Monday, January 16, 2012

sebab berlakunya negara mundur

"ayuh kita bangkit dan tinggalkan kemunduran, kita bersaing dengan negara maju supaya kita tidak dipandang hina sebagai negara mundur"


kesinambungan daripada ciri-ciri negara mundur yang telah saya ketengahkan, saya mahu menceritakan mengenai sebab-sebab mengapa sesebuah negara itu dianggap sebagai negara mundur. terdapat 3 faktof penyebab kepada negara mundur ini.




  • faktor penyebab yang pertama adalah berkaitan dengan cuaca. pada pendapat saya faktor cuaca ini boleh digunapakai apabila sesebuah negara itu berada di kawasan yang terlalu sejuk dan kawasan yang terlalu panas. walaubagaimanapun terdapat juga negara yang berada di iklim yang sangat sejuk dapat membina negaranya dengan baik begitu juga dengan negara yang terlalu panas. negara yang maju sebenarnya melihat kepada kepimpinannya. pemimpin yang baik akan membolehkan negaranya membangun dengan cepat disebabkan tiada penyalahgunaan kuasa.
  • jika kita melihat kepada faktor kedua, ia terbahagi kepada tiga tokoh dalam bidang ekonomi. tokoh pertama ialah mickland dengan teorinya 'sebab pencapaian'. negara yang maju memiliki banyak pencapaian. kanak-kanak yang dilatih supaya mendapat pencapaian terbaik. ciri-ciri pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik ini ialah pelajar yang berusaha dalam pelajarannya, berkawan dengan pelajar-pelajar yang cerdik, menyiapkan tugasan sekolah tepat pada masanya. kata mickland pencapaian hanya ada pada negara maju sahaja tanpa ada oleh negara mundur. tokoh kedua iaitu hagen dengan teorinya masyarakat kampung yang mengamalkan pertanian. ini adalah cara hidup masyarakat negara mundur. tokoh ketiga adalah boyke dengan teorinya dwifungsi masyarakat
  • manakala faktor yang ketiga ialah kesan penjajahan. kebanyakan megara-negara mundur telah dijajah oleh kuasa-kuasa besar ekonomi. kuasa besar ekonomi ataupun negara maju ini akan mengaut kekayaan negara mundur lalu menghasilkan produk dan dipasarkan semula ke negara mundur yang dijajah mereka. rakyat negara mundur hanya mampu melihat keadaan itu kerana tiada kesedaran dan kemampuan dalam diri mereka untuk mengeksploitasi hasil kekayaan negara mereka sendiri.


selepas ini kita akan melihat tokoh-tokoh dalam bidang pembangunan ekonomi yang rata-ratanya dikenali umum oleh mereka yang meminati ekonomi.

1 comment:

  1. wah..bagus2..anda berpeluang tuk tukar warna tulisan..hehe

    ReplyDelete

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan