Saturday, January 7, 2012

JANGAN SEDIH SANGAT

  "Sedih kan bila exam tak dapat jawab semua"

saya dah baca semua, dah fahamkan, dah hafal, tapi tak dapat jawab semua juga. kenapa ek? saya rasa usaha saya tak cukup lagi la. sebab tu saya lupa-lupa tadi masa exam. tak apa la, saya tak dapat jawab semua, tapi saya dapat jawab sebahagian. saya tetap dapat ilmu yang saya baca. saya harap ilmu tanmiah tak tertanggal dari otak saya ni. 

rasa macam nak tulis je apa yang ada dalam kepala ni tentang madah tanmiah ataupun nama lainnya perkembangan ekonomi. supaya lega kepala otak ni dari pening sebab stress sangat kan. mana tak stress yang masuk exam final tadi semua bahagian belakang. sibuk-sibuk hafal depan je banyak, belakang hafal sikit-sikit. sebab bila da sampai je kat belakang, penat da. efficient da tak ada. saya nak cerita la ea. ni yang ada dalam kepala tanpa rujuk buku tau. hehe.

   "cerita tentang apa itu yang saya dah belajar dari tanmiah"

pertamanya ia menceritakan tentang bagaimana terjadinya negara mundur. negara mundur ialah negara yang tidak menggunakan sumber secara sempurna. ada sumber tapi tak pandai nak gunakan. ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan negara itu mundur:

1- ciri-ciri dalaman- berkurangnya nisbah pendapatan seseorang dan berkurangnya pendapatan negara. sebab apa berkurangnya pendapatan ni? sebabnya negara tak pandai nak guna sumber yang dia ada la.

2- ciri-ciri ekonomi- terlalu bergantung kepada sektor pertanian. sektor pertanian adalah sumber pendapatan dan pengeluaran negara mundur. ciri-ciri pertanian yang dijalankan oleh negara mundur ini ialah projek yang berskala kecil, menggunakan peralatan tradisional dan mereka ini tidak menerima cara-cara moden atau kajian-kajian terkini disamping mereka tidak mampu untuk menukar cara tradisional mereka.
    kurangnya simpanan. ini juga ciri-ciri negara mundur. mereka tidak mempunyai lebihan dalam pendapatan mereka. oleh itu, mereka tidak mungkin dapat membuat simpanan. selain itu mereka juga kurang dalam pengeluaran barang. sesetengah mereka mengeluarkan hanya untuk keperluan mereka sahaja. apabila kurang dalam pengeluaran sudah semestinya meningkat jumlah pengangguran disebabkan tiada peluang pekerjaan.

3- ciri-ciri masyarakat- masyarakat mengamalkan sistem hidup berumpun iaitu anak, emak, nenek, datuk, bapa saudara duduk dibawah satu bumbung atau dalam kawasan yang sama. perkara ini dilihat sangat baik untu hubungan silaturrahim tetapi ia juga memberi kesan negatif apabila sesetengah dari ahli keluarga tersebut hanyat menumpang tinggal dan tidak memberi sumbangan keatas ekonomi.
     masyarakat negara mundur juga terdiri daripada masyarakat kampung yang hanya menumpukan pertanian semata-mata.

4- ciri-ciri perniagaan- negara mundur terlalu bergantung kepada barang yang diimport dan ini akan memberi kesan kepada keseimbangan dalam perbelanjaan negara. demikian juga negara mundur mengeksport tapi hanya bahan-bahan mentah seperti getah, minyak dan hasil pertanian yang mana sumbangannya dalam pendapatan negara adalah kecil untuk dibandingkan dengan perbelanjaan negara.

5- ciri-ciri kependudukan- apa yang menjadi masalah kepada negara mundur ialah mereka tidak menghasilkan barang tapi mereka meningkatkan bilangan ahli keluarga mereka. apabila pertambahan penduduk berlaku, ia akan memberi masalah kepada tempat tinggal. mereka juga akan menghadapi masalah kekurangan sumber-sumber keperluan harian kerana negara tidak mampu memenuhi permintaan rakyat yang semakin meningkat tanpa meningkatnya pengeluaran.

ciri-ciri tersebut boleh diatasi. sebelum kita pergi kepada STRATEGI untuk mengatasi negara mundur kita akan melihat sebab-sebab berlakunya negara mundur.

haha...continue next time...

3 comments:

  1. Inshaallah ada hikmahnye..
    usaha ko da mantap da..2 minggu ko buat preparation tuk exam..bagus2.
    Usaha tu yg penting..
    Jgn lupe doa supaya Allah bgi natijah yang terbaik..peace ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan