Thursday, April 19, 2012

LAWATAN KERJA KE AQABAH


Pada pukul 12.00 malam ini team BKMPJ akan mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Aqabah, Jordan. Mereka semua terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat BKMPJ iaitu Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Majlis Exekutif, dan Wakil Matiqah setiap zon. Seramai 21 orang akan mengambil bahagian dalam lawatan ini.

Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk menyelesaikan beberapa kerja yang berkaitan dengan program BKMPJ pada awal bulan hadapan. Antaranya ialah melihat sejauh mana tahap kesesuaian Aqabah sebagai destinasi pilihan utama. Selain itu, pihak kami juga akan berbincang dengan pengurusan hotel di Aqabah untuk meletakkan harga terbaik bagi mengurangkan kos pengurusan.

Sebelum ini belum pernah lawatan seumpama ini dilaksanakan. Jadi, pelaksanaan ini mampu merapatkan jurang antara AMT, AME dan Wakil Mantiqah. Setelah hampir setahun menyumbang dalam meningkatkan mutu persatuan BKMPJ, lawatan kali ini dapat merehatkan minda dan memberi seribu ketenangan kepada kesemua jawatankuasa.

Team BKMPJ akan bertolak menggunakan sebuah coster yang mampu memuatkan seramai 23 orang. Mereka semua dijangka sampai di Aqabah pada pukul 6.00 pagi. Kemudian akan terus melihat kesesuaian tempat sambil menikmati pemandangan laut merah yang tersergam indah.

Untuk pengetahuan semua, kami Team BKMPJ akan mengeluarkan duit sendiri untuk pembiayaan lawatan kerja ini. Ini menunjukkan kami tidak akan mengambil sebarang faedah daripada lawatan kerja ini.

Team kami dijangka bertolak pulang ke Irbid pada pukul 3.00 petang dan sampai ke Irbid pada pukul 9.00 malam. Kami berharap warga BKMPJ dapat mendoakan keselamatan kami semua selama berada dalam lawatan kerja tersebut. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan