Saturday, May 26, 2012

Semangat Seorang Hakim


Berkesempatan juga untuk saya bergambar bersama seorang hakim mahkamah tinggi syariah. Beliau ialah Yang Arif Abdul Walid Abu Hassan hakim mahkamah di Wilayah Persekutuan. Ini adalah kali pertama saya kenal dengan seorang hakim dan dapat bergambar. Sebelum ini tidak terbayang pun seorang hakim ini sangat mesra dan peramah. Difikirkan hakim mempunyai perwatakan yang sangat tegas dan tidak bergaul dengan masyarakat. Tidak kenal maka tidak tahu.

Beliau telah dilahirkan pada 19 September 1963 di Pahang. Kini telah berumur 49 tahun. Mendapat pendidikan awal di sekolah Simpang Pelangai dan seterusnya berjaya mendapat tempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kemudian menyambung Ijazah Sarjana Muda di UKM dan Master di UIA. Sebelum menjadi hakim, beliau telah bertugas sebagai kadi di Pulau Pinang.

Beliau sangat meminati aktiviti yang menyihatkan seperti bermain pingpong, badminton, menembak dan aktiviti terbaru beliau ialah menunggang superbike. Beliau selalu melakukan aktiviti bersama keluarga dan tidak peliklah jika beliau sangat mesra bersama keluarga beliau. Beliau juga minat menanam pokok di sekitar rumah jika punyai waktu lapang serta melancong bersama keluarga.

Seharian saya bersama beliau, banyak perkara yang kami berkongsi bersama. Beliau yang mempraktikkan cara hidup yang penuh sederhana itu membuatkan saya sangat kagum dengan beliau.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan