Saturday, June 23, 2012

Salam sahabat senior dan junior.

kenangan 4 tahun bersama batch 4 ikip.

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Peace.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Sungguh terharu. Hehe.

Baru sahaja sebentar tadi pulang dari Donut House. Sahabat-sahabat junior saya mengadakan majlis perpisahan buat kami semua Batch 4. Sangat-sangat terharu. Ni yang buat kami semua sayang kamu semua. Hehe. Kalau bukan mereka, siapa lah lagi akan buat majlis yang terindah seumpama itu. Memang sangat-sangat terindah dan kali pertama kita mengadakan majlis di tempat yang terindah itu.

Saya tak dapat nak panggil junior saya dengan panggilan 'adik' sebab umur mereka ada yang lebih tua dan kebanyakan sebaya, kenalah panggil sahabat junior. Hehe. So sweet.

Sudah 4 tahun bersama sahabat senior dan 2 tahun bersama sahabat junior. Terlalu banyak kenangan yang terindah kita bersama. Kalau ingin kongsikan kenangan itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dihabiskan. Punya la banyak kan.

Hubungan antara kita saya kira sangat-sangat rapat dan mesra. Tidak pernah lagi sejarah dunia menunjukkan bahawa senior akan baik dengan junior sebaik yang kita telah lakukan. Amboihhh hebat betul hubungan kita. Saya rasa mungkin kita sekepala dalam banyak hal.

Ini kali kedua sahabat junior kita meraikan majlis perpisahan yang akan dikenang sampai bila-bila. Kita sahabat-sahabat senior tidak meraikan apa-apa buat mereka mungkin kerana kita senior. Haha.

Sungguh terasa sangat berat hati ini untuk pergi meninggalkan sahabat-sahabat disini setelah banyak kenangan yang kita telah lalui bersama. Tapi apakan daya, kita tidak mungkin dapat bersama sentiasa, masing-masing ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Kita hanya mampu mengekalkan hubungan ini dan jangan sesekali rosakkan hubungan yang telah dibina sekian lama. Semoga hubungan ini terus berkekalan sehingga akhir hayat.

"Kawan akan membuatkan hidup kita dipenuhi manis kebahagiaan"

Kami sahabat-sahabat senior yang akan pulang ini akan selalu mendoakan kamu semua berjaya dan mencapai apa yang diharapkan. Teruskan berusaha walaupun rasa dah terseksa sangat. Kamu akan merasai kemanisan usaha tersebut apabila sampai waktunya nanti. Jangan sesekali berfikiran negatif apabila dalam keadaan sukar, teruskan dengan minda positif supaya hasilnya akan terus positif insyaAllah. Perkara yang sukar akan menjadi senang apabila mindset kita fikir perkara itu adalah senang.

kami sahabat-sahabat senior memohon maaf sekiranya selama ini kami tidak dapat berkongsi banyak ilmu dengan kamu semua, kadang-kadang kami merasakan kamu semua adalah lebih layak untuk kongsikan ilmu kalian semua. Saya memuji kegigihan kalian dalam mencari ilmu.

batch 4 & 5 sobaya. manis-manis kan semua.
Kita selagi bergelar insan, harus terus memburu ilmu. Teruskan belajar. Ilmu ini tidak akan pernah cukup buat kita kerana ilmu sangat-sangat luas. Itulah kekuasaan Allah. Jangan juga kita malu untuk belajar daripada orang yang lebih muda dan juga yang muda jangan malu mengajar yang tua. Sama-sama kita kongsikan ilmu kerana masing-masing pada kita mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar akan kelebihan itu.

Selain itu suka juga saya untuk berpesan, kita jangan terlalu memuji seseorang. Walaupun sehebat manapun dia. Sebabnya ia akan membuat kita berasa terlalu merendah diri dan mengurangkan keyakinan pada diri kita. Ia juga tidak sesuai dengan kerjaya kita yang memerlukan mereka-mereka yang berkeyakinan dan berwawasan. Orang yang dipuji itu juga harus berhati-hati dengan pujian, ia mungkin akan menjatuhkan anda kelembah yang hina.

Tidak dapat disangkal zaman di universiti adalah zaman yang terindah, sebab itu kita akan rasa terlalu singkat masa disini. Pejam celik sahaja sudah habis belajar.


syabab batch 4 & 5 yang hensem-hensem. sedih sgt nak berpisah dengan kalian semua.

Kepada sahabat yang masih belajar, teruskan belajar sampai lebam (belajar sungguh-sungguh), yang sudah ingin mendirikan rumah tangga, berbahagialah kalian sehingga ke akhirnya, yang sudah ingin menceburi bidang kerjaya, rajin-rajinlah bekerja dan jangan kedekut untuk belanja kawan-kawan yang masih belajar ni, dan yang ingin sambung belajar, teruskan belajar sampai menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang kita ceburi.

Sampai disni sahaja coleteh saya, saya berharap sangat hubungan antara kita semua akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya. 

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan