Monday, January 9, 2012

PENGURUSAN KEWANGAN ANDA

"orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal"


mengapa anda perlu menguruskan kewangan anda?

terdapat beberapa fakta yang sangat membimbangkan menuntut anda supaya menguruskan kewangan dengan sempurna dan efficient :


  • keseluruhan hutang isi rumah pada akhir ogos 2010 adalah RM560.1 billion iaitu 74% dari KDNK.
  • hutang kad kredit meningkat 16.4% setahun dari tahun 2000 ke ogos 2010.
  • hutang kad kredit adalah RM28.6 billion atau 3.4% dari hutang bank keseluruhannya.
  • dari tahun 2005 ke jun 2010 seramai 81908 individu diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang RM71.36 billion.
  • 50% dari orang yang diisytiharkan muflis kerana kad kredit adalah mereka yang dibawah umur 30 tahun.
daripada statistik yang telah saya kemukakan, ramai diantara kita yang melibatkan diri dengan hutang. oleh itu, kita mestilah merancang kewangan kita supaya tidak terlibat dalam hutang.

bagaimana untuk merancang dan menguruskan kewangan anda?


".....beliau mendatangi yusuf dan berkata : wahai yusuf orang yang terpecaya! beritahulah kami erti mimpi tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai lainnya yang kering ..." (surah yusuf : ayat 46)

yusuf berkata "agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun berturut-turut sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan"

"kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya tahun sulit, kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan"

"setelah itu akan datang tahun dimana manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memeras anggur"                                                                
                                                                                                   (surah yusuf : ayat 47, 48, 49)

daripada ayat diatas jelaslah kepada kita betapa pentingnya perancangan untuk jangka masa yang panjang. perancangan yang bukan sekadar untuk diri kita pada masa akan datang tetapi untuk keluarga kita.

ada beberapa instrument perancangan kewangan islam :

  1. perancangan sedekah dan wakaf
  2. perancangan zakat atau cukai
  3. perancangan harta dan warisan - wasiat, hibah, harta sepencarian, tabung amanah.
  4. perancangan dan pengurusan risiko - takaful perlindungan diri, pendidikan, penyakit kritikal dan perubatan &hospital.
  5. perancangan pelaburan atau persaraan - skim pencen, kwsp, simpanan tetap/tabung haji, pelaburan amanah saham dan pelaburan hartanah.


aktiviti-aktiviti diatas mestilah tidak mempunyai unsur-unsur seperti :

  1. riba
  2. judi
  3. arak
  4. babi
  5. maksiat
  6. insurans
  7. gharar
marilah kita sama-sama melihat kembali bagaimana kita menguruskan harta kita, adakah harta kita diuruskan mengikut lunas-lunas syarak. jika harta kita tidak mempunyai 7 unsur diatas, insyaAllah harta kita selamat, selamat untuk diri kita dan selamat untuk keluarga kita.

continue....


No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan