ya Allah keciannya budak itu! macam mana dia boleh ada kat situ? takkan dia tiada siapa-siapa. mesti susah kehidupan dia. banyak persoalan yang tiba-tiba bermain di fikiran selepas aku terlihat seorang kanak-kanak arab. kanak-kanak yang sangat istimewa. tidak mempunyai sepasang kaki. tetapi tetap boleh bersiar-siar dan melihat barangan yang dijual di tepi-tepi jalan. aku hanya memerhati dari jauh sahaja. mukanya kelihatan sangat bahagia. tiada sebarang rungutan yang lahir dari raut wajahnya.
sangat tersentuh melihat keadaannya. walaupun dalam keadaan demikian masih mampu tersenyum. ya Allah Kau berilah aku kemampuan suatu hari nanti supaya aku dapat membantu golongan seperti ini. itu sahaja yang mampu aku hadirkan dalam hatiku semasa melihatnya. waktu itu aku dalam perjalanan ke masjid universiti untuk menunaikan solat zohor. menuju ke masjid dalam keadaan hati yang sangat sayu sambil menoleh untuk melihatnya lagi.
aku perasan ada insan lain yang juga perihatin dan sedih melihat kanak-kanak itu. aku menegurnya selepas usai solat. dia pun terkejut bagaimana aku mengetahuinya. hati mana yang tidak tersentuh melihat keadaan seseorang seperti itu. tapi Allah itu adil, walaupun seorang itu susah sebagaimanapun dia akan tetap perolehi kebahagian dan orang kaya tidak semestinya perolehi kebahagian jika terus sibuk dengan kekayaannya.
peristiwa itu menyebabkan aku teringat dengan keluargaku. ya Allah bersyukurnya aku mempunyai keluarga. walaupun kami bukanlah orang yang senang tapi aku dapat rasakan kebahagian hidup bersama keluarga. bersalahnya aku sebab telah banyak buat kesilapan terhadap keluargaku. aku tidak menjalankan amanah mereka untuk study dengan lebih tekun. maafkanku wahai keluargaku. ya Allah ampunkan aku. terima kasih ibu dan ayah kerana telah menjaga anakmu ini dengan sebaik-baiknya.
ya Allah aku bersyukur Kau jadikan aku seperti ini. itupun aku tidak menggunakan nikmat yang Kau berikan ini sebaik-baiknya. ya Allah Kau tetapkanlah hati aku ini supaya aku terus berada di jalanMu, supaya aku berada tetap diatas agamaMu. ya Allah Kau peliharalah budak itu dan berikan kebahagian kepadanya. aku tahu tempatmu sangat istimewa disana nanti.
No comments:
Post a Comment