Saturday, January 21, 2012

tentang dia (3)

    masih terngiang-ngiang lagi di gegendang telinga aku tentang apa yang diguraukan oleh ustaz syafie. nampaknya dia sudah dapat meneka isi hatiku dan dia masih ingat peristiwa lama aku dan amiera syafiqa.

    'rupa-rupanya anta ini masih menunggu dia, kenapa tidak berterus-terang sahaja dengan dia? nanti boleh makan hati tau! mana la tahu dia juga masih menunggu anta. soal hati mesti diluahkan. usaha mesti ada. rezeki tidak datang bergolek.' kata ustaz syafie sambil tersenyum memerli.

   'terima kasih ustaz syafie, insyaAllah malam ini ana istikharah. ana harap dengan istikharah ini akan memberi banyak hikmah atas apa yang ana pilih.' aku tersenyum sedikit malu dengan ustaz syafie.

    solat istikharah.

    di waktu sujud aku berdoa panjang kerana waktu sujud adalah waktu paling hampir hamba dengan penciptanya.

    'ya Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha menyayangi. aku hambamu yang lemah. aku ingin mengadu denganmu tentang hidupku. hanya engkau yang mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatiku. ya Allah naluri hatiku ini kuat mengatakan amiera syafiqa adalah pilihan yang terbaik. kau berilah petunjuk kepadaku ya Allah. kau datangkan hikmahmu ya Allah. kau buka juga hatinya untuk menerimaku ya Allah. kau permudahkan urusanku ya Allah.'

    doa yang apabila kita bersungguh-sungguh meminta daripadaNya dan meningkatkan lagi usaha untuk mendapatkannya pasti akan dimakbulkan. air mataku bercucuran keranaNya. mengharap segala daripadaNya.

    membuka laman mukabuku yang sudah lama tidak diendahkan.

    mencari-cari laman mukabuku muslimah yang telah aku istikharahkan. masih tidak ditemui. 'pasti ada dalam group universitinya' kata hatiku. aku mula membuka group tersebut. aku meneliti setiap satu daripada 564 mahasiswa-mahasiswi universitinya.

    'usaha tangga kejayaan. manakan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyungnya' bertalu-talu kata-kata semangat meredah jantungku. mungkin ini kekuatan dalam istikharah.

    akhirnya aku menemukan laman mukabukunya. ternyata dan sangat pasti itu adalah kepunyaanya kerana  terdapat gambar dia. pada aku tiada salahnya meletak gambar selagi menjaga aurat dan adab-adabnya.

    aku lihat gambarnya. semuanya masih dalam syariat. tiada satu pun melanggarnya walaupun aku tahu dia dahulunya bukan daripada sekolah menengah agama. itu yang telah mencuri hatiku suatu ketika dahulu dan juga sekarang dan selama-lamanya.

    aku teringat kisah Jabir iaitu salah seorang sahabat nabi. beliau bersembunyi di bawah pokok untuk melihat wanita yang ingin dikahwininya. aku tersenyum bersendirian.

    "Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya." (HR Ahmad dan Azh-Zhahiri).

    mudahnya islam. kalau tidak mesti susah aku hendak menikahinya.

    aku mula menekan ruangan kotak mesej mukabuku miliknya.

    aku mula menekan butang-butang kekunci komputer ribaku.

    'assalamualaikum. mulanya saya ingin memohon maaf kerana mengganggu saudari amiera syafiqa. awak apa khabar? sebenarnya saya menghantar pesanan ini untuk bertanyakan hati awak masihkah ada saya didalamnya. soal hati saya sudah pasti ada awak. jika ada, sudikah awak memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati saya kerana saya ingin menikahi awak. saya sudah istikharah. dan saya rasa ini pilihan saya yang terbaik. selebihnya saya serahkan kepada Allah. saya menunggu keputusan dari awak dan keluarga awak'.

    sudah seharian menunggu dengan penuh rasa cemas tapi aku berserah kepadaNya.


*********************

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan