. Padahal baru je jumpa semalam kan".

     "Baik mak datin, saya pergi sekarang".

     Anis bergerak pergi dari rumah kawannya. Dia melihat di lorong-lorong yang menghala ke rumah Sahel. Namun tak kelihatan kelibat Sahel. Jelas Anis juga sangat merindui Sahel. Sengaja disembunyikan perasaan itu untuk menguatkan lagi rindu Sahel padanya.

     "Alamak, mana pulak si Sahel ni, tadi cakap dah pergi, kenapa tak nampak pon". Anis bernada sedikit sedih.

     Sahel bergerak pantas dari rumahnya. Dia sedikit terlewat kerana dia belum siap sepenuhnya semasa Anis mengajaknya pergi. Dia memandang tajam ke semua arah untuk mencari Anis. Akhirnya kelihatan si gadis kecil berbaju kurung ungu dan bertudung ungu juga. Dari jauh Sahel sudah dapat mengenali cara isterinya itu.

     Sahel menghampiri Anis tanpa disedari oleh Anis.

     "Hai....telefon sapa tu? Tak telefon kita pon, sampai hati". Sindir Sahel sambil berjalan laju mendahului Anis. Dikhuatiri akan diketahui oleh ramai tentang hubungan mereka.

     Sempat Sahel memandang beberapa kali kearah gadis berkaca mata hitam mengalahkan artis itu sambil tersenyum melihatnya. Anis dibuai malu-malu kucing sambil tertunduk-tunduk menghala laju ke arah kuliahnya. Manakala sahel pula menghala ke arah kuliah lain.

     Kringggggg....

     "Hello, kenapa lambat sangat angkat fon tu?". Tiba-tiba Anis menelefon Sahel ketika mereka masih lagi  boleh melihat antara satu sama lain.

     "Hehe, tak perasan la. Aku da silent fon tadi. Terima kasih sebab dapat jumpa isteri abang yang tercinta ni. Walaupun kita hanya dapat bertemu di universiti. Tapi situasi ni membuatkan abang makin sayang isteri abang. Haha".

      "Eeeee mengadenya abang kita ni. Anis pun sama macam abang, terima kasih sebab makin sayang pada Anis. Esok kita bertemu di universiti lagi tau".

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan