23.6.2012
Alhamdulillah sebelum pulang ke Malaysia sempat berkunjung ke rumah pegawai atase pendidikan di Jordan iaitu Ustaz Saifuddin. Beliau yang dikenali dengan keramahan dan kemesraan dengan penuntut-penuntut di Jordan. Beliau menetap di Amman dengan isteri dan seorang anaknya. Banyak perkara yang kami bincang dengan beliau terutamanya mengenai kerjaya masa depan. Isteri beliau yang baru sahaja mendapat title Dr daripada Universiti Malaya juga amat baik dan seorang yang lucu. Selalu sahaja membuat kami ketawa.
|
berborak dengan ustaz saifuddin sambil menjeling kearah makanan. |
Apa yang paling sedap ialah makanan yang disediakan. Nasi kerabu kelantan. Memang sudah lama tidak menyantapi masakan kerabu seperti itu. Ditambah lagi dengan laksa yang sangat menyelerakan. Memang makan sampai mengandung 5 bulan.
|
besarnya rumah ustaz. rasa tak nak balik je. |
|
bapak sedapnya nasi kerabu ustazah dr ni buat. rasa nak datang tipa-tiap hari makan. |
|
ustaz menceritakan pengalaman bekerja beliau. |
|
semua khusyuk makan dan mendengar cerita hidup ustaz. |
Agak lama juga kami duduk bersantai sambil berborak-borak di rumah beliau. Sejak daripada pukul 3 lebih sehingga masuk waktu isyak.
24.6.2012
|
donut factory memang sedap. |
Hari ini alhamdulillah juga masih ade rezeki yang diberikan oleh kawan baik saya. Terima kasih kawan. Sangat-sangat sedap. Minta maaf sebab saya tak dapat nak beri awak apa-apa. Hehe. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan walaupun macam-macam masalah terjadi. Nasihat saya buat sahabat saya yang terbaik ni, jangan terlalu banyak memikirkan masalah, kalau ada satu-satu masalah tu, kongsilah dengan kawan yang dipercayai, dan terus selesaikan masalah tu, jangan tangguh-tangguh, nanti asyik nak fikir je masalah tersebut. Apa yang paling penting ialah belajar sungguh-sungguh sampai grad. Jaga kesihatan, makan banyak sikit, dan tidur awal. dapatkan keputusan mumtaz. Kalau muaddal tak mumtaz sekalipun, jadilah seorang yang mumtaz dalam apa pun yang kita lakukan. InsyaAllah saya doakan sahabat saya selalu dipermudahkan segala urusan.
Hari ini juga saya telah pergi ke Universiti Yarmouk untuk menemani sahabat saya yang akan pulang pada hari esok. Dikesempatan itu juga saya turut mengambil peluang berjumpa dengan para Doktor yang telah banyak mengajar saya terutamanya Doktor daripada Qisim Ekonomi.
|
bersama dr amir atum. |
|
bersama dr ibrahim ubadah. |
|
bersama dr bani isa. |
|
bersama dr zakaria syatnawi yang paling kanan. |
No comments:
Post a Comment