Thursday, January 12, 2012

kawan saya



saya ada kawan. kawan saya sangat baik. dia juga pelajar yang rajin. hari-hari dia belajar. dia juga selalu solat di masjid. dia selalu ajak saya solat subuh di masjid. saya suka kawan dengan dia. ibu kata kalau kita kawan dengan orang baik, kita boleh jadi baik juga. saya ikut pesan ibu saya.

saya selalu duduk sama-sama dengan dia. dia selalu cakap benda yang baik-baik. Allah marah kalau kita cakap benda yang tidak baik. saya dan dia ikut perintah Allah. kalau kita ikut perintah Allah kita boleh masuk syurga. semua orang islam mahu masuk syurga.

saya selalu pergi rumah dia. ibu dia sangat baik. ibu dia masak sedap-sedap untuk semua. ibu dia selalu suruh saya datang lagi. kadang-kadang dia datang rumah saya. saya gembira dia datang. hati saya tenang bila dia ada dengan saya.

hari ini kami akan pergi ke jordan. saya sangat suka pergi jordan. dia pun sangat suka pergi jordan. tapi dia sedih sangat nak tinggalkan ibu dia. saya pun sedih juga.

dia kata seronok sangat duduk kat jordan. dia belajar rajin-rajin sebab dia nak berjaya. saya selalu ikut dia belajar. saya suka sangat berkawan dengan dia.

suatu hari dia sakit. dia kata dia sakit sikit-sikit je. saya bawa dia pergi klinik. doktor kata dia kena barah otak. saya rasa sangat sedih. saya teman dia kat hospital setiap hari. saya telefon ibu dia. ibu dia sangat sedih. ibu dia tak mampu nak datang jordan. ibu dia redha. saya cakap kat ibu dia saya akan jaga dia. dia pun redha.

dia pesan kat saya ikut perintah Allah. belajar rajin-rajin. hormat ibu bapa. saya sangat sedih. saya tau dia dah nak pergi. saya pun redha. ibu dia pun redha. dia telah meninggalkan kami. saya rasa sangat sedih. saya akan selalu ingat pesan dia. saya harap dia bahagia di sana.

2 comments:

  1. awak sedih, saya pun sedih.

    suka tengok awak dapat kawan yang baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme kasih...ske dapat kawan2 yg baik..

      Delete

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan