Thursday, June 7, 2012

Kembara Tanah Haram

Berumrah

Alhamdulillah selesai menunaikan ibadah umrah yang telah dilakukan sebelum subuh iaitu kira-kira jam 2 pagi sehinggalah hampir menjelangnya waktu subuh. Walaupun diawal pagi sebegitu namun umat islam tetap tidak putus-putus daripada mengunjungi Masjidil Haram dan juga mengerjakan umrah. Ini adalah sesuatu yang paling menakjubkan dan kita tidak mungkin menjadi tetamu nombor satu dan pasti kunjungan ini tidak akan pernah putus sehingga akhir zaman. InsyaAllah.

Umrah merupakan ibadat sunat dan hanya meliputi 4 perkara sahaja yang perlu dilakukan dan ianya sangat mudah. Pertamanya perlu berniat di miqat, kemudian bertawaf, bersae' dan akhir sekali bercukur atau memendekkan rambut. Ditambah dengan beberapa perkara sunat yang perlu dilakukan ketika mengerjakan umrah. Apa yang menjadi keberatan untuk kita menunaikan umrah hanyalah perjalanan yang sangat jauh. Kami yang bertolak dari Jordan dengan menaiki bas mengambil masa sehari suntuk untuk sampai. Alhamdulillah semuanya terbaik.

Ada sejenis umat islam ini sibuk melakukan kerja mencari hasil daripada konon-kononnya membantu jemaah mencium hajar aswad lalu akhirnya meminta upah yang sangat mahal. Pastilah mereka yang terkena ini pada mulanya tidak terfikir sebab terlalu mahu mencium hajar aswad. Kemudian ketika melihat cara mereka yang sanggup menolak orang dan berkasar, dan juga memegang kuat orang yang terkena itu membuatkan orang tersebut tidak dapat lari lagi. Pasti kasihan kepada mereka yang terkena itu. Patutkah perkara seperti ini dilakukan di rumah Allah? Tidak takutkah mereka kepada Allah? Semoga hati mereka terbuka untuk meninggalkan kerja seperti itu.

Berebut-rebut untuk mencium hajar aswad sehingga bertindak ganas terhadap orang lain adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika mereka memahami islam yang sebenar. Umar al-Khattab juga pernah berkata, wahai hajar aswad kau hanyalah batu dan jika Rasulullah tidak menciummu, pasti aku tidak akan menciummu. Menunjukkan ia tidak memberi apa-apa manfaat melainkan Allah lah yang memberikan segalanya. Jangan disebabkan perkara sunat kita terlibat dalam perkara haram.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk mengetahui Islam dalam rangka yang lebih luas. Supaya kita dapat menggunakan akal yang dianugerahkan ini untuk berfikir dalam ruang yang Islam perintahkan. Moga umat islam menjadi umat yang maju dan pintar.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan