Tuesday, May 8, 2012

SUBHANALLAH CANTIKNYA BULAN


Pagi itu Sahel terbangun lebih awal. Mungkin tidurnya kurang lena. Walaupun tidur agak lambat dan hanya tidur beberapa jam sahaja, tapi jaganya tidak melemahkan. Mungkin kerana Sahel telah tidur pada waktu petang sebelum itu. Segar dapat bangun awal pagi tanpa hadirnya mengantuk menganggu fikiran dan mata.

Lekas ke bilik air. Melakukan apa yang sepatutnya dan mengambil wudhu'. 

"Alhamdulillah dapat bangun awal pada hari ini". Kata Sahel kemudian berdoa selepas mengambil wudhu'.

Bersiap-siap dengan pakaian untuk bersolat lalu menyempurnakan solat 2 rakaat sebelum subuh. Tinggal beberapa minit sahaja lagi iqamah bakal diperdengarkan. Sahel bergegas mengambil kunci rumah diatas meja lalu dimasukkan kedalam poket seluar. Diluar bilik kedengaran teman serumah keluar dari rumah untuk menuju ke rumah Allah. Sahel bergegas untuk bersama sahabatnya.

"Semalam kau balik rumah pukul berapa? Sedap ke makan semalam?". Tanya Sahel kepada Amir rakan serumahnya sewaktu menghala ke masjid.

Semalam rakan serumahnya itu terlibat dengan majlis makan-makan. Mereka yang terlibat hanya mereka yang pergi ke Turki tempoh hari sewaktu cuti semester. Sahel hanya bercuti sekitar Jordan sahaja.

Isterinya Anis juga sibuk dengan majlis sambutan harijadi rakannya. Malam itu Sahel hanya bertemankan bilik yang sunyi dan laptop yang menjemukan. Sahel membelek barang-barang kenangan lama yang diperolehi daripada rakannya mahupun yang dibelinya sendiri. Teringat kisah-kisah lama sewaktu tahun pertama di Jordan. Sahel mengambil semua barang-barang tersebut lalu disimpan didalam kotak. Seperti mahu menyimpannya terus. Tidak mahu barang-barang tersebut menyelerakkan bilik.

"Aku habis bakar bbq pun dah pukul 10. Makan-makan sampai pukul 12. Okey la makanan semalam".Balas Amir.

Jarang Sahel sampai ke masjid tapi muazzin belum melafazkan iqamah. 

Bersolat. Sungguh merdu bacaan Syeikh Ma'mun. Beliau adalah pensyarah di Universiti Yarmouk. Sahel mengambil subjek al-Quran dengan beliau.

Sahel terasa sesak apabila memikirkan baki beberapa surah yang belum diperdengarkan kepada Syeikh Ma'mun. Beriktikaf sebentar sambil mengulang hafalan semalam. Tapi mata tiba-tiba mengantuk. 

Sahel mula menyimpan al-Quran dan meninggalkan sahabatnya yang masih khusyuk menghafal. Keluar dari masjid.

"Subhanallah cantiknya bulan. Semalam macam mana bulan boleh tiada tapi pagi ni bulan penuh pula. Syukur dapat tengok bulan pagi-pagi subuh macam ni. Anis ni bulan yang awak nak tengok semalam". Sahel berkata-kata seorang diri sambil berjalan pulang.

Sahel yakin Anis pasti merinduinya semalam walaupun Anis selalu berkata pada Sahel yang Sahel hanya perasan sahaja.

"Sapa suruh ajak orang tengok bulan, mestilah orang perasan, haha". Perasan Sahel lagi.



No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan