“biarlah calon
yang Umar pilih tu nanti tidak cantik manapun tapi dia baik dengan keluarga
kita”itulah kata-kata ibu apabila Umar al-Haqq menelefonnya minggu lalu.
Kata-kata yang penuh dengan makna tersirat mahupun tersurat. Memberikan lagi
semangat untuk mencari calon yang baik agamanya dan cukuplah untuk sedap dimata
mahupun dihati.
Najwa Imtiyaz
adalah gadis pilihan hati Umar al-Haqq. Sudah lama disimpan hasrat untuk
menjadikannya isteri namun disimpannya erat supaya si dia dapat belajar dengan
tenang. Tapi hari-hari yang dipendam itu telah membarahkan hati dan tidak mampu
disimpan lagi, akhirnya keluarlah kata suka dari mulut Umar al-Haqq kepada
Najwa Imtiyaz. Hanya perkataan suka sahaja yang mampu diluahkan. Asalnya ia
adalah suka cinta yang mempunyai maksud mendalam.
Najwa Imtiyaz
adalah seorang gadis bertudung labuh, sangat baik budi pekerti, dan sungguh
terbuka pemikirannya. Seorang mahasiswi usul fiqh tahun 2 namun mempunyai
pemikiran yang sungguh matang. Seorang yang bijak dan juhud dalam pelajarannya.
Ciri-ciri ini menjadikan Umar al-Haqq sukar untuk mendapatkan balasan cinta
daripadanya. Lebih-lebih lagi Umar al-Haqq akan pulang tidak lama lagi dan akan
meninggalkan Najwa Imtiyaz di Jordan.
“bila awak akan
berikan jawapan itu?”Umar al-Haqq memberi pesanan ringkas melalui whatsapp
kepada Najwa Imtiyaz.
“saya masih
berfikir lagi. Awak kan seorang yang sabar. Saya akan berikan jawapan sebelum
awak pulang. Boleh kan? Awak akan terima walaupun jawapannya negatif? Balas
Najwa Imtiyaz.
“awak balas mesej
saya ni pun saya dah boleh rasakan ketenangan apatah lagi menunggu jawapan awak
tu. InsyaAllah saya mampu bersabar. Saya juga akan terima walau apapun jawapan
yang awak akan beri janji ia memberi awak lebih kebahagian. Saya tahu setiap
sesuatu itu ada hikmahnya. Caturan yang Allah letakkan itu adalah lebih baik”.
Balas Umar al-Haqq pula.
Najwa Imtiyaz
juga adalah seorang wanita yang sentiasa sibuk dengan pelajarannya dan juga
selalu menyibukkan diri dengan persatuan. Keseimbangannya itu membuatkan dia
terus cemerlang dalam pelajaran dan juga persatuan. Kesibukan itu menyebabkan Umar al-Haqq tidak mempunyai banyak ruang untuk berbincang dengannya jika
perkara tersebut tidak perlu. Namun begitu dia terus bersabar menunggu
hari-hari yang pasti akan tiba itu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesi kumbang hitam, sy terpaksa padam komen anda kerana menpunyai unsur yg salah faham..hehe..soweyyyy..
ReplyDeleteaku tawu sapa itu...
ReplyDeletespe???
Deleteana dah dpt agak dah..spe dy tu?moge berkekalan lah...
ReplyDeletex payah la agak2 nye...tu reka jela..
Delete