"hidup untuk memberi sebanyaknya, bukan untuk menerima sebanyaknya"
kata-kata yang sungguh memberi semangat kepada aku untuk belajar bersungguh-sungguh supaya hidup aku nanti aku dapat memberi sumbangan sebanyaknya kepada masyarakat malah bukan sebaliknya dengan hanya menerima daripada masyarakat sahaja.
peluang yang aku ada ini mestilah aku gunakan sebaiknya bukan mensia-siakan begitu sahaja. berapa ramai orang di luar sana yang tidak mempunyai peluang seperti aku. demikian aku perlu memanfaatkan semaksima mungkin peluang ini supaya aku nanti dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk bangkit dan berjaya.
aku harus bangun dari terlena supaya masyarakat akan datang dapat terus bangkit dan meneruskan perjuangan memajukan diri mereka. aku perlu memotivasikan diri aku untuk berjaya supaya masyarakat dapat merasai motivasi itu juga dan seterusnya mereka juga turut berjaya.
aku ingin mencurahkan sebanyak mungkin ilmu yang aku ada ini untuk kalian semua. supaya kita sama-sama menjadi bangsa yang maju. umat islam yang unggul. yang mempunyai mentaliti kelas pertama. minda yang maju dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini.
aku tidak mahu kita hanya berharap dan sentiasa meminta belas-kasihan daripada orang lain. cukup la hari ini kita meminta-minta dan esok kita tidak ulanginya lagi bahkan kita mampu memberi kepada orang lain yang meminta.
sematkanlah kata-kata ini didalam jiwa kalian supaya kita sama-sama pergi kehadapan dan jangan sesekali menoleh kebelakang. kita adalah insan yang mampu melakukan perubahan. hidup anda untuk memberi sebanyaknya bukan untuk menerima sebanyaknya.
Tuesday, February 21, 2012
Sunday, February 19, 2012
isu muroqib
bila banyak kejadian macam tu, timbullah isu muraqib. dikatakan akhowat ni tak nak bermuraqib la sebab tu banyak kejadian berlaku. kadang-kadang kesian jugak dengan akhowat ni kan. tak kan setiap kali nak keluar kena panggil muraqib. macam tak munasabah. kalau lewat malam tu aku pun akan cakap 'tak takut ke akhowat ni'. tapi ni hari siang. ramai orang pertikai akhowat keluar hari siang tak pakai murokib ke. syabab pulak jangan la tunjuk baik sangat, konon-konon nak muraqib, sampai waktu siang pun nak muroqib. nanti bila akhowat paggil mulalah tak de. tak tepati masa la.
akhowat pun sama jugak, bila syabab ni datang nak muroqib, jangan la buat die tunggu lama sangat kat luar rumah tu, sejuk tau. apa yang penting tepati lah masa tak kira syabab atau akhowat.
sabar la akhowat sekalian. lelaki memang tegas sangat bab-bab keselamatan ni kot. nanti isteri die pun mesti die tak bagi keluar sorang-sorang. kesian isteri die kena duduk dalam rumah je dan kalau nak keluar kena ada dia je. nasihat aku la pada syabab jangan la keras sangat bab ni. nanti akhowat ni tak nak kahwin dengan ko.
rasanya kat malaysia lagi banyak kes melibatkan gangguan kepada akhowat ni. aku pun rasa syabab arab ni lagi baik dari syabab malaysia dari setengah sudut la. kalau kita tengok jugaklah berapa banyak je kes yang berlaku dan tak de la seteruk mana. kadang-kadang tu budak kecik je pun yang sentuh, kat malaysia pun korang sentuh jugak budak kecik. tak perlu kot nak besar-besarkan. nak dibandingkan dengan malaysia, bapak segala kejahatan dilakukan. huhu.
Saturday, February 18, 2012
salji oh salji
salji la hari ni. seronok macam beruk da. hahaha. tapi salji kejap ada kejap tak de. tengah risau ni salji tak de. setiap mase tengok kat tingkap. berharap sangat Allah turunkan salji untuk sem terakhir ni. mesti seronok kalau tengok salji turun depan rumah.
hari ni dengar orang melayu jerit-jerit sebab salji turun. aku pun jerit jugak sikit-sikit. hehe. biasenye dengar arab je jerit. sekarang biar mereka pulak dengar melayu jerit. jerit jakun la da. hehe. salllljiiiiiiiiiiiii...memang seronok sangat salji turun.
sekejap turun sekejap berhenti pulak. macam mana nak banyak salji ni. huhu. ya Allah turunkan salji lebat-lebat untuk hari ni je. amin.
hari ni dengar orang melayu jerit-jerit sebab salji turun. aku pun jerit jugak sikit-sikit. hehe. biasenye dengar arab je jerit. sekarang biar mereka pulak dengar melayu jerit. jerit jakun la da. hehe. salllljiiiiiiiiiiiii...memang seronok sangat salji turun.
penat
busy betul 2 hari ni dengan sukan untuk pemilihan wakil karisma iaitu perlawanan sukan antara mantiqah. semalam aku main bola tampar je pun tapi badan ni sakit macam main sukan tinju pulak. biasalah sudah lama tak main. maklumlah sekarang ni kan musim sejuk. sejuk la nak pergi turun main. nasib baik lah main kat sini tak berpeluh sangat, so tak payah lah nak mandi-mandi. haha. aku bukan tak nak mandi lepas main tapi rumah aku ni pemanas airnya rosak. sepanjang musim sejuk ni aku guna air sejuk jelah. huhu. memang menyayat hati betul la rumah ni. tak sabar da nak tunggu panas datang.
semalam main bola tampar da masuk semi final, dukacitanya kalah di semi final. kalah tipis sangat-sangat je. huhu. sebenarnya main saje-saje je semalam. bukan pernah berlatih pun. da setahun kot tak sentuh bola tampar. tapi aku boleh pulak tiba-tiba pandai main center. okey jugak kalah, tak payah lah aku nak pergi turun main pagi ni untuk final. hehe.
hari ini jugak ada perlawanan liga bola irbid yang da lama tertangguh akibat exam yang melanda. nasib baik jugak aku punya team perlawanan last sekali. tapi tak dapatlah beli nasi lemak sebab aku malas nak turun awal-awal. takde masa la nak tengok orang main. baik aku duduk depan laptop ni dengar ceramah ke menulis ke kan. ada jugak manfaat. hehe.
pagi-pagi macam ni memang lapar la. tambah lagi sakit-sakit badan ni. memang meningkatkan rasa lapar la. makan coklat je yang kawan beli dari moroco. memang sedap coklat tu. thanks kawan. masih lagi berfikir nak masak apa ea yang paling menjimatkan kos. maklumlah duit dah takde setelah dihabiskan membeli kitab-kitab kesayanganku. semalam masak bubur nasi. memang jimat la tu. hehe.
hehe tak nak la berceloteh panjang, cukup la setakat ini dulu cerita aku. salam.

Wednesday, February 15, 2012
SYARAT-SYARAT AKAD YANG SAH MENGIKUT SYARIAT
Terdapat 7 syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang untuk menjadikan akad yang dilakukan sah menurut syariat islam :
1- Redha : iaitu saling redha-meredhai antara dua pengakad.
2- Kemampuan dalam berakad.
a: kemampuan pengetahuan seperti telah baligh dan mampu menguruskan harta.
b: kemampuan hakiki seperti mempunyai pemilikan keatas sesuatu yang ingin diakadkan.
3- Sesuatu yang ingin diakadkan mestilah harta yang mempunyai nilai disisi islam. Harta tersebut
hendaklah halal. Babi, arak dan harta yang haram dikategorikan sebagai harta yang tidak bernilai dalam islam.
4- Mestilah barang yang ingin diakadkan itu diketahui sifat-sifatnya. Tidak dibenarkan wujud 'jahalah' dan 'gharar'.
5- Terhindar daripada riba. Riba ialah penambahan yang disyaratkan pada harta asal.
a: riba al-fadhal
-emas
-perak
-barli
-gandum
-tamar
-garam
Berikut ialah enam item ribawi yang disebutkan dalam hadis. Ia dikategorikan sebagai riba al-fadhal. syarat yang perlu dipatuhi untuk menukar dua item yang sama jenisnya ialah 'tamasul' sama beratnya dan 'taqabud' penyerahan yang segera. manakala jika menukarkan item yang berbeza seperti emas dengan perak hanya perlu 'taqabud' sahaja. Tidak dikenakan apa-apa syarat jika emas atau perak ditukarkan dengan dengan barli, gandum, tamar dan garam.
b: riba al-nasiah(hutang)
-disyaratkan penambahan pada harta yang dipinjam dengan berlalunya tempoh. contohnya A meminjam RM100 daripada B dan B menyaratkan bayar balik sebanyak RM120. RM20 adalah riba nasiah.
-riba al-sorf ialah riba yang mengambil 'illah' emas dan perak iaitu sesuatu yang bernilai. contohnya ialah duit kertas yang digunakan sekarang juga hendaklah memenuhi syarat yang dikenakan keatas emas dan perak.
6- Niat yang betul. Terdapat beberapa akad yang bentuk pelaksanaannya yang bertepatan dengan syariah tetapi niat yang salah. contohnya ba'i inah yang mana bentuk pelaksanaan yang betul tapi niatnya hanya ingin mendapatkan duit. contoh pelaksanaan ba'i inah ialah bank menjual peti kepada pelanggan dengan harga tangguh sebanyak 5000 dan pelanggan menjual semula peti kepada bank dengan harga segera sebanyak 4000. pelanggan mendapat duit sebanyak 4000 manakala bank untung sebanyak 1000.
7- Suasana yang sesuai. Tidak dibenarkan menjual tanah kepada musuh ketika musuh ingin menyerang orang islam.
Monday, February 13, 2012
pembiayaan dan pelaburan
hari ini bermulanya pembelajaran subjek tamwil wal istismar. iaitu pembiayaan dan pelaburan. dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain.
pembiayaan ialah orang yang memerlukan duit untuk membiayai projek yang ingin dilaksanakan. mereka ini juga ialah orang yang kekurangan kewangan dan memerlukan kewangan daripada orang yang mempunyai lebihan kewangan.
pelaburan pula ialah orang yang meminta untuk dikembangkan hartanya. mereka ialah orang yang mempunyai lebihan kewangan dan akan melaburkan hartanya kepada mereka yang memerlukan duit.
kebiasaanya harta yang ingin dikembangkan oleh pelabur ini akan dikendalikan oleh institusi perbankan. kemudian orang yang inginkan pembiayaan akan datang kepada bank untuk memohon pembiayaan.
pembiayaan tidak akan diberikan secara percuma kepada pemohon kecuali 'qard hasan'. jika melihat kepada perbankan konvensional mereka akan mengenakan faedah kepada pemohon. faedah yang dikenakan akan diagihkan kepada bank dan juga pelabur. namun faedah ini HARAM disisi islam.
islam memberikan alternatif dalam setiap perkara. alternatif kepada pembiayaan yang haram, terdapatnya pembiayaan yang HALAL yang disediakan oleh perbankan islam. antara pembiayaan yang boleh didapati di perbankan islam iaitu Mudhorabah, Musyarakah, Ijara, Murabahah dan sebagainya. pelabur dapat pulangan yang halal hasil daripada cara pembiayaan yang halal.

Friday, February 10, 2012
hari jumaat
sudah seminggu sesi kelas bermula. cepat je berlalu seminggu ni. macam-macam perkara sudah berlaku. kebanyakan kelas-kelas aku sudah tidak sama lagi dengan kawan-kawan yang lain kecuali seorang sahaja yang sama daripada dahulu lagi.
umur aku pun sudah 21 tahun 10 hari. da 10 hari berlalu hari lahir aku. hari lahir ini banyak dapat hadiah. terima kasih sahabat-sahabat. ada sahabat arab pun turut memberi hadiah. seronok. ada juga yang buatkan kek dan makanan. memang sangat sedap. ini kali terakhir aku sambut hari lahir di jordan. lepas ini mungkin tak dapat nak bersama-sama kawan-kawan macam ni lagi.
dalam seminggu ni juga galaxy aku rosak setelah cubaan untuk meng'upgrade'. lepas tu terus tak boleh berfungsi. terpaksa dihantar ke kedai untuk diformat. habis semua hilang. nombor telefon semua hilang juga kecuali tinggal sedikit yang di 'save' didalam kad sim. yang penting duit aku juga melayang 10 dinar. sedih juga rasa sebab buat masa sekarang 10 dinar tu sangat berharga.
'housemate' semua dah ada. seronok juga semua da pulang. yang terakhir pulang semalam dari malaysia. nampaknya telah membeli handphone baru. ramai betul kawan-kawan yang dah tukar gadget. aku bila lagi? aku dah ada galaxy ni cukuplah. ingatkan rosak haritu nak beli yang baru, nasib baiklah sudah 'okey'.
tadi aku solat jumaat atas tangga. kelakar rasanya. nasib baiklah ada tempat nak solat. hujan tadi, sebab tula tak muat masjid tu. muat-muat je tangga tu untuk aku. imam buat qunut nazilah tadi. doakan orang syiria yang sekarang ni teruk kena bunuh dengan presiden mereka. kenapalah tiada hati perut betul presiden mereka ni. sudah beratus-ratus yang meninggal. aku hanya mampu berdoa semoga rakyat syiria dilindungi daripada kekejaman basyar asad. ya Allah bantu mereka.
selamat hari jumaat lah kawan-kawan semua. manfaat kan baki-baki hari anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)
KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan

.jpg)