Thursday, March 15, 2012

pasti akan tiba hari itu

sudahku tahu sakitnya bercinta
apakan daya melawan fitrahNya
tidak ku cari ia datang sendiri
menjadi daging didalam hati.

tidak mampu kupendam perasaan ini
membengkak menjadi duri
berfikir sepanjang hari
hidup tidak terurus lagi.

kuluahkan isi hati ku
kepada dia yang ku cintai
walaupun tiada balasan untukku
cukuplah ku rasa puas hati.



    umur seperti ini sudah tentulah mula mencari seseorang yang boleh dijadikan isteri. bukan lagi hanya untuk bermain-main seperti anak-anak sekolah. umur seperti ni juga merasakan untuk mencari seseorang yang mampu kita hidup dengannya sepanjang hayat. namun bukan lah senang untuk kita cari seseorang yang mahu menjadi isteri kita. ramai yang tidak bersedia untuk menjadi seorang isteri. katanya masih tidak mampu menguruskan rumah tangga. atau mungkin dia tidak percaya kepada diri kita yang dilihat dari luaran ini seperti kebudakan. ataupun masih terlalu awal untuk mengikat tali pernikahan. dirisaukan akan menyusahkan proses pembelajaran terutamanya kepada wanita. namun apa yang penting kita berusaha sedaya kita untuk mencari bukan sekadar menunggu.

    mungkin wanita banyak memikirkan bahawa apabila telah berkahwin mereka akan terpaksa melakukan banyak kerja rumah disamping kalau mereka masih belajar, akan bertambahlah kerka-kerja mereka. manakala lelaki pula memikirkan apabila mereka berkahwin, hidup mereka akan lebih terurus, makan-minum akan terjaga, hanya keluarkan duit sahaja. maka akan dilihat keuntungan yang banyak kepada pihak lelaki. jika perkahwinan itu dilihat daripada segi ini, maka ramai la wanita tidak akan mahu berkahwin selagi belum sedia untuk semua itu.

    pada hakikatnya perkahwinan adalah saling melengkapi antara wanita dan lelaki. saling tolong-menolong antara mereka. perkahwinan dapat memudahkan kerja wanita didalam perkara yang mereka tidak dapat melakukan seperti melakukan kerja berat yang memerlukan tenaga lelaki. manakala terdapat juga kerja yang lelaki tidak dapat lakukan walhal dapat dilakukan oleh wanita seperti masakan yang sedap-sedap. wanita juga akan mudah untuk kemana-mana dengan adanya suami disamping.

    tidak adil bagi lelaki apabila telah berkahwin mereka menetapkan kerja-kerja rumah mesti dilakukan oleh wanita. sepatutnya tiada arahan didalam sesebuah institusi kekeluargaan. arahan ini hanya akan menyebabkan seseorang melakukan kerja secara terpaksa. lebih-lebih lagi arahan itu tidak dilakukan oleh si penyuruh. memang menyakitkan hati. mulakan dari diri anda dahulu sebagai lelaki untuk melakukan sesuatu kerja, contohnya anda sebagai suami, cuba-cuba untuk memasak walaupun tidak sedap, isteri akan melihat kesungguhan itu lalu isteri akan membantunya. cuba-cuba mengemas rumah, cuba-cuba membasuh baju dan cuba segala urusan yang sentiasa diserahkan kepada isteri. hakikatnya itu adalah urusan yang perlu dilaksanakan oleh lelaki. biar lelaki tahu betapa beratnya kerja yang dilakukan oleh si isteri. cukuplah kita yang belum berkahwin ni tengok kerja yang ibu kita lakukan. sepanjang hari ibu akan melakukan kerja dari pagi sampai lah lewat malam. bantu-bantulah ibu kalau balik kampung. tolong sapu sampah, basuh pinggan, sidai baju. macam-macam lagi kita boleh lakukan. biar lah orang cakap kita ni macam anak dara tapi bila kita dah kahwin nanti, sekurang-kurangnya kita tahu buat semua tu.

    jadilah lelaki yang mampu meringankan beban wanita bukan menambahkan lagi beban mereka. perkahwinan yang mempunyai toleransi dan tolak-ansur ini InsyaAllah akan bahagia. lelaki juga perlu perlengkapkan diri mereka dengan asas-asas agama supaya dapat mendidik wanita yang akan diperisterikan kerana lelaki akan bertanggungjawab keatas wanita ini. saat sahaja lelaki berakad nikah maka disaat itu lelaki telah sanggup menerima segala tanggungjawab keatas perempuan tersebut daripada ayahnya. sanggupkah?. kalau kita dah bersedia kenapa perlu cakap tak sanggup. manusia ni kalau nak tunggu sempurna sesempurna sangat-sangat memang sampai mati pun tak akan kahwin. dalam perkahwinan lah kita akan belajar segala macam bahagia, pahit, sedih dan sebagainya. pengalaman lah yang akan mematangkan diri kita. selagi belum mengecapi sesuatu, pasti tidak merasakan sesuatu.

    

    

1 comment:

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan