Tidak sangka hari ini telah diadakan majlis khas buat mereka yang telah menamatkan pelajaran di Yarmouk dan juga Just. Aku juga tersenarai dikalangan mereka itu juga. Seronok juga rasanya apabila telah habis belajar ni. Tapi kadang-kadang tu risau lah juga sebab ilmu ni rasa macam belum banyak je. Rasa macam belum sesuai dapat ijazah. Walauapapun alhamdulillah aku sudah berjaya sampai ke tahap ini dan aku akan terus ingin belajar selagi aku termampu.
Majlis hari ini agak meriah lebih-lebih lagi pada mereka yang diiringi ibu bapa dan adik beradik. Kalaulah ibu bapa aku yang datang, pasti seronok sangat-sangat dan sangat. Rindunya pada mereka. Pasti ibu bapa aku sedih tak dapat tengok aku konvo. Nasib baik lah kat Malaysia turut diadakan konvo. Dapatlah berkonvo bersama ibu bapa tercinta.
Makanan memang banyak tadi sampai tak habis aku makan. Itulah mula-mula tamak sangat nak ambil banyak, last sekali dah tak berdaya. Perut pun nak pecah. Satay lah menjadi perhatian ramai. Masing-masing mengusung satay sepinggan demi sepinggan. Cuma daging dia agak hanyir sedikit. Tak mampu nak menghabiskan daging yang aku ambil tu. Terpaksa dibazirkan begitu sahaja.
Terima kasih JPA sebab sponsor semua ni. Tempat yang sangat bagus, makanan yang enak-enak, dapat cenderamata lagi tu. Terima kasih tak terhingga daripada aku.
No comments:
Post a Comment