Thursday, May 17, 2012

Makna Kehidupan


Hidup ini pasti ada gembira dan pasti ada kesedihan. Kita akan diuji dengan segala kegembiraan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur diatas kegembiraan itu. Kita juga akan diuji dengan segala jenis kesedihan untuk melihat sejauh mana kita mencari Dia dan redha menghadapinya. Semua itu akan menjadi memori dalam hidup kita untuk dikenang dan diperingati sebagai pengajaran hidup untuk meneruskan liku-liku hidup yang penuh cabaran dan nikmat ini.

Manusia sering lupa pada Dia bila diuji dengan sedikit kegembiraan. Manusia memang sering lupa kerana mereka menganggap kegembiraan itu dicipta oleh mereka. Padahal mereka hanya diuji untuk dilihat sejauh mana tahap kesyukuran mereka pada Dia. Bila-bila masa sahaja kegembiraan itu boleh ditarik oleh Dia dan menggantikannya dengan kesedihan.

Alhamdulillah kita ada Dia sebagai tempat mengadu dikala kita kesedihan. Kita memohon pada Dia supaya diberikan kegembiraan. Kita merayu dan terus meminta. Berharap munajat diterima. Kita kembali kepada fitrah seorang manusia yang sangat memerlukan Dia. Dia menguji kita dengan kesedihan supaya kita sedar dan kembali kepada diri kita yang sebenar. Kerana Dia sayang kepada kita.

Alhamdulillah kegembiraan itu telah dikembalikan. Kita menjadi manusia yang bersyukur. Kita sentiasa ingat pada Dia kerana mengembalikan kegembiraan itu. Kita terus berdoa dan memohon supaya kegembiraan itu terus menjadi milik kita dan tidak pergi lagi. Semoga Dia mengurniakan kita seorang yang selalu dapat memberi peringatan dan teguran pada diri kita yang lemah ini. Sesungguhnya Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan