Tugas suami bukan sekadar bekerja mencari nafkah di luar rumah sahaja tetapi melakukan kerja rumah sepertimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sebaik-baik contoh teladan. Membantu isteri melakukan kerja rumah bagi sesetengah pihak adalah memalukan tetapi itu adalah pemikiran yang salah. Itu adalah tugas seorang suami. Isteri hanya membantu suami untuk menyiapkan kerja-kerja rumah tersebut.
Apabila masuk pula waktu solat maka tanggungjawab suami untuk pergi ke masjid. Tanggungjawab suami melengkapi segenap aspek kehidupan. Antara tugas suami yang soleh:
-Menjaga dan mendidik anak.
-Menyediakan makan dan minum isteri dan anak-anak.
-Mengurus segala keperluan rumah-tangga.
-Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka.
Lengkapi diri sebelum menuju ke alam perkahwinan. Ada beberapa perkara yang anda perlu lihat untuk menjadi seorang suami. Jika anda memenuhi kesemua perkara tersebut anda tidak perlu teragak-agak untuk menghantar rombongan meminang.
-Rela berkongsi dengan pasangan anda segala aspek kehidupan.
-Mampu berfikir secara terbuka.
-Anda boleh menjawab soalan "Kenapa aku nak kahwin" dengan baik apabila disoal bakal bapa mertua.
-Sanggup bertolak ansur.
-Bersedia menerima tabiat dan sifat pasangan.
-Bersedia meninggalkan zaman bujang.
Apabila sudah berkahwin, berusahalah untuk menjadi suami yang soleh yang mampu mendidik keluarga dan membawa keluarga ke jalan syurga. Suami yang soleh antaranya:
-Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapanya.
-Mampu menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mengikut perasaan.
-Tidak menyakiti hati isteri kerana perempuan mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa.
-Mampu menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mengikut perasaan.
-Tidak menyakiti hati isteri kerana perempuan mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa.
-Membimbing isteri dan anak-anak dengan penuh kesabaran.
-Sentiasa berdoa supaya diri anda dan isteri sentiasa menjadi insan terbaik disisi Allah.
-Ringankan kaki ke masjid dan sentiasa juga berjamaah bersama-sama isteri dan anak-anak.
-Sentiasa membuat bulatan gembira bersama isteri dan anak-anak.
-Lengkapkan diri dengan ilmu agama dan sentiasa membaca buku-buku agama.
-Jadikan diri sebagai tempat rujukan isteri dan anak-anak.
-Jangan sesekali berkasar dan berkeras dengan isteri.
-Sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarga.
-Jaga maruah isteri.
-Sentiasa membaca al-Quran bersama-sama sambil bertadabbur.
Kita sentiasa berusaha tetapi Allah yang mengatur segalanya. Semoga kita menjadi suami yang soleh dan mampu mengurus keluarga dengan baik.
No comments:
Post a Comment