Tuesday, January 31, 2012

sambung master

    semalam saya baru sahaja mendengar talk daripada beberapa orang profesor dari universiti malaya. antaranya ialah Tan Sri Prof ghauth jasman dan prof zulkifli.

    prof ghauth jasman ialah vice cancelor universiti malaya. apa yang saya kagum dengan beliau ialah kesungguhan beliau dalam mentransformasi universiti malaya. beliau ingi menjadikan UM top 100 universiti terbaik didunia. pelbagai cara yang dilakukan untuk meningkatkan potensi UM antaranya ialah menghasilkan ISI.

    beliau juga ingin meningkatkan ekonomi UM selepas UM mendapat hak atonomy iaitu hak tadbir urus sendiri. beliau merantau ke beberapa universiti di dunia untuk mencari ilham untuk membangunkan UM. selepas itu, beliau membangunkan hospital, universiti swasta, dan pusat perniagaan untuk menampung kewangan UM pada masa akan datang selepas kerajaan akan memotong 50% daripada bantuan kewangan. dijangka memberi pulangan 2.2 billion setahun. kini masih dalam pembinaan. juga akan membuka berpuluh ribu peluang pekerjaan pada masa akan datang.

    beliau juga menyarankan mahasiswa supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mendapatkan mumtaz supaya memperoleh biasiswa daripada UM untuk menyambung pelajaran lagi.


    saya sempat bertanya soalan kepada prof zulkifli diakhir sesi talk tersebut. antaranya ialah peluang pengajian sarjana economy& islamic banking di UM. nampaknya peluang sangat cerah di UM dan menurutnya peluang pekerjaan juga sangat cerah. maklumlah brand UM sangat laku di pasaran. untuk biasiswa pula boleh memohon sahaja daripada banyak agensi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan