Thursday, May 3, 2012

KENANGAN BERUKHWAH


Kenangan makan bersama AMM sebelum turun daripada jawatan masing-masing pada hari sabtu ini. Walaupun tidak banyak yang mampu aku sumbangkan dalam badan kebajikan pahang ini tapi banyak memori telah tercipta. Keseronokan bersama kamu semua tidak mungkin akan dilupakan. Diharapkan jalinan ukhwah ini berkekalan walaupun kita tidak lagi bekerja bersama-sama.

Terima kasih juga kepada salah seorang dari mereka yang telah menaja makan malam di Popoye. Juga menaja makan kek Mango sempena kelahiran salah seorang daripada pimpinan akhowat.

Sungguh singkat waktu berlalu pada minggu ini. Tidak seperti minggu-minggu lain. Barangkali disebabkan aku yang sentiasa inginkan masa berjalan dengan perlahan. Akhirnya sampai juga hari khamis yang mana hari ini kami akan bertolak pergi ke Aqabah. Program tahunan yang menggabungkan 3 program besar BKMPJ. Summer bay resort akan menjadi tempat penginapan selama berada disana.

Bukan program yang kini dirisaukan tetapi waktu semakin singkat untuk aku terus kekal berada di Jordan. Tinggal 2 bulan kurang sehari sehaja lagi. Keluarga tidak sabar menunggu tapi aku masih sayang untuk tinggalkan bumi ini. Masih banyak yang belum disempurnakan. Masih ada sesuatu yang aku sedang menunggu kata-katanya. Aku mahukan kata-kata positif daripadanya supaya aku senang untuk pulang ke Malaysia. Masih banyak ilmu yang belum dituntut. Masih banyak hukum yang masih kabur. Masih banyak buku-buku yang dibeli tapi terbiar tanpa dibaca. Sempatkah 2 bulan ini aku melakukan semua itu.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi final exam akan menjengukku dan rakan-rakan semua. Semoga exam terakhir ini menjadi exam yang terbaik buatku. Juga exam terbaik buat rakan-rakan semua. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa kepada Allah supaya kita memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan