Wednesday, February 8, 2012

kenapa?

kenapa akhir-akhir ini saya rasa tak senang hati. saya ada buat salah dengan siapa-siapa ke? saya ada buat salah dengan awak ke?

kenapa saya mesti rasa macam ni. ya Allah tolong tenangkan hati saya. saya nak belajar dengan tenang. saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan siapa-siapa. kalau salah yang saya tidak perasan tolonglah beritahu saya. mungkin hanya salah faham.

saya pun tidak tahu sampai bila saya akan rasa macam ini. saya harap rasa ini tidak berterusan supaya saya dapat hidup dengan bahagia dan dapat belajar dengan tenang.

hari ini ada kelas al-quran, insyaAllah akan rasa tenang bila pergi kelas ni. cuma bila duduk dalam bilik berseorangan, perasaan tidak senang hati itu datang. harap perasaan itu tidak datang lagi. saya hanya perlu bersangka baik. mungkin saya yang terlalu banyak berfikir.

Tuesday, February 7, 2012

banyaknya ilmu

    banyak betul ilmu dalam dunia ni, rasa tak sempat nak buat benda lain da. antaranya ialah ilmu agama la.

    saya nak beritahu ni ialah ilmu dalam internet ni banyak sangat. jadi gunalah sebaiknya. macam-macam ada. macam-macam ulama ada. pandai-pandai la pilih dan fikir. lepas tu jangan la dengar satu jenis orang je. dengar dari banyak mulut ulama supaya minda kita lebih terbuka. lepas tu baru menilai. menilai dari segi hujah dan dalil yang disampaikan.

    dalam facebook ni banyak ilmu dalamnya. tak salah pun main facebook. ambil ilmu daripadanya dan maklumat-maklumat yang bermanfaat. banyak page-page ulama dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk di 'like'. rajin-rajin la cari page yang ada manfaat dan tak payahlah cari yang tak bermanfaat.

    ilmu yang biasa orang cari ialah dari youtube la. macam-macam ilmu ada. tafsir, hadis, feqah. semua ada. nak tak nak je yang tiggal kat diri kita. tapi banyak juga ilmu yang salah daripada youtube ni. sebab tu perlu dengar dari banyak pihak. jangan taksub pada satu-satu orang je. taksub ni paling teruk apabila orang yang dia dengar tu cakap salah dia tetap membetulkan.

    google la apa-apa maklumat yang anda ingin tahu. biasanya pasti akan ada maklumat tu. jadi guna la sebaiknya.

Monday, February 6, 2012

HARI PERTAMA DI SEM AKHIR

    sangat tak sangka dan alhamdulillah hari ini ialah hari pertama di sem akhir aku berada di universiti yarmouk. rasa sedih dalam gembira apabila memikirkan waktu sesingkat ini aku berada di sini. tidak sempat lagi untuk mengenali rakan-rakan yang belum dikenali.

biasalah hari pertama masih tiada kelas. hanya datang untuk mencari kelas mana yang akan digunakan.







waktu pulang yang pertama di sem akhir..doakan aku berjaya di sem akhir ini.

Saturday, February 4, 2012

HADIAH DARI TEMAN

terima kasih wahai teman
diatas pemberian yang sangat bernilai
sedangkan yang lain melupakan
dan kau terus mengingati

hanya ungkapan terima kasih
yang mampu aku ucapkan
buat teman yang berbudi bersih
pemberian yang tidak mungkin kulupakan

terima kasih awak sebab bagi hadiah pada saya. saya amat hargai pemberian awak. semoga Allah membalas budi baik awak.


MAULID NABI ATAU IKUT SUNNAH

    ramai orang bersemangat menyambut maulid nabi. tapi yang hairannya sunnah nabi tidak pula diikutnya. tak tahu macam mana dia faham dan menyayangi nabi Muhammad SAW. takkan lah hanya sayang pada waktu lahir sahaja.

    12 rabiul awal tarikh kelahiran nabi pun khilaf sahaja. yang lebih tepat ialah 9 rabiul awal. tapi tidak mengapalah. zaman nabi kan masih tiada tahun hijri lagi. disebabkkan itulah banyak perselisihan di situ.

   Sabda Nabi SAW: “ Seseorang itu tidaklah beriman sehingga Aku lebih dicintainya daripada anaknya dan kedua-dua orang tuanya serta manusia seluruhnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    tidak salah pun untuk sambut maulid nabi selagi mana tidak merasakan maulid itu sebahagian daripada ibadah khusus. tapi apa yang selalu kita lihat, orang yang tak pergi sambut maulid je dituduh macam buat dosa je. alhamdulillah apa yang saya nampak sekarang masyarakat sudah banyak berubah dan mulai faham yang mana ibadah khusus dan umum.

    ayuh sahabat semua, jangan la kita mencintai nabi kita hanya bermusim sahaja. selalulah mencintainya. bagaimana? iaitu dengan sentiasa mengamalkan sunnahnya. mereka yang mengikut sunnahnya lah yang menyayanginya. perbanyakkanlah berselawat kepada baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad.


Friday, February 3, 2012

akidah itu mudah sangat

    akidah islam hakikatnya sangat mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira yang buta huruf mahupun yang cerdik pandai. akidah islam yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah yang tidak berbelit-belit dan sangat jelas. maka tidak hairanlah jika nabi SAW dahulu mengajar para perwakilan yang datang kepada baginda beberapa ketika sahaja dan kemudian perwakilan tersebut mampu mengislamkan seluruh kabilahnya. ini disebabkan konsep akidah yang sangat jelas dan tidak memayah-mayahkan.

    kalau kita lihat dalam surah al-Ikhlas pun sudah mampu memberikan gambaran akidah yang cukup jelas. tetapi apa yang menyusahkan kita pada hari ini ialah akidah yang difahami melalui ahli kalam dan falsafah yang mana sangat sukar dan susah untuk difahami.

    kata Dr Yusof al-Qaradawi: "tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran yunan dan cara yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. justeru, imam-imam salaf mengutuk ilmu mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, thaqafah ad-da'iyah, halaman. 92, beirut: muassasah ar-risalat)

    oleh sebab itu, apa yang terjadi di negara kita dakwah kepada akidah ini tidak subur disebabkan kesusahannya. ini disebabkan terlalu banyak berfalsafah daripada menyampaikan akidah yang terkandung daripada al-quran dan al-hadis. jadi bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal bukan falsafah yang menyusahkan.

Wednesday, February 1, 2012

HARI JADIKU

    alhamdulillah hari ini umur saya dah masuk 21 tahun. dapat juga merasa umur setua ini. terima kasih Tuhan.

    biasalah bagi saya kalau masuk je umur baru, ada penyakit datang. selsema dan sakit tekak. mungkin itu penghapus dosa yang lama. Alhamdulillah.

    hari-hari birthday macam ni biasalah melayan kawan-kawan di facebook yang wish. seronok bila ada orang wish. terima kasih kawan-kawan yang wish. nanti birthday kamu semua saya wish pula. walaupun tak sampai seratus pun yang wish, cukup lah tu. ada yang special sikit miskol, chat kat tempat lain. haha.

    sedih hari ini sebab call ibu tak dapat. mybe handfone ibu tiada battery or tiada line kat kampung tu. tidak mengapalah, esok boleh telefon.

   bila masuk juga umur baru ni, saya pun tahu lah umur saya semakin tua dan umur pun semakin singkat. sebab tulah digalakkan selalu meminta maaf dan memberi maaf. saya pun nak mohon maaf kat ibubapa saya, adik-beradik, seluruh family saya, sahabat-sahabat yang selalu saya lukai, dan semua yang mengenali saya. maafkan lah saya. semoga dengan maaf anda semua dapat membantu saya disana nanti.

    umur baru macam ni jugalah kita rasa ada azam baru. nak belajar betul-betul. nak baca buku banyak-banyak. nak beramal banyak. nak buat kebaikan. 'rasa nak kawen pun ada' huhu...semoga Allah menguatkan hati saya dan kawan-kawan semua untuk mengejar Rahmat Allah.

    akhir sekali, sentiasalah sabar dan positive dengan sesiapa pun. semoga semua itu dibalas dengan kebaikan.
birtday tahun lepas..hehe..birthday pertama yang saya sambut.
 

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan