Saturday, April 28, 2012

AKU YANG SILAP


Tuhan tolong beritahu dia
Aku pohon kemaafan darinya
Aku tidak sanggup resah tanpa dia
Sentiasa terfikir salahku pada dia.

Sungguh aku yang silap
Buat kau jadi begitu
Kini aku lemah 
Hidup tanpa dirimu.

Kembalilah pada diriku
Aku rayu dengan tulus hatiku
Aku telah sedari akan silapku
Aku tidak mahu mengulangi salahku itu.

Hidup tanpamu
Satu kekosongan dalam hidupku
sentiasa resah memikirkanmu
Kini hidupku tidak lagi menentu.

Aku mahu dirimu yang dulu
Selalu mengambil berat tentangku
Sentiasa mendahulukan diriku 
Membantu dan menolongmu.

Jika aku tidak seperti dulu
Kau tegurlah diriku
Kadang aku tidak tahu
Tidak sedar akan silapku.

Ya Allah Engkau yang Maha Tahu
Segala isi hati jantungku
Permudahkanlah urusanku
Sungguh ujian ini berat bagiku.

Ya Allah kuatkan jiwaku
Yang selalu lemah lesu
Tidak kuat menghadapi sesuatu
Kekalkan aku di jalanMu.




ANNUAL GRAND MEETING


Mentaliti Komuniti Pelonjak Transformasi. Inilah slogan AGM kali yang ke-28. Sekarang sedang berlangsung di dewan Kindi Universiti Yarmouk. Saya adalah perwakilan daripada batch 4 IKIP. Jadi saya dikehendaki untuk hadir dalam AGM ini. Malangnya saya terasa sangat penat dan tidak mampu lagi bertahan dalam meeting yang paling panjang saya pernah hadir, tapi insyaAllah saya akan pergi lagi semasa pengumuman calon yang menang bertanding yang akan diumumkan sebentar sahaja lagi.

Adakah calon yang saya undi semalam akan menang? Entahlah sebab saya undi semua calon-calon muda. Biasanya orang akan undi calon yang berpengalaman.

Rasa macam tak ada mood la hari ini. Kenapa ha? Mood ni suka main-main kan? Tension betul la. Emmmm harap presiden tahun ni adalah yang terbaik untuk warga PERMAI. Hidup Tuan Presiden.

Friday, April 27, 2012

RTS 4



RTS 4 atau nama panjangnya adalah Road To Success Batch 4 Ikip. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan batch 4 dalam pengucapan awam serta meningkatkan pengetahuan am. Saya berharap program ini benar-benar mencapai matlamatnya sebelum kita semua bergelar graduasi.

AKTIVITI SEMASA CUTI


Hari ini adalah hari jumaat. Penghulu kepada 6 hari yang lain. Juga adalah hari cuti buat warga Jordan dan Permai khususnya. Namun cuti itu tidak bermakna kita tidak perlu melakukan sesuatu pun. Tidak bermakna kita hanya memerap diri didalam bilik atau duduk bersantai atau tidur sepanjang hari. Hamba Allah ini banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Walaupun di hari cuti, masih ada tugas yang mesti dilaksanakan.

Hari ini juga saya turun mengundi di PUSKOM. Antara tempat yang dijadikan pusat mengundi. Mengundi untuk melantik Presiden dan Ketua Helwi yang baru serta AMT-AMT yang lain. Mereka yang akan memegang tampuk pemerintahan Permai pada sesi 2012/2013. Walaupun pada sesi tersebut mungkin saya sudah tidak lagi berada di bumi Jordan ini, tapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai warga PERMAI untuk keluar mengundi.

Undi adalah rahsia. Itulah perkataan yang keluar daripada mulut JPR (Jabatan Pilihanraya). Saya memerhati muka-muka yang telah dicalonkan oleh warga PERMAI mahupun yang mencalonkan diri sendiri. Mereka semua kelihatan hebat-hebat belaka. Sukar untuk memangkah yang benar-benar layak kerana semuanya layak. Saya mengambil keputusan untuk mengambil muka-muka baru dari kalangan warga PERMAI dan meminggirkan muka-muka lama. Saya yakin generasi muda mampu melakukan perubahan yang lebih baik daripada mereka yang lama. Warga baru ini patut diberi peluang untuk mentadbir PERMAI.

Sewaktu saya turun mengundi, mungkin masih ramai lagi warga PERMAI pada masa itu sedang nyenyak tidur. Menemani seorang rakan yang kelihatan bersemangat untuk turun mengundi sehingga sanggup belanja makan 2 keping roti canai dan secawan nescafe. Terima kasih sahabat. Sempat juga berbual dengan dia mengenai BERSIH yang akan dilaksanakan esok hari di Ibu Negara Malaysia. Namun terkesan dengan BERSIH di Malaysia, sebahagian warga PERMAI juga akan turut menyokong BERSIH dengan diadakan perarakan atau bantahan aman disini pada esok hari. Mereka juga telah menempah pakaian rasmi BERSIH yang berwarna kuning bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap BERSIH.

"Esok kau join BERSIH ke tak?"

"Entah la, aku kureng sikit la benda-benda ni, tapi tak bermakna aku tak cakna dengan pentadbiran Malaysia".

Sesetengah orang nampak cakna dengan isu Malaysia, tapi tidak dapat menyumbang apa-apa pun. Setengah lagi nampak sahaja tidak cakna, tapi mereka banyak menyumbang. Begitulah manusia. Banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyumbang. Luaskan pemikiran dan selamat menyumbang untuk Malaysia tercinta.

DOA ISTIKHARAH


     "Mama, Sahel nak kahwin dengan Anis tu, macam mana ni mama? Sahel dah asyik teringat pada dia je". Sahel mengadu pada si ibu yang sangat dicintainya itu dalam perbualan telefon.

      "Sahel serius kali ni? mama tahu anak mama serius kalau dah asyik suruh mama call parent Anis tu. Cuma mama nak ingatkan Sahel selalulah istikharah supaya Sahel sentiasa redha dengan apa yang berlaku pada masa akan datang. Mama percaya dengan anak mama sorang ni". Nasihat si ibu.

     Sahel menyemak doa-doa istikharah yang datang sendiri daripada Nabi Muhammad S.A.W. Dia menjumpai doa yang tertulis dalam sahih Bukhari lalu mengamalkannya.

     (Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetapan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kurniaMu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha mengetahui segala hal yang ghaib.

     Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan itu) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku,

     Maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berilah berkah kepadaku dalam menjalankannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku dimanapun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut).

     "Awak pun amalkan doa istikharah ini". Sahel menghantar pesanan sms kepada Anis.

 

Wednesday, April 25, 2012

SEMAKIN LAYU DIMAMAH HARI



     "Sahel! tunggula aku...penat la nak kejar kau". Teriak Zainal sehingga hampir pecah kerongkongnya.

     Zainal dan Sahel bersahabat baik sejak sekolah menengah lagi. Kini mereka masih bersama-sama mengecapi alam universiti. Sungguh indah kenangan bersama seindah pasir diselaputi lautan yang cukup indah. Memaut hati pada hamba yang melihatnya. Berkongsi sebanyak mungkin kenangan suka dan duka tanpa ada perpisahan. Mereka pasti tidak mampu berpisah.

     "Aishhhh budak ni lambat betul la. Cepat sikit, nanti doktor dah masuk kuliah, susah la kita nanti. Aku tak nak kena denda macam minggu lepas. Malu la kena berucap kat depan".

     Sahel berhenti daripada meneruskan langkahnya.

     "Aku suka kena denda macam tu. Baru mencapap sikit. Haha. Sahel! kau tahu tak lepas kita kena denda minggu lepas, ramai perempuan dalam kelas kita tu add aku dekat facebook. Ada yang aku add dulu baru je approve. Memang la kan perempuan ni nak cari lelaki famous je. Mentang-mentang la aku ni muka miskin je, tapi aku hensem la".

     "Hensem la sangat. Rambut panjang, serabai je aku tengok. Kalau kau potong rambut tu, conform hensem giler kau tau. Sumpah bro. Aku tak tipu. Tapi masih tak dapat nak kalahkan aku la". Perli Sahel.

     "Dah la perli-perli. Jom la jalan laju sikit, macam dah lambat je". Zainal mempercepatkan langkahnya mendahului Sahel.

     Mereka berdua mempercepatkah langkah. Melalui celah-celah ribuan manusia yang memenuhi jalan ke arah kuliah yang mereka tuju dan bertentangan dengan mereka.

     "Sahel! jom petik bunga ros merah tu. cantik la". Zainal menunjukkan jarinya kearah bunga ros tersebut.

     "Kau nak bagi sapa? Bukan ada orang nak terima pon kalau kau yang beri. Haha. Lain la aku ni ada juga yang admire".

     "Cakap tu pandang orang la sikit, kita tengok bunga sapa yang layu nanti". balas Zainal.

     Mereka berdua memetik ros merah yang sungguh harum dan menenangkan itu. Kasihan ros yang belum sempat mengembang tapi telah dipetik oleh dua tangan manusia yang kelihatan mabuk cinta. Mereka menyimpan bunga tersebut didalam beg galas masing-masing.

     "Kalau si Nur tu lalu kejap lagi, aku nak bagi ros ni kat dia, kau macam mana?". Beritahu Zainal kepada Sahel.

     Sahel hanya tersenyum tanda tidak percaya akan kata-kata Zainal yang kebiasaanya seorang yang sangat malu dengan perempuan. Selalu juga Sahel menyakat Zainal supaya mencari seseorang yang boleh dijadikan isteri. Sudah berumur 22 tahun tapi sangat jarang menyebut pasal perempuan. Namun akhir-akhir ini Zainal sudah mula menceritakan perasaannya terhadap Nur. Sudah nampak kenormalan pada diri Zainal.

     Dari jauh kelihatan kelibat Nur yang berbaju kurung merah. Zainal malu-malu mengada. Nur baru sahaja tamat kelasnya. Memang kebiasaan Nur akan melalui jalan bertentangan dengan mereka pada waktu tersebut.

     "Nur! sini sekejap. Tadi Zainal petik bunga untuk kau". Sahel memanggil Nur.

     "Sahel tipu je tu. Jangan percaya sangat Nur". Zainal mengelak malu.

     Nur hanya tergelak melihat gelagat Zainal yang sangat pemalu.

     Sahel tidak berpuas hati lalu membuka zip belakang beg Zainal tanpa dihiraukan izin daripada tuannya.

     "Tengok ni Nur, Zainal memang nak bagi bunga ni pada kau". Sahel menyerahkan bunga tersebut kepada Nur.

     Sudah 3 hari berlalu, namun Sahel masih lagi menyimpan bunga ros merah tersebut. Ros yang semakin layu dimamah hari. Setiap hari dia membawa ros tersebut ke kuliah, tapi dia tiada peluang untuk memberikan ros itu kepada isterinya. Setiap masa juga dia hanya mampu memandang ros tersebut tersadai layu diatas meja. Terasa sakitnya jiwa apabila berjauhan dengan isteri tercinta.

     "Aku harap dapat jumpa dia hari esok dan aku nak bagi ros layu ni pada dia, harap sangat dia faham betapa layunya hati aku sekarang ni". tersenyum pilu seorangan.


Tuesday, April 24, 2012

BERTEMU DI UNIVERSITI



Sahel dan Anis adalah sepasang suami isteri yang menuntut di Jordan. Namun mereka sengaja tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka yang baru sahaja berlangsung 2 minggu lepas ketika mana mereka pulang ke Malaysia. Ini adalah untuk kebaikan mereka kerana mereka masih lagi menuntut di Universiti Yarmouk. Keadaan mereka hanya seperti kehidupan mahasiswa-mahasiswi bujang yang lain.

     Anis menelefon sahel pada pukul 9.00 pagi.

     "Hello Encik Sahel, tak kan tak bangun lagi kot, eleeeeh kata tak tidur lepas subuh".

     "Ehhhhh sapa kata orang tak bangun lagi. Orang dah bangun la dekat-dekat nak pukul 9.00 tadi. Haha. Hari ini penat la, mungkin sebab main futsal semalam. Badan aku dah sakit-sakit la. Dah la semalam banyak kali jatuh masa main. Ada luka lagi ni. Sakit. Tolong la ubatkan".

     Mereka membiasakan penggunaan 'aku' dan 'ko' supaya hubungan mereka tidak diketahui.

     "Ehhhh apasal mengade sangat ko hari ni ha? Rindu la tu. Haha".

     "Mestilah. Rindu kat isteri, dapat pahala kot. Rindu sangat-sangat ni. Kita jumpa tak masa nak pergi kelas kejap lagi?".

     "Aku dari rumah kawan ni, nasib la kalau dapat jumpa. Hehe".

     Sahel bergegas bangun dari katil dan mengemas sedikit kedudukan bantal dan selimut tebalnya. Mengalih baju yang dijemur antara kedua almarinya ke dalam almari pakaian. Kelihatan sedikit kemas. Memerhati buku-buku yang tersusun di rak. Buku yang sangat disayangi namun kelihatan sudah sedikit berhabuk. Sudah lama tidak ditiup habuk-habuk tersebut.

     Memberus gigi yang baru sahaja diberus ketika hendak tidur semalam. Itulah rutin yang selalu diingatkan oleh doktor gigi ketika dia membuat rawatan gigi di klinik gigi Universiti Just. Adat kebiasaan bagi mahasiswa Jordan tidak mandi di waktu pagi kerana kekerapan mandi boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Jadi dia terus bersiap mengenakan pakaian yang cantik dan kemas, menyembur sedikit minyak wangi pada kulit. Harum seluruh bilik.

     "Kenapa dia ni tak call semula, tadi cakap nak call. Letih je aku siap cepat-cepat. Tak apalah, awal lagi ni, makan la dulu".

     Sahel pergi ke ruang dapur. Dicedoknya nasi semalam berkuahkan kari ayam. Cukup sekadar mengalas perut di waktu pagi.

     "Wehhhh".

     "Kenapa cik Anis?".

     "Jom la pergi kelas, tadi cakap dah rindu. Padahal baru je jumpa semalam kan".

     "Baik mak datin, saya pergi sekarang".

     Anis bergerak pergi dari rumah kawannya. Dia melihat di lorong-lorong yang menghala ke rumah Sahel. Namun tak kelihatan kelibat Sahel. Jelas Anis juga sangat merindui Sahel. Sengaja disembunyikan perasaan itu untuk menguatkan lagi rindu Sahel padanya.

     "Alamak, mana pulak si Sahel ni, tadi cakap dah pergi, kenapa tak nampak pon". Anis bernada sedikit sedih.

     Sahel bergerak pantas dari rumahnya. Dia sedikit terlewat kerana dia belum siap sepenuhnya semasa Anis mengajaknya pergi. Dia memandang tajam ke semua arah untuk mencari Anis. Akhirnya kelihatan si gadis kecil berbaju kurung ungu dan bertudung ungu juga. Dari jauh Sahel sudah dapat mengenali cara isterinya itu.

     Sahel menghampiri Anis tanpa disedari oleh Anis.

     "Hai....telefon sapa tu? Tak telefon kita pon, sampai hati". Sindir Sahel sambil berjalan laju mendahului Anis. Dikhuatiri akan diketahui oleh ramai tentang hubungan mereka.

     Sempat Sahel memandang beberapa kali kearah gadis berkaca mata hitam mengalahkan artis itu sambil tersenyum melihatnya. Anis dibuai malu-malu kucing sambil tertunduk-tunduk menghala laju ke arah kuliahnya. Manakala sahel pula menghala ke arah kuliah lain.

     Kringggggg....

     "Hello, kenapa lambat sangat angkat fon tu?". Tiba-tiba Anis menelefon Sahel ketika mereka masih lagi  boleh melihat antara satu sama lain.

     "Hehe, tak perasan la. Aku da silent fon tadi. Terima kasih sebab dapat jumpa isteri abang yang tercinta ni. Walaupun kita hanya dapat bertemu di universiti. Tapi situasi ni membuatkan abang makin sayang isteri abang. Haha".

      "Eeeee mengadenya abang kita ni. Anis pun sama macam abang, terima kasih sebab makin sayang pada Anis. Esok kita bertemu di universiti lagi tau".

Monday, April 23, 2012

PILIHANRAYA PERMAI 12/13


Saya kira pilihanraya PERMAI kali ini adalah pilihanraya paling bersejarah, meriah dan penuh dengan kematangan. Calon-calon telah mampu pergi kedepan dan mengemukakan manifesto masing-masing yang kelihatannya inginkan KEBAJIKAN rakyat PERMAI. Saya walaupun tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya di PERMAI mahupun di mana-mana, tapi saya akan menyokong kepada mereka-mereka yang mampu mentadbir PERMAI dan memberikan KEBAJIKAN yang sesuai kepada ahlinya sekaligus mengatasi pencapaian PERMAI pada sesi lepas 11/12.

PERMAI pada sesi 11/12 dilihat sebagai pemula kepada kematangan ahli PERMAI dan banyak perubahan yang telah dilakukan. Syabas kepada pimpinan Presiden Hidayat Hasni dan Exco-exco yang bekerja dibawahnya. Kami sebagai rakyat PERMAI sentiasa menyokong pimpinan yang membawa perubahan kepada ahli-ahlinya dan menjaga KEBAJIKAN kami.


Parti politik yang membawa idealisme perubahan.

Saya juga berasa amat teruja kerana pada tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan penubuhan beberapa parti politik di bawah PERMAI. Dengan wujudnya parti-parti ini akan meningkatkan lagi mutu pilihanraya pada sesi 12/13. Jika dilihat dalam medium Facebook, akan terdapat public-public figure yang menampilkan calon-calon yang akan bertanding. Tidak kurang juga poster-poster berkempen yang ditampal didinding-dinding Facebook. Alhamdulillah medium Facebook digunakan sebaik mungkin oleh ahli PERMAI untuk merancakkan lagi pilihanraya pada kali ini.

Wakil JPR yang adil, cekap dan telus.

Diharapkan ahli-ahli PERMAI dapat memangkah calon yang layak, berkredibiliti, bersahsiah tinggi, cekap mengurus kerja, melaksanakan kerja dengan telus, dan menghormati ahli-ahli PERMAI. Kita tidak mahu pemimpin yang hanya mahu dipandang tinggi, mahukan populariti semata-mata, kebajikan ahli diabaikan dan bercakap sahaja banyak, tapi tiada kerja yang dilaksanakan. Pilihan ahli akan menentukan segalanya. Pimpinan PERMAI terletak dicelah jari-jemari kita.


~INGINKAN PERUBAHAN YANG LEBIH BESAR~
 ***MOHAMAD SAHDAN BIN RUSLI***

PTPTN


PTPTN sekarang menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan. Lebih-lebih lagi menjelangnya PRU-13 yang masih tidak ditetapkan tarikhnya lagi walaupun akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Beberapa siri demontrasi yang telah diadakan oleh mahasiswa sebagai langkah usaha menghapuskan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma. Dalam masa yang sama beberapa perkara yang tidak diingini juga telah berlaku.

Saya mengerti kepada mereka yang mendapat pinjaman daripada PTPTN yang dikenakan caj perkhidmatan yang sangat keterlaluan. Namun disebabkan mereka tidak mendapat bantuan pendidikan selain PTPTN, mereka terpaksa mengambil pinjaman tersebut untuk meneruskan pendidikan mereka. Mungkin pada saya mereka yang menggunakan wang tersebut secara betul dan amanah, hanya digunakan untuk membiaya pembelajaran mereka tanpa salah guna atau menggunakannya untuk kemewahan lain, silakan untuk meminta kerajaan memberikan mereka pendidikan percuma. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ramai diantara mereka menggunakan wang tersebut untuk bermewahan dan akhirnya tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut.

Saya menyokong jika usaha mereka untuk menghapuskan caj perkhidmatan namun usaha untuk menghapuskan terus PTPTN haruslah dikaji secara ilmiah oleh pakar-pakar ekonomi. Ia tidak boleh dilakukan secara semberono dan drastik. Perlu ada pihak yang tampil mengemukakan hujah dan kesan yang akan berlaku kepada ekonomi Malaysia. Saya juga berharap kepada kerajaan supaya memberi pembiayaan secara qard al-hassan kepada mahasiswa iaitu pinjaman tanpa sebarang caj. Manakala kita turut mengetahui jika kita berjaya dengan cemerlang pihak PTPTN akan menutup akaun hutang tersebut. 

Saya berpendapat supaya kerajaan menyediakan yuran percuma kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka, dan memberi mereka duit poket sekiranya mereka menunjukkan prestasi yang terbaik sahaja. Ini adalah supaya mereka tidak menyalahgunakan duit yang telah diberikan tersebut. Kerajaan juga haruslah kerap membuat pemeriksaan di setiap universiti untuk melihat sejauh mana mereka ini perlu diberikan yuran percuma dan duit poket. Kerana dikhuatiri mereka ini tidak hadir ke kuliah, atau berbelanja secara boros.

Kerajaan juga harus menilai semula pemberian kewangan kepada mahasiswa yang memperoleh tajaan penuh kerana dilihat seakan mereka ini mendapat terlalu banyak lebihan terutama mereka yang belajar di luar negara. Jika pemberian kepada mereka dapat dikurangkan, maka akan lebih ramai yang mampu menerima tajaan penuh tersebut. Ini mungkin memerlukan penilaian yang sangat teliti.

Saya juga berharap isu PTPTN ini tidak hanya diuarkan ketika diambang pilihanraya sahaja, tetapi mestilah  berterusan sehingga mendapat hak yang sebenar. Tetapi perlu diingat supaya bersikap matang dalam melakukan sesuatu perkara. Sentiasa beradab dan tidak menjatuhkan peribadi seseorang.

Saya dengan ini sangat menyokong supaya tidak dikenakan sebarang caj kepada peminjam PTPTN. Dengan terlaksananya hasrat mahasiswa ini, mereka tidak lagi dihantui dengan dosa besar RIBA yang sentiasa diragui oleh kami semua.

~saya bukan peminjam PTPTN~

Sunday, April 22, 2012

TERIMA KASIH

PINDAH RUMAH

Semalam kami membantu 2 orang akhowat yang pindah ke rumah baru. Tak sangka banyak juga barang mereka berdua ni walaupun tinggal 2 orang sahaja. Penuh dan padat pickup yang berharga 10JD tu. Padan muka pakcik arab tu terpaksa tunggu sejam lebih untuk kami semua menurunkan barang-barang daripada tingkat 5 dan menyusun dengan baik barang-barang tersebut didalam pickup. Sesuailah dengan harga yang diletakkan yang kelihatan agak mahal dan sememangnya mahal.

Dekat sahaja mereka berdua ni pindah. Tidak sampai pun setengah kilometer. Alhamdulillah rumah yang mereka pindah itu tingkat satu bawah tanah. Sekejap je proses menurunkan barang dan memasukkannya kedalam rumah tersebut. Tidak sampai setengah jam semua kerja selesai.

SERABUT

Mereka ni tidak selesa dengan layanan puan rumah tersebut disamping masalah-masalah lain menyebabkan mereka ini pindah. Sepatutnya segala kos penyelenggaraan rumah mestilah ditanggung oleh puan rumah tersebut tetapi sebaliknya. Puan rumah tersebut meminta kos yang tidak munasabah diatas kerosakan yang bukan dilakukan oleh mereka. memang serabut kan? Ingatkan pak cik arab je yang serabut, mak cik arab pun sama. ishhh2x.

DALE'

Solat maghrib bersama kawan-kawan di rumah baru akhowat tersebut. Tak sangka dapat rasmikan bilik air, karpet baru, dan solat jemaah pertama di situ. Itu semua sementara menunggu mereka pulang daripada membeli sesuatu. Sambil-sambil tu juga kami memasang katil-katil dan kemas-kemas la sikit. Suka tengok rumah yang cantik macam tu.

Semasa kami solat, mereka berdua tu pulang dan mengetuk-ngetuk pintu rumah. Imam pun apa lagi, memang mempercepatkan solat la. Buka sahaja pintu. Waaaau dale' la. Pertama kali tolong orang pindah rumah dapat makan dale'. Sebelum ni adalah makan nasi sekali tapi yang tu sebab memang banyak giler barangnya. Tapi yang ni angkat dah la sikit, tapi makan dale'. Kamsamida, gracias. Hehe.

ACCIDENT YANG PELIK

Malam tadi semasa aku dalam perjalanan untuk memurokib seseorang, ternampaklah kejadian yang pelik ini. Ada sebuah kereta ni parking tengah jalan. Mungkin driver dia keluar dan berorak tepi jalan sambil pintu kereta terbuka. Aku melalui mereka. Semasa aku dah berjalan kedepan sikit, aku toleh belakang sebab dengar orang bising. Waaaa kereta terundur sendiri. Pintu kereta yang terbuka tu terlanggar sebuah kereta disebelah kiri dan kereta tersebut terundur lagi dan melanggar sebuah kereta yang parking disebelah kanan. Akhirnya kereta yang terundur itu dapat dihentikan. Kelakar. Pintu sudah rosak dan tidak boleh ditutup. Berapa agaknya ganti rugi yang dia kena bayar.

KELAS

Sekejap lagi kelas akan bermula. Aku belum siap-siap lagi. Baiklah, aku mahu bersiap dan pergi ke kelas tepat pada waktunya. Hehe.

Saturday, April 21, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah selamat sampai ke Irbid hampir pukul 12.00 malam. Walaupun jadual sampai yang sepatutnya adalah lebih awal lagi. Namun begitu, program julung kali yang diadakan ini sangat menarik dan tidak juga meletihkan walaupun terpaksa melalui perjalanan yang sangat panjang. Mungkin disebabkan makanan yang disediakan terlalu banyak dan aku antara tukang penghabis makanan tersebut. Masih teringat halawiyat yang harganya agak mahal itu, aku makan banyak sangat sebab budak lain tak berapa minat. Memang rezeki la. Rasa berbaloi la pergi sebab dapat makan banyak-banyak macam tu. Tambang 10 dinar tu rasa macam biasa-biasa je.

Hampir sepanjang perjalanan adalah waktu tidurku. selebihnya waktu makan apabila terjaga daripada tidur. Patutlah tak letih sangat. Lepas tu setiap masa juga aku on off internet bundle aku. mana lah tahu ade sesiapa yang akan hantar mesej, hilang rasa letih kalau tiba-tiba ada mesej masuk. hehe. Nak on terus takut bateri habis. 

Perjalanan pulang pun ada makanan. Duit lebih tambang bas tu digunakan untuk beli makanan dan minuman. Aku pun makan la sekenyang-kenyangnya walaupun sebelum tu perut ni da penuh dengan makanan-makanan laut dan minuman-minuman jus yang murah dan sangat sedap. Ada kawan kirim jus tapi tak dapat la nak belikan, dikhuatiri basi. Memang tidur dengan lena la dalam koster tu. Berapa kali juga terjaga dari tidur, tapi yang seronoknya, kali terakhir jaga, aku sudah berada di Irbid. Alhamdulillah sangat-sangat sebab sampai tanpa ada kejadian yang menakutkan.

Kali pertama aku pergi Aqabah pastu belanja sikit dan jimat nak mampus. Tak beli pun kacang, coklat atau apa-apa yang biasa aku beli. Sory la kawan-kawan kat rumah sebab tak bawa balik apa-apa rezeki untuk korang. Tak ada rezeki la tu. Habis 16 Jd je termasuk tambang bas.  Aku bawa 12Jd je, macam mana ada lebih duit ni. huhu. Pinjam duit kawan la maksudnya. Pinjam 10 untuk bayarkan tambang. malunya. haha. Aku pulang Irbid dengan membawa pulang 6Jd. Tak sangka pula pinjam kanvas dengan permai kena bayar 5Jd. Kena juga keluar duit aku. Tak apalah nanti boleh claim semula.

Hari ini dalam sejarah.

Friday, April 20, 2012

SAAT-SAAT AKHIR

tinggal berapa minit sahaja lagi aku akan bergerak pergi ke aqabah. berat hati nak tinggal kan irbid ni. maklumlah perjalanan ke aqabah tu lama sangat. pasti lah sakit badan-badan ni duduk dalam koster tu. lagi pula masalah kewangan yang melanda aku akhir-akhir ini sangat membebankan. semua perkara aku tak dapat buat sebab sangat-sangat berjimat. tapi sebab ni program AMM BKMPJ, aku kena la pergi juga. walaupun bayarannya agak mahal la.

sejauh aqabah pun sudah rasa macam ni sekali, apatah lagi kalau aku pulang ke malaysia nanti. bagaimana la aku nak kawal. huhu.

biasalah kalau berjalan jauh ni kena lah minta maaf pada semua. kalau ada salah dan silap, ampunkan la. kita bukannya tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. doakan kami selamat.

ya Allah rahmati dan lindungi perjalanan kami. berikanlah keselamatan kepada kami semua. aminn.

Thursday, April 19, 2012

LAWATAN KERJA KE AQABAH


Pada pukul 12.00 malam ini team BKMPJ akan mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Aqabah, Jordan. Mereka semua terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat BKMPJ iaitu Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Majlis Exekutif, dan Wakil Matiqah setiap zon. Seramai 21 orang akan mengambil bahagian dalam lawatan ini.

Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk menyelesaikan beberapa kerja yang berkaitan dengan program BKMPJ pada awal bulan hadapan. Antaranya ialah melihat sejauh mana tahap kesesuaian Aqabah sebagai destinasi pilihan utama. Selain itu, pihak kami juga akan berbincang dengan pengurusan hotel di Aqabah untuk meletakkan harga terbaik bagi mengurangkan kos pengurusan.

Sebelum ini belum pernah lawatan seumpama ini dilaksanakan. Jadi, pelaksanaan ini mampu merapatkan jurang antara AMT, AME dan Wakil Mantiqah. Setelah hampir setahun menyumbang dalam meningkatkan mutu persatuan BKMPJ, lawatan kali ini dapat merehatkan minda dan memberi seribu ketenangan kepada kesemua jawatankuasa.

Team BKMPJ akan bertolak menggunakan sebuah coster yang mampu memuatkan seramai 23 orang. Mereka semua dijangka sampai di Aqabah pada pukul 6.00 pagi. Kemudian akan terus melihat kesesuaian tempat sambil menikmati pemandangan laut merah yang tersergam indah.

Untuk pengetahuan semua, kami Team BKMPJ akan mengeluarkan duit sendiri untuk pembiayaan lawatan kerja ini. Ini menunjukkan kami tidak akan mengambil sebarang faedah daripada lawatan kerja ini.

Team kami dijangka bertolak pulang ke Irbid pada pukul 3.00 petang dan sampai ke Irbid pada pukul 9.00 malam. Kami berharap warga BKMPJ dapat mendoakan keselamatan kami semua selama berada dalam lawatan kerja tersebut. Terima kasih.

KIAS CINTA


Cinta kepada Allah adalah yang utama. Cinta yang semestinya menjadi rayuan oleh hambanya. Carilah cinta Allah. Selepas itu pohon la padanya supaya meredai cintamu kepada makhluk ciptaanNya. Jadi, cinta itu adalah naluri manusia. Didik naluri supaya tidak tersasar dari makna cinta sebenar. Aku cinta Allah dan Rasul, aku cinta alam ciptaanNya, aku cinta makhluk ciptaanNya, ibubapa, kaum kerabat, guru-guru, sahabat, calon isteri.

HOMESICK


     ada seorang kawan saya ni mengalami homesick. kesian kat dia. saya tak tahu macam mana nak bantu dia. pasti dia sangat sedih dan rindu sangat-sangat pada family dia. walaupun dia kelihatannya setiap hari ber 'skype' dengan family nya. saya ni sudah lama tidak melihat muka-muka family saya. tapi saya lelaki. saya pernah jugalah mengalami situasi macam ni, tapi sangat-sangat jarang. dia selalu alami. mungkin sebab dia perempuan. dia pernah kata dia selalu nangis masa mula-mula sampai sini dulu. kesian kan.

     boleh jadi homesick ni sebagai simbol dia sayang sangat pada family dia. atau sebab dia sudah beli tiket pulang ke malaysia, mungkin sudah tidak sabar nak pulang. atau dia rindu pada katil dia kat kampung, kucing yang dia dah pelihara sejak kecil lagi atau macam-macam yang boleh buat dia rindu sangat pada kampung halamannya.


     mereka yang mengalami homesick ni akan kelihatan tidak bermaya dan memerlukan masa untuk pulih dan segar. mereka akan lebih 'homesick' apabila mereka sentiasa berseorangan, mengalami kesedihan, bosan dan macam-macam lagi. jadi, jangan lah terlalu kerap berseorangan. duduk lah bersama kawan sepanjang masa.

     saya sediakan cara untuk merawat masalah ni, antaranya ialah:

1- buat sesuatu yang menghiburkan bersama kawan.
2- skype, chat dengan family, call, tengok gambar supaya dapat hilangkan kerinduan.
3- cari seseorang yang dapat diluahkan perkara tersebut supaya merasa lebih tenang.
4- bercerita bersama kawan-kawan tentang perkara yang mengembirakan.
5- cuba untuk tidak memikirkan mengenai kampung halaman.
6- cari pasangan hidup. haha.




     dah baca tu nanti, cuba-cubalah praktikkan. mana lah tahu dapat menghilangkan homesick tu. selamat mencuba.

PERANCANGAN MASA DEPAN


     selalu terfikir apakah perancangan terbaik untuk saya lakukan selepas habis daripada belajar di universiti yarmouk ni. sudah kerap kali juga bertanya kepada senior-senior dan juga mereka yang sedang mengambil master atau Phd mengenai perkara ini. tapi masih sukar untuk membuat keputusan. biasalah keputusan menentukan sesuatu yang belum pasti dan sudah tentu keputusan itu akan berubah pada bila-bila masa sahaja. walaubagaimanapun perancangan perlu juga diatur supaya saya tahu matlamat yang ingin dicapai dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

      lebih kurang 2 bulan sahaja lagi saya akan pulang ke Malaysia. namun ketakutan menyelubungi diri ini. sepertinya saya merasakan tidak cukup 2 tahun berada di Jordan ini untuk menguasai ilmu-ilmu yang tersangat banyak disini. penguasaan bahasa arab yang kurang mantap. apatah lagi bahasa inggeris yang kelihatan sangat rapuh. ditambah lagi pengucapan awam didalam bahasa melayu turut entah kemana. bagaimana mungkin saya tidak takut untuk pulang ke tanah air dalam keadaan begini. masih teringat lagi semangat ketika berada di Malaysia dahulu "kalau aku sampai ke Jordan nanti, aku nak bertalaqqi setiap masa" "aku nak bercakap bahasa arab je sepanjang masa" kata-kata dahulu yang hanya tinggal kenangan. masih adakah insan yang melaksanakan 'semangat' tersebut?

     memandangkan prestasi akademik saya yang masih lemah ini, saya telah membuat keputusan untuk menyambung master. yang masih bermain di fikiran ialah samaada mahu sambung di Jordan ataupun Malaysia. kalau sambung di Jordan, sudah tentulah mahal, mengambil masa yang lama dan suasana yang sama macam saya ambil degree. kalau sambung di Malaysia, sudah tentulah murah, jangka masa yang singkat dan suasana yang lebih selesa. nampaknya pilihan mmenyambung pelajaran di Malaysia lebih terbaik. tapi macam mana dengan 'dia'. sanggup ke saya belajar di Malaysia dan berjauhan dengan 'dia'. susah kan untuk membuat perancangan.

     kini saya sedang mengatur perancangan. apabila habis sahaja degree pada bulan 5 ini, saya ingin memohon master di yarmouk dan juga mahu memohon master di Malaysia. nanti apabila pulang dan jika saya mendapat tajaan dari mana-mana pihak untuk menyambung master di yarmouk, saya akan terima tawaran tersebut. manakala jika saya tidak mendapat tajaan tersebut, saya akan masuk UM. insyaAllah untuk sambung master di Malaysia, sangat mudah untuk mendapatkan tajaan.

     kata pujangga kalau lambat nanti dikebas orang. makanya kalau diizinkan, saya nak mengikat beberapa ikatan dengan si 'dia'. supaya dengan bayaknya ikatan, 'dia' tak akan terlepas kepada orang lain. (sangat berharap..hehe). perancangan ini mungkin selepas raya pada tahun ini. saya sudah berbincang dengan keluarga, mereka semua setuju sahaja. keluarga sebelah perempuan juga sepertinya tidak keberatan. sekarang menunggu jawapan daripada si 'dia' sahaja. saya juga sedang berusaha untuk menyakinkan si 'dia' dan keluarganya bahawa saya ini mampu bertanggungjawab memegang amanah tersebut. kemudian saya terpaksa merelakan 'dia' pulang semula ke Jordan. saya akan menunggunya walaupun daripada jauh. sudah ada ikatan, hati lebih tenang.


     jika saya mendapat tajaan untuk menyambung master di yarmouk, sudah pasti saya mahu tinggal bersama 'dia'. saya akan jaga 'dia'. menghabiskan masa 2 tahun bersama 'dia'. sewa rumah yang sederhana  kosnya. boleh melancong bersama-sama ketika waktu cuti. ataupun jika 'dia' masih belum bersedia untuk tinggal bersama saya, saya izinkan 'dia' tinggal dengan kawan-kawan 'dia' dan saya tinggal dengan kawan-kawan saya. berjumpa apabila ada waktu lapang.

     saya juga sedang berusaha mengawal perasaan cepat cemburu ini. alhamdulillah setakat ini saya mampu mengawalnya dan mahu menjadi lebih terbuka. maklumlah masih di alam universiti ini, jika tidak mampu untuk mengawal perasaan tersebut, pastilah kasihan pada pasangan kita. susah untuk 'dia' berkawan, dan bergaul.

     mungkin saya masih belum mampu untuk menyediakan segala macam bentuk keselesaan pada si 'dia'. tapi saya pasti saya mampu untuk memberinya kebahagiaan. simpanan kewangan saya cukup untuk dibuat belanja majlis kecil-kecilan. apabila habis belajar kelak, barulah dibuat majlis besar-besaran. mungkin juga boleh dibuat 'nikah gantung' yang sangat popular dikalangan mahasiswa yang masih belum mampu menanggung isterinya. makanya tanggunggan isteri masih dibawah bapanya. daripada itu, bercouple lah sepuas-puasnya dalam fatrah tersebut.

     saya juga sedang berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan keluarganya. sentiasa bertanya tentang kehidupan mereka, latar belakang mereka. supaya rasa lebih dekat dengan keluarga 'dia'. apabila kenal keluarga 'dia', pasti kenal 'dia'.


     bercita-cita untuk memperoleh master pada tahun 2013, dan mendapat Phd pada tahun 2016. bermula sekarang saya akan berusaha untuk mencapat target tersebut. pada awalnya saya mahu bergiat sebagai ahli akademik dan kemudian ingin mencari-cari peluang untuk bekerja di sektor perbankan islam. juga berhajat untuk membuka syarikat konsultansi. jika diberi peluang, saya juga ingin menceburi bidang perbankan islam di luar negara. saya juga bercita-cita untuk membangunkan kampung saya di Pahang dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. yang paling penting adalah membantu keluarga saya.

     dengar khabarnya, 'dia' dan ayahnya mahu membuka firma guaman. nampaknya 'dia' akan bekerja dahulu daripada saya. tidak mengapalah, saya tumpang gembira atas kejayaanya nanti. yang pasti saya mahu menyiapkan Phd saya secepat mungkin supaya saya boleh membahagiakan 'dia' dengan lebih bahagia. nanti boleh la masukkan saya dalam firma guaman 'awak'.

    bermula dari sekarang juga, saya akan belajar menjadi lebih bertanggungjawab supaya dapat dijadikan bekalan dalam menempuh hidup berumah-tangga. kata orang, kalau sudah berumah-tangga, banyak perkara kita perlu korbankan. bunyi macam susah. kalau belum tempuh, mana tahu susah atau senang.

Tuesday, April 17, 2012

BENGANG

Dia lihat aku
Kata aku penipu
Aku tidak faham
Kenapa kau kata begitu

Aku sudah mula bengang
Dengan sikap kurang ajarmu
Bapak kau tidak ajarkah
Sikap hormat orang lain

Kau mulia sebab Islam
Bukan sebab engkau Arab
Tolonglah jaga nama Islam
Dengan adab dan tingkah lakumu

Aku sudah mula bengang
Bila kau sentuh aku
Dan kau tarik-tarik bukuku
Sungguh tidak beradabnya engkau

Kau tahu aku bengang
Tapi tak tahu nak minta maaf
Sikap apakah ini
Harap saja pelajar Universiti

Monday, April 16, 2012

arab forum

     malam ni aku hadir ke satu forum terbuka yang diadakan di Stadium Madinah Hassan. panelis-panelis semua hebat-hebat. yang tak hebatnya adalah aku. sebab aku tak berapa nak faham sangat apa yang dikatakan oleh mereka. memang rasa rugi sangat sebab dah 2 tahun duduk kat Jordan ni tapi tak dapat menguasai sepenuhnya bahasa arab. barapa tahun lagi yang aku perlukan???sebab tu la aku teringin sangat nak sambung belajar kat negara arab Jordan ni. sapa-sapa nak sponsor aku? haha.

     biasalah kan kalau ceramah ni ahli panel akan cakap laju dan cakap bahasa-bahasa puitis sama juga dengan penceramah melayu. ceramah umum memang tak sama lah dengan apa yang pensyarah cakap dalam kuliah. suasana pun memang bising, rasa macam pelik juga dengan arab ni masa ceramah pon mereka boleh jerit-jerit. orang muda kot sebab tu bersemangat sangat.

      ahli panel tadi terdiri daripada barisan tokoh yang dikenali dan sangat hebat ilmunya. antaranya ialah doktor 'aid al-Qarni, doktor Muhamad al-'arifi, Mustafa Husni dan doktor Muhamad Nuh. dapat juga lah tengok dr 'aid secara live. sebelum ni hanya tengok gambar beliau sahaja dalam buku-buku tulisan beliau. aku memang peminat buku-buku tulisan beliau (yang da terjemah bahasa melayu la).

     cuaca sejuk di stadium tadi menyebabkan ramai di kalangan kami bangsa melayu tak tahan dan pulang ke rumah. kata orang dapat tengok muka secara langsung pun jadilah. nanti orang kampung tanya atau ustaz-ustaz kat malaysia tanya boleh la jawab "aku dah pernah jumpa dan dengar ceramah dia ni". walaupun tak faham pun apa yang forum tadi ceramahkan. best nya kalau faham betul-betul apa yang mereka katakan. seronok juga tengok arab-arab ni gelak dan jerit-jerit sebab mereka feeling dengar ceramah tu. sejak belajar kat jordan ni, aku tak pernah pon dapat gelak dengan puas dalam kelas sebagaimana aku gelak masa belajar kat IKIP dulu. rindu pulak suasana belajar kat malaysia yang tercinta. malaysia tunggu aku pulang. aku nak cium tanahmu.......

MUROKIB CINTA 3


       Umar al-Haqq berehat berseorangan di biliknya. Usai solat isyak di masjid sebentar tadi, dia terus pulang dan menolak pelawaan sahabatnya untuk menjamu selera di restoran Hadramaut. Hanya berbaring di atas katil miliknya. Sungguh penat kerana hari ini dia mempunyai 4 kuliah, sejam setengah setiap kelas.

     Dia mengambil buku nota yang tertulis sebuah lagu didalamnya. Sempat dia menulis lagu tersebut buat Najwa Imtiyaz ketika dia berada di dalam kelas ulum askari. Salah satu kelas yang sangat membosankan.

     Membaca setiap baris lagu tersebut sambil tersenyum kelakar kerana dia bukanlah mahir mengubah lagu. Memelodikan lagu tersebut.

JAWAPAN

Telah aku luahkan semua
Segala isi hatiku pada dia
Setelah ku tanya pada Dia
Dalam tiap doaku padaNya

Apabila hati ini sentiasa merayu
Supaya diisi dengan hatimu
Walaupun ku perlu usaha dan menunggu
Aku akan terus mencuri hatimu

Aku sungguh mencintaimu
Akan ku tunggu jawapanmu
Untuk memiliki dirimu
Sepanjang hidupku

Ohhh jawapan cinta
Yang positif kata-kata
Saat aku tahu jawapanmu
Terus aku ingin melamar dirimu

Ya Tuhan tolonglah diriku
Bukakanlah pintu hatinya
Untukku hambamu
Kerana aku hanya harapkan dia
Menjadi seorang isteri.

     “ni kalau orang baca pasti mereka kata aku jiwang karat, haha” ketawa Umar al-Haqq seorangan.

     “sejak aku suka si najwa ni, berbungalah pula hati ni. Patutlah Hilal Asyraf tu mampu membuat banyak cerita, salah satunya dia dalam fatrah pertunangan, dah nak berkahwin pun, mesti hati dia sedang berbunga-bunga, mesti juga banyak idea datang mencurah-curah. Aku pun nak buat cerita yang menarik macam dia juga la. Hati aku pun sedang berbunga juga”. Berbisik Umar al-Haqq di fikirannya.

Sunday, April 15, 2012

MUROKIB CINTA 2


     Umar al-Haqq adalah seorang mahasiswa tahun akhir dalam ekonomi dan perbankan islam. Mempunyai perwatakan yang baik. Seorang yang dikategorikan jejaka idaman wanita masa kini. Mempunyai pakej lengkap iaitu baik agamanya, terpelajar, bertanggungjawab kepada keluarga dan seorang yang berwajah tampan disebalik kulitnya yang cerah. Terdapat juga kekurangan pada dirinya kerana dia berasal daripada keluarga yang kurang senang tetapi itu tidak pernah menjadi persoalan dalam hidupnya. Dia membesar di sebuah kampung pendalaman dan menerima pendidikan awal disana. Manakala pendidikan menengah juga turut didapati dari sekolah agama berhampiran dengan kampungnya. Memperlihatkan dia tidak mampu untuk keluar daripada kepompong kampungnya itu.

     Akhirnya kepompong itu pecah dan Umar al-Haqq berjaya dalam pelajarannya kemudian ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Yarmouk, Jordan. Ini adalah kebanggaan buat keluarga dan juga orang kampungnya.

     Umar al-Haqq tidak menyangka yang dia akan menamatkan ijazahnya dalam sebulan lebih sahaja lagi. Sepertinya dia merasakan baru semalam sampai ke bumi bertuah ini.

     “ya Allah tidak terhingga nikmat yang Engkau curahkan kepada hambamu ini. Aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan ini. Kau ampunkanlah aku sekiranya aku lalai dari mengingatiMu. Aku hambaMu yang sangat lemah.” Monolog Umar al-Haqq kepada Allah didalam hatinya.

     Dia masih teringat akan hasratnya dulu untuk menikahi gadis melayu di Jordan ini. Biasalah kata mereka yang belajar diluar negeri, kahwinnya murah. Tidak perlukan hantaran berpuluh ribu. Kenduri kahwin pun juga tidak perlu. Cukup hanya dengan lafaz akad menjadikan mereka sempurna sebagai suami isteri.

     Umar al-Haqq baru sedar itu hanya kata-kata daripada sekelumit sahaja daripada mereka yang belajar dari luar negeri. Ramai lagi yang tidak mampu berkahwin kerana terdapat banyak halangan terutamanya daripada keluarga perempuan.

     Sebelum ini Umar al-Haqq telah cuba merisik seorang wanita namun tidak berhasil. Baru dia tahu betapa susahnya untuk menagih kepercayaan dari seorang wanita. Mungkin ini balasan buat lelaki yang selalu mempermainkan perasaan wanita.

     Dia teringat ketika masih di sekolah menengah dahulu, dia pernah bercinta dengan dengan seorang gadis daripada sekolah menengah harian biasa, boleh dikatakan hangat juga la cinta monyet itu. Apa yang sadisnya dia telah meninggalkan gadis itu begitu sahaja setelah menyambung pelajarannya ke tempat lain. Kelihatan sangat kejam cinta yang tiada tujuan seperti itu. Tapi masa tidak mampu diundur untuk membetulkan segala kejahatan yang telah dilakukan. Hanya berharap gadis tersebut memaafkan dirinya yang telah mempermainkan perasaannya.

      Sekarang Umar al-Haqq sudah mempunyai tujuan yang jelas dalam percintaan iaitu untuk sebuah perkahwinan dan menggapai keredhaan Ilahi. Fikirannya kembali teringatkan Najwa Imtiyaz. Jelas diraut muka Umar al-Haqq yang sangat ingin memperisterikan Nawa Imtiyaz dan jika tiada halangan, dia mahu menikahinya di Jordan dalam masa terdekat ini.

saat lafaz sakinah


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

lirik lagu saat lafaz sakinah:far east

lirik lagu ini yang mengisahkan di saat lafaz akad nikah bermula maka disaat itu tanggungjawab penjagaan daripada seorang bapa akan berpindah kepada seorang suami. disaat itu puteri si wali diamanahkan sepenuhnya kepada si suami. maka ingatlah wahai suami, peliharalah amanah yang telah diamanahkan kepadamu. jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut. peliharalah isterimu dan nafkahilah dia dengan kasih dan cinta sepenuh hati kerana dia adalah amanah dari bapanya. berikanlah lebih dari apa yang telah dia dapat daripada ibu dan bapanya.

wahai sang suami, sekarang kamu adalah suaminya. kamu bawalah dia ke syurga. pimpinlah dia supaya dia sentiasa berada di jalan yang benar. sentiasa menasihatinya. sentiasa menjaga hatinya. aku telah serahkan dia kepadamu. aku mahu engkau menjaganya sepenuh hatimu lebih daripada apa yang telah aku berikan kepadanya. aku tahu puteriku sangat memerlukan kamu setiap masa. engkau hargailah dia. aku akan sentiasa mendoakan kamu.

wahai sang bapa, aku akan menjaga anakmu sepenuh hatiku. disaat aku berakad nikah, aku tahu engkau telah memberi segala kepercayaan engkau kepadaku. aku pasti tidak akan menghancurkan kepercayaan itu. aku pasti akan menjaga puterimu sepenuh hatiku. aku akan bersamanya disaat dia gembira mahupun sedih kerana aku sangat mencintai dia. aku akan memberikan kepadanya apa yang aku termampu. aku akan curahkan segala kasih-sayangku kepadanya. aku akan berikan lebih daripada yang telah engkau berikan. terima kasih kepadamu kerana telah menyerahkan amanah ini kepadaku. aku tidak akan pernah mengkhianatinya.

Saturday, April 14, 2012

KU BERHARAP


Disini aku masih sendiri 
Merenungi hari-hari sepi 
Aku tanpamu 
Masih tanpamu 

Bila esok hari datang lagi 
Ku coba untuk hadapi semua ini 
Meski tanpamu meski tanpamu 

Bila aku dapat bintang yang berpijar 
Mentari yang tenang bersamaku disini 
Ku dapat tertawa menangis merenung 
Di tempat ini aku bertahan 

Suara dengarkanlah aku 
Apa kabarnya pujaan hatiku 
Aku di sini menunggunya 
Masih berharap di dalam hatinya 

Suara dengarkanlah aku 
Apakah aku slalu dihatinya 
Aku di sini menunggunya 
Masih berharap di dalam hatinya 

Kalau ku masih tetap disini 
Ku lewati semua yang terjadi 
Aku menunggumu Aku menunggu 

Suara dengarkanlah aku 
Apa kabarnya pujaan hatiku 
Aku di sini menunggunya 
Masih berharap di dalam hatinya 

Suara dengarkanlah aku 
Apakah aku ada dihatinya 
Aku di sini menunggunya 
Masih berharap di dalam hatinya


hijau daun.

BELIAU DATANG

     "ustaz akan datang ke irbid hari sabtu depan, ustaz mahukan persiapan daripada kamu semua, kamu semua jangan risau kerana kita ada peruntukan makan yang sangat banyak untuk kamu semua, lebih kurang 7 jd untuk seorang, kamu semua warga ikip di jordan gembira ke tak dengan khabar gembira ini?, jadi sediakan tempat yang sesuai dan makanan yang lazat-lazat tau" pesan ustaz Rashimi kepada saudara Hazim sebagai wakil pengurusan bagi pihak IKIP.

     "ustaz jangan risau mengenai pengurusan di sini, kami akan menguruskan dengan baik dan sempurna, InsyaAllah. kami telah menempah nasi arab melimpah untuk warga ikip semua iaitu seramai 64 orang terdiri daripada senior tahun 4 dan junior tahun 3. selain itu kami turut membeli kek Gourmet sebanyak 3 biji, untuk pengetahuan ustaz, kek ini adalah kek yang tersedap sekali di Irbid ini. manakala 3 biji kek lagi daripada Mango, turut tersenarai sebagai kek tersedap dan paling laris di Irbid. tidak lupa juga kek buatan tangan daripada warga Irbid sendiri sebanyak 3 biji iaitu cheese kek. makanan sampingan lain ustaz akan lihat sendiri di program tersebut nanti".

     "terima kasih Hazim kerana telah mengendalikan program delegasi IKIP ini sebaik itu. ustaz sangat berharap program tersebut berjalan dengan lancar. ustaz juga mahu kamu semua memakai pakaian yang lengkap tau kerana kita ada tetamu dan juga orang besar dalam IKIP".

     "siapa dia ustaz? saya pesan kepada pelajar IKIP semua pakai pakaian biasa sahaja".

     "aisssshhhh kamu ni, kalau saya sahaja datang kamu tidak mahu pakai formal la?hehe...Encik Amri juga akan datang ke sini, selebihnya 3 orang lagi kamu akan tahu semasa program nanti, pakai smart-smart tau, tunjukkan kredibiliti kamu semua sebagai pelajar ekonomi yang mempunyai minda kelas pertama".

     "baik ustaz. ustaz jangan risau, saya akan pastikan semua itu dipatuhi oleh pelajar IKIP semua".

     pada pukul 1.30 petang semua pelajar IKIP bergerak menuju ke dewan mujamma' Naqabat yang terletak berhampiran bab Syimali Universiti Yarmouk. program tersebut akan bermula pada pukul 2 petang. sepertinya mereka semua tidak sabar lagi untuk berjumpa guru mereka yang telah banyak mengajar dan mendidik mereka semasa mereka semua berada di IKIP selama 2 tahun.

     baru sahaja hujung tahun lepas kedatangan Ustaz Rashimi ke bumi Urdun ini tetapi dirasakan sangat lama, dan alhamdulillah beliau kembali lagi kesini untuk menjenguk dan mendengar masalah-masalah yang dialami pelajar IKIP disini disamping melakukan kerja yang telah diamanahkan pihak IKIP.

     program bermula.

     program bermula agak lewat sedikit kerana kelewatan kehadiran delegasi yang bertolak dari Amman. namun kehadiran delegasi disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar IKIP. musik yang dimainkan oleh saudara sahdan memeriahkan lagi majlis tersebut.

     bersalaman dengan ustaz Rashimi, encik Amri dan Professor Mesut Idriz.

     pengerusi majlis mengambil tempat di pentas sambil mengalu-alukan kedatangan tetamu istimewa tersebut.

     ucapan wakil pelajar IKIP, ucapan ustaz Rashimi, dan seterusnya ucapan vice president Puan Aisyah.

     makan-makan dan bersurai.

     sesi berfoto bersama delegasi.

     aku sudah penat, aku mahu rehat. selamat malam semua.

Friday, April 13, 2012

Kesan Cinta Donut Factory


“Menghadapi Masa Hadapan”
Oleh:
Mohamad Sahdan Bin Rusli,
Pelajar Ekonomi Dan Perbankan Islam,
Fakulti Syariah Universiti Yarmouk.

Pendahuluan
Saya telah menyelitkan tajuk donut  kerana saya sangat menyukainya setelah pertama kali merasai keenakan donut factory tersebut. Walaupun ia hanyalah donut yang pada asalnya hanyalah makanan ataupun kuih daripada kampung-kampung tetapi apabila ia telah dijenamakan sebagai donut factory dan diberi nafas baru, diolah, diinovasikan, dibentuk dengan pelbagai bentuk yang menarik, dan rasa yang sangat sedap maka jadilah ia satu makanan yang sangat hebat dan dikenali di serata dunia.
     Maka dari itu kita hendaklah memikirkan makanan apa yang kita ingin ketengahkan pada suatu hari nanti. Adakah karipap, apam, badak berendam dan sebagainya. Masih banyak lagi kuih-muih yang kita boleh olah menjadi makanan yang hebat, dikenali dan dimakan oleh semua manusia.
     Semua ini adalah bidang kerjaya yang boleh dipilih sebagai matlamat hidup kita yang memerlukan usaha untuk terus hidup diatas muka bumi ini. Ini bertepatan dengan kehendak islam yang sangat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha. Walaupun kita masih di alam pembelajaran namun kita perlu memikirkan alam kerjaya supaya kita dapat meletakkan matlamat hidup yang jelas. Walaupun suatu hari nanti kita belum tentu menjadi seorang yang diidamkan namun kita akan mempunyai rasa untuk terus berusaha mendapatkan apa yang kita inginkan.

Takrif kerjaya
Menurut pandangan peribadi saya, kerjaya berasal daripada perkataan kerja merujuk kepada bidang yang diceburi oleh seseorang untuk mencari pulangan berbentuk wang dan harta.
     Manakala kerjaya yang dituntut islam pula ialah islam telah menjadikan kerja sebagai satu tuntutan fardu ke atas umatnya. Kerja tersebut hendaklah tidak melanggar apa-apa syariat yang telah ditetapkan islam. Selain daripada itu, semua kerja adalah harus dilakukan. Islam turut membenarkan kita bekerja disamping mengumpul harta. Islam juga sangat-sangat menggalakkan umatnya menjadi professional dalam bidang yang diceburinya supaya mampu memberi sumbangan yang besar.

Bidang kerjaya
1-      Sambung belajar
Saya telah mendahulukan dengan meletakkan tajuk sambung belajar adalah perkara pertama kerana saya melihat ia sangat penting untuk pelajar muda seperti kita. Matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk melahirkan kelompok manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan seramai 60000 orang pemegang PHD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang 2023.[1] Beberapa kriteria yang perlu ada pada sesiapa yang ingin bergiat dalam bidang ini. Antaranya:

Keinginan
Apa yang paling penting untuk kita meneruskan misi ini adalah minat. Tanpa minat didalam jantung hati, ia langsung tidak memberi sebarang makna. Namun jika ada walaupun seketul sahaja minat kemudian dijinakkan ia akan bercambah menjadi minat yang besar. Minat ini akan membawa kita pergi lebih jauh malah akan menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan tinggi.
“Untuk itu, kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD, iaitu 75 peratus bagi Universiti Penyelidikan atau Research University, dan 60 peratus bagi universiti awam lain. Bagi mencapai sasaran ini, pelaksanaan program MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dengan matlamat meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 orang pada tahun 2015, akan dipergiatkan. Di samping itu, pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.”[2]

Syarat pointer
Mereka yang ingin melanjutkan pembelajaran mereka hendaklah memiliki sekurang-kurangnya pngk atau cgpa 3.0 dan keatas (mengikut syarat yang diletakkan oleh sesebuah universiti). Sebagai contoh Universiti Malaya meletakkan syarat untuk melanjutkan Ijazah Sarjana mestilah memiliki 3.0 ataupun second class honors.
“A good Bachelor Degree in Shari‘ah with a minimum CGPA of 3.0 or second class honors from a recognized university. A bachelor in general Islamic studies or any other certificate with an Islamic major that can be considered equivalent to a Bachelors Degree in Shari‘a.”[3]

     Disini juga saya sertakan bidang-bidang yang disediakan oleh Universiti Malaya dalam bidang Islamic studies.
-       Usul Fiqh
-       Shari‘ah and Law
-       Shari‘ah and Economy
-       Shari‘ah and Management
-       Siasah Shar’iyyah
     Mengikut maklumat yang saya perolehi melalui laman web UM, pendaftaran kemasukan palajar Sarjana untuk sesi September 2012 ialah pada 6 Mei 2012 sehingga 8 Jun 2012. Maka sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar secara online melalui laman web UM.

Biasiswa
Disebabkan kurangnya bilangan yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana maka kerajaan telah menyediakan skim biasiswa yang dikenali sebagai MyBrain. Skim ini termasuk dalam RMK-10. Dengan adanya skim seperti ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar untuk terus menjadi modal insan yang mempunyai mentaliti yang lebih tinggi dan terbaik.
     Banyak lagi institusi yang menawarkan biasiswa ini lebih-lebih lagi mereka yang memperoleh ijazah kelas pertama. Pokoknya kita haruslah berusaha mencari sumbangan tersebut setelah kita mendapat tempat di universiti kelak. Untuk pengetahuan anda, UM adalah antara universiti yang menawarkan yuran terendah dan mungkin kita mampu untuk meneruskan pengajian tanpa perlukan biasiswa.

Institusi
Kita akan menghadapi masalah dalam pemilihan institusi kerana terlalu banyak institusi yang menawarkan bidang yang  kita minati. Pada pandangan saya kita perlu memilih institusi yang terbaik dan institusi tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Jika perlu untuk belajar keluar Negara kerana kepakaran mereka, maka haruslah pergi kesana. Namun jika tidak mendapat institusi yang diidamkan, janganlah terus meninggalkan hasrat tersebut. Pilihlah institusi yang terdapat didalam Malaysia. InsyaAllah apa yang paling penting adalah usaha kita tanpa mengira latar belakang tempat pengajian.

Kelebihan
Negara kita yang semakin hampir dengan wawasannya untuk maju pada tahun 2020 amat memerlukan pakar-pakar dalam bidang kajian tertentu. Pengkhususan dalam satu-satu bidang sangat penting supaya kita dapat menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi.
     Sebagai contoh kita ingin menjadi shariah advisor di sebuah bank islam. Maka kepakaran dalam bidang perbankan amat diperlukan. Kebanyakan juga penasihat-penasihat syariah ini mempunyai latar belakang PhD. Perbincangan saya dengan Dr Akram Laldin menunjukkan beliau menggalakkan untuk belajar pada peringkat lebih tinggi supaya  apa-apa keputusan yang akan dibuat apabila menjadi penasihat syariah adalah lebih matang.
     Kalau kita melihat kepada mereka yang mempunyai PhD, pendapat mereka akan lebih diterima berbanding daripada mereka yang tidak mempunyainya. Juga tidak semestinya mereka yang memiliki PhD hanya akan bekerja didalam university sahaja. Mereka ada kepakaran sudah semestinya mereka akan mendapat tempat dimana-mana sahaja.


2-      Kerja
Kerja adalah bidang kerjaya yang menjadi persaingan yang sengit sekarang. Mereka yang tidak mempunyai kemahiran tidak akan diterima bekerja. Beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Antaranya ialah:

Kemahiran komunikasi
Mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa adalah sangat penting. Kebiasaannya syarikat-syarikat atau institusi perbankan memerlukan mereka yang mampu berbicara dalam bahasa inggeris dengan baik. Perkara seperti ini kita boleh tingkatkan dari semasa ke semasa.
     Komunikasi yang baik mestilah bertunjangkan pengetahuan yang luas. Contohnya jika kita berminat bekerja di institusi perbankan, maka kita perlu tahu beberapa asas yang berkaitan dengan perbankan. Demikian juga kita perlu tahu isu-isu semasa yang berkaitan dengan perbankan.

Curriculum vitae (CV)[4]
Setelah tamat belajar ataupun masih belajar, kita perlu menghantar cv kita kepada syarikat yang kita ingin ceburi. Cv adalah maklumat awal mengenai diri kita sebelum kita dipanggil untuk temuduga. Cv yang baik sangat penting untuk melayakkan kita dipanggil ke temuduga.beberapa kriteria penting perlu ada dalam cv kita. Antaranya:
1)      Personal detail: name, address, date of birth, telephone number and email.
2)      Education and qualifications.
3)      Work experience.
4)      Interests and achievements.
5)      Skills.
6)      References.

Temuduga[5]
Temuduga akan menentukan kita berpeluang untuk bekerja atau terpaksa temuduga di tempat lain pula. Kita turut mengetahui mereka yang bijak di universiti tidak semestinya bijak di alam temuduga. Temuduga adalah ibarat alam reality yang memerlukan keyakinan dan kreatif dalam menjawab sebarang soalan yang diajukan. Ramai diantara mereka yang bijak tidak mampu untuk berkata-kata dengan baik ketika dalam proses temuduga. Dimanakah silap mereka?. Adakah ini satu kegagalan dalam sistem peperiksaan di university?. Oleh itu saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada pakar-pakar pendidikan supaya sistem peperiksaan itu lebih kepada praktikal dan kefahaman bukannya hafalan semata-mata.
     Soalan biasa yang akan ditanya ialah “please introduce yourself”.

Maka cukup untuk kita hanya focus kepada:
1)    Kelulusan dan pendidikan formal: pendidikan sekolah menengah dan university sahaja serta subjek-subjek yang diambil serta kaitannya dengan kerja yang dipohon.
2)    Tempat bertugas sekarang (jika anda bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman anda dalam persatuan)
3)    Pengalaman dan kemahiran anda dan kaitannya dengan kerja yang dipohon.
Cukup sekadar menjawab soalan perkenalan diri dengan ciri-ciri tersebut sahaja kerana penemuduga bukannya ingin berkenalan dengan kita tetapi cuma mahu melihat tahap focus kita terhadap sesuatu perkara.
     Kemudian panel biasanya akan melihat kepada keputusan peperiksaan kita dan subjek yang diambil. Jadi kita perlu ulangkaji sedikit mengenai subjek-subjek yang telah diambil terutamanya subjek fiqh muamalat bagi mereka yang mengambil bidang perbankan islam. Cukup hanya kita tahu isi penting dalam subjek tersebut.
     Apabila kita ditanya mengenai kerja yang dilakukan sebelum ini dan contohnya sebelum kita pohon kerja tersebut kita adalah seorang cashier maka kita perlu pandai mengaitkan hubungan antara kerja dulu dan kerja yang sedang ditemuduga.

Tahap seterusnya panel akan melihat kepada:
1)    Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2)    Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap.
3)    Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4)    Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5)    Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Kekurangan yang dilihat ada dalam graduan kita adalah:
1)    Tidak yakin dengan jawapan.
2)    Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.
3)    Terlalu merendah diri.
4)    Nampak terlalu tertekan.

     Tahap terakhir panel akan bertanyakan expected salary yang akan kita perolehi. Ini memerlukan kajian awal tentang gaji jawatan yang ingin dipohon. Jangan kita malukan diri kita dengan meletakkan gaji yang tidak sesuai seperti terlalu tinggi dan terlalu rendah.
    Kemudian panel akan berkata “do you have any question?” maka kesilapan kita adalah mengatakan “no”. masa inilah kita perlu gunakan peluang dengan bertanya kepada panel mengenai masa depan kita di syarikat tersebut, halatuju syarikat dan sebagainya. Tetapi jika panel kelihatan bosan dengan kita, maka tidak perlulah bertanya banyak soalan.

Etika pekerja
Sebagai pekerja yang diberikan amanah untuk melakukan kerja haruslah ditampilkan beberapa sikap atau etika yang perlu ada sebagai seorang pekerja. Antaranya ialah:
1)  Amanah: nilai amanah sangat dipandang tinggi oleh sesebuah syarikat. Walaupun sekecil-kecil perkara hendaklah diterapkan nilai amanah pada diri kita.
2)   Tepati masa: kebiasaannya mereka yang memasuki alam pekerjaan akan berjaya menjaga masanya kerana jika mereka tidak patuh pada masa, mereka tidak akan kekal didalam sesebuah institusi.
3)    Kemas: menunjukkan keperibadiaan kita kepada orang lain. Keperibadiaan mampu mempengaruhi sikap.
4)   Rajin: nilai ini sangat dipandang oleh syarikat. Maka sesiapa yang rajin bekerja dan menyumbang kepada syarikat, mereka ini akan mudah berada diatas.


Penutup
Harapan saya dengan adanya kertas kerja ini dapat membantu sedikit-sebanyak saudara dan saudari menentukan hala-tuju selepas pulang dari Jordan ini. Besarlah harapan saya untuk melihat mahasiswa mahasiswi keluaran Jordan ini mampu mengambil peluang yang tepat untuk masa depan diri dan masa depan Negara. Mereka yang ingin belajar akan mampu belajar sehingga ke tahap tertinggi manakala mereka yang ingin bekerja juga mampu bekerja sehingga ke peringkat yang tertinggi.
     Semoga dengan apa yang kita lakukan ini samaada belajar ataupun bekerja dapat menyumbang kepada ketamadunan islam. Sekaligus kita mampu menyumbang untuk penyebaran islam dimana sahaja kita berada.
     Akhirnya saya sangat berharap hubungan antara kita akan tetap utuh walaupun kita telah dicampakkan ke serata pelusuk dunia. Sematkan perasaan kasih-sayang antara kita supaya silaturrahim kita terus terpelihara dan dasari ia dengan cinta kepada Allah.


KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan